"Semua tu kan dah berlalu, buat apa nak fikirkan". Abdullah menyampuk.
"Benda yang lalu pun boleh buat kita berjaya". Syafi membalas.
"Janganlah cakap lagi, Marilah kita pulang". Abahnya sudah penat melayan kerenah anak-anaknya.
"Tak boleh!".
"Kenapa!".
"kalau aku pulang pun, aku akan hilang sebab aku dah banyak guna kuasa aku".
"Aku ada kau ja, Syafi". Mereka berpelukan.
"Abah kan ada lagi".
"Abah". Syafi memandang abahnya.
"Jangan lupa kami". Wajah abahnya tenang sahaja lalu memeluk anaknya.
"Sampai di sini saja pertemuan kita. Aku pergi dulu, Abdullah. Semoga kita berjumpa lagi".
Dia mengeluarkan kuasa untuk membawa mereka pulang dengan portal.
"Jaga abah baik-baik". Pesan Syafi.
"Hmmm". Abdullah menitiskan air mata.
Syafi melambaikan tangan.
Abdullah memejamkan matanya kerana dia mahu menyimpannya di dalam hatinya.
Sebaik sahaja Mereka sampai di rumah, Ayahnya terus jatuh tak sedarkan diri.
"Abah, kenapa ni!".
Abdullah mengangkat abahnya lalu membaringkan abahnya di sofa.
"Abah bangun, abah!!!".....
• • • • •
Beberapa hari kemudian.....
Sejak dari kejadian itu, Abahnya mengalami sakit berturut-turut tanpa henti.
"Marilah kita pergi ke hospital, bah!".
"Tak perlu lah. Biarlah abah begini, semuanya sudah takdir".
Sememangnya dah berpuluh kali mereka pergi ke hospital tetapi tiada perubahan juga. Namun, makin bertambah sakitnya.
"Kalau abah pergi, jaga diri baik-baik, sembahyang jangan lupa".
"Apa abah cakap ni!".
Abahnya memejam mata sambil mulutnya terkumat-kamit membaca kalimat syahadah.
???????? ??? ???? ? ???? ?? ???? ???? ????
kemudian tubuhnya tidak bergerak lagi.
"Abah.... Abdullah sayang abah". Dia menangis sambil memeluk abahnya.
. . . . .
"Yaasiiiiiin". Malam itu, dia membaca yasin seorang diri di hadapan abahnya yang sudah tidak sedarkan diri.
Dia selimutkan abahnya dengan kain putih.
Sekarang, dia tidak tahu apa yang hendak dibuat. Orang kampung pula tidak menyukainya.
Semua orang yang dia sayangi sudah pergi meninggalkannya.
"Apa dah jadi dengan dunia ini!".
£ ¢ € ¥ ?
"Graaghhh!!!!!"....
Jeritan itu semakin mengganas dan menakutkan di setiap rumah penduduk di situ.
Sejak keluarga Tarmizi tinggal di situ, mereka asyik diganggu oleh suara kasar. Itulah sebabnya mengapa mereka benci sama keluarga Tarmizi.
Penduduk kampung yang sudah tidak tahan lagi, keluar menuju ke rumah ustaz Najmi.
"Apa dah jadi ni ustaz"!. Ketua kampung berteriak. dialah yang selalu menghasut penduduk kampung untuk membenci keluarga Tarmizi.
"Ustaz pun tak tahu, macam ada yang tidak kena".
"Ni mesti kerja keluarga setan tu!.
"Yeee, betul tu!". Orang ramai menyahut.
"Macam mana keadaan surau dan masjid kampung kita".
"Dah hilang ustaz".
"Hilang?".
"Ustaz!". Seorang penduduk kampung berlari mendapatkan ustaz itu.
"Kenapa ni jat!".
"rumah encik Tarmizi je yang okey".
"Dah sah ni kerja mereka ni!".
"Kau ni tak habis-habis lagi ke?!". Ustaz Najmi mula marah membuatkan haji hidayah terdiam.
"Mari kita ke sana dulu".
Tapi... Orang ramai mula ketakutan.
"Tak ada apa-apa lah, mari". Ustaz Najmi bergerak diikuti orang ramai tapi haji hidayah masih di belakang. masih tidak berpuas hati.
"Assalamualaikum.... Abdullah". Orang ramai sudah berkumpul di perkarangan rumah Abdullah.
Abdullah dengan terkejutnya keluar menemui mereka.
"Kenapa ni ustaz!".
"Ustaz pun tak tahu, macam ada yang tidak kena!".
"Tak pe, mari kita masuk".
"Buat baik pulak". Haji hidayah berteriak tapi dengan nada berbisik.
"Ish kamu ni!". ustaz Najmi sudah tidak tahan lagi dengan perangai haji hidayah.
"Kalian semua ni tidak takut Allah ka!", Asyik nak bertekak aja".
"Sesungguhnya, dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih."(QS Asysyura [42]: 42).
Semuanya menunduk malu.
"Barang siapa yang menipu kami, bukanlah dia dari golongan kami." (HR Muslim).
"Barang siapa diberi beban oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, niscaya Allah mengharamkan surga atasnya." (HR Muslim).
"Namun sebaliknya, apabila seorang pemimpin berlaku adil, maka Allah pun akan memberikan balasan yang terbaik baginya. Pemimpin yang adil akan mendapatkan naungan Allah di hari kiamat".
ustaz najmi menambah lagi.
"Tok minta maaf ye". Haji hidayah mula tampil di hadapan Abdullah.
Selepas itu, diikuti pula kaum lelaki demi seorang memohon maaf atas kesalahan yang mereka lakukan.
"Abdullah maafkan semua dah".
"Okey semua boleh balik, tak ada apa-apa dah Kut, kita ikhtiar ja, semoga Allah SWT memberikan kita perlindungan.
Semua orang pun mula beredar.
"Ustaz, saya nak cakap sikit".
"Kenapa Abdullah?".
"abah dan ibu saya dah meninggal".
"Kenapa tak bagitau awal-awal".
"Orang kampung tak suka kami tok".
"Innalillahiwainnalillahirajiun, rupanya inilah yang tak kena itu"
"Kenapa ustaz?!". Abdullah hairan.
"Ustaz yakin dia bersama dengan orang-orang yang beriman".
"Amin"......
"Terima kasih ustaz".
"Tak pa, pagi esok kita kebumikan abah dan ibu kamu di tempat yang betul".
"Tapi macam mana dengan"...
"Percaya je ustaz".
Ustaz Najmi kemudian pergi meninggalkan Abdullah.
£ ¢ € ¥ ?
Pagi itu, beberapa penduduk kampung disuruh ustaz Najmi untuk mengubah mayat puan Siti ke perkuburan Islam.
Sebaik sahaja mereka mengeluarkan mayat puan Siti, bau harum keluar dan mayatnya masih elok.
"Selama ni, kita banyak salah sangka". kata seorang pekerja jentolak.
Haji hidayah yang di belakang orang ramai mula menyesali perbuatannya.
"Dah jum, lekas!". Ustaz Najmi berteriak dari tepi.
"Cepat, cepat, cepat!". Semua orang menjadi kalut melihat ustaz Najmi.
° ° ° ° °
Usainya disembahyangkan bersama-sama, mereka terus menguburkan abah dan ibu Abdullah di tempat yang betul.
"???????? ?? ????????".....
"Selesai juga perkebumian abah dan ibu kamu ".
"Terima kasih ustaz buat semua ni".
"Dah memang tugas kita untuk saling membantu.
Ustaz pergi dulu ye".
"Baik ustaz".
"Kalau ada apa-apa, panggil ustaz je".
Abdullah kemudian memeluk ustaz Najmi.
"Jaga diri baik-baik". ustaz Najmi terus pergi meninggalkan Abdullah seorang diri di situ.
Kemudian Abdullah melihat semula ke arah kubur orang kesayangannya.
"Maafkan Abdullah kerana tak mampu menjaga ibu dan abah dengan sempurna". Abdullah menangis teresak-esak.
"Awak janganlah sedih, saya yakin mereka ada di tempat yang baik". Atykah kemudian datang di belakang Abdullah selepas semua orang kampung balik.
"Hmmm, tapi Lepas ni, sapa yang nak jaga saya".
"Tak pa wak, Saya kan ada". Atykah tersenyum dengan mukanya yang comel.
"Hihihi". Abdullah tersenyum malu.
Dia muram kembali apabila melihat ke kubur ibu abahnya.
"Janganlah sedih sedih, Jom saya bawak awak pi jalan-jalan nak".
Abdullah mengangguk tanda setuju.
Melihat sahaja wajah atykah, semua masalah Abdullah sudah hilang.
Mereka pergi bersama-sama. Entah dia akan pulang ataupun tidak....
kampung itu pula tidak ada lagi gangguan makhluk lain dan kampung itu pula dilimpahi pelbagai nikmat dari luar.
Share this novel