"Tolong aku".... Osman dengan badannya sudah hancur, dimakan api tetap masih boleh bercakap kerana dia mempunyai ilmu kebal.
Dia melihat isterinya tersenyum jahat kepadanya tapi dia bukan dia.
"Kesiannye kau".
"Kalau kau tolong aku, aku akan ikut cakap aku".
"Betul ke ni"?.
"Dia mengangguk sahaja".
"Baiklah kalau kau mahu begitu".
Kemudian mulutnya terkumat-kamit memanggil dua belaannya. Dia menyuruh mereka dengan menggunakan bahasa asing.
Badan Osman mula diangkat oleh dua makhluk besar dan bersayap lalu dengan pantas menghilang.
Wanita itu masih berada di situ memerhati sebujur mayat hangus yang tidak jauh dari situ.
"Mesti kau sakit kan?".
Kemudian wanita itu memijak sehingga mayat hangus tadi menjadi abu. Wanita itu terus menghilang.
Tidak jauh dari situ, seorang lelaki melihat sahaja perbuatan wanita tadi dari pondok usang.
"Ini rupanya kerja kau?".
£ ¢ € ¥ ?
"Cepat sikit!". Lelaki tua itu sudah tidak tahan sakit lagi. Kulitnya mula mengelupas.
"Sabar, Aku tengah tunggu dia".
Wanita itu melihat mangsanya sedang bermain buaian miliknya.
Dia kemudian menyuruh belaannya menjalankan tugasnya.
"Hihihi......."
Share this novel