KEBENARAN

Thriller Completed 1278

"Aik, Abdullah dah pulang. Mesti nak buat surprise ni, Assalamualaikum, saya dah pulang". Sebaik sahaja encik Tarmizi yang baru pulang dari kerja membuka pintu yang sememangnya terbuka, dia tercengang melihatkan anaknya bersama isterinya yang berlemuran darah.

Dengan wajah yang tenang, dia mengalirkan air mata di pipinya, semacam dia sudah tahu semua ini akan berlaku.

"Abah, ibu"...... Abdullah hanya mampu menangis dihadapan tubuh ibunya yang sudah kaku.
 
                  •     •     •     •     •

Malam itu, mereka berdua memandikan jenazah orang kesayangan mereka bersama air mata dan juga kenangan yang pernah mereka tempuhi bersama. Malam itu juga, mereka kebumikan jenazah ibunya.

Mereka tahu, orang kampung disitu tidak mengizinkan mereka untuk menggunakan perkuburan di situ, mereka memutuskan untuk menanam bersebelahan rumah mereka, iaitu taman buah-buahan yang luas itu.

Di situ, hanya mereka berdua sahaja membacakan Yassin dan talkin untuk orang kesayangan mereka.

Syafi yang berada di situ juga turut menangis. Selepas itu, dia pergi entah kemana.

Setelah semuanya selesai, Mereka terus masuk ke dalam rumah untuk berehat.

"Kenapa semua ini terjadi pada kita ja, apa salah kita"?!. Abdullah mula terfikir.

Ayahnya terus memandang tepat ke arah Abdullah.

"Memang ada".

"Hah, apa maksud abah"?!.

"Kamu pun... sebenarnya bukan manusia".

"Apa"?!.

"Masa tu....... kami telah melakukan dosa yang amat besar". Abahnya agak malu untuk menceritakan hal ini sebenarnya.

               £      ¢      €      ¥      ?

"Abang, macam mana ni, Anak kita dah tak de".

Selepas satu kejadian yang pernah berlaku pada anaknya , isterinya asyik termenung sahaja. Makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena.

"Tak pe, macam mana nak buat, dah nasib". Suaminya berserah kepada nasib sahaja.

"Mari kita jumpa ibu, kutlah dia boleh tolong". Isterinya cuba memberi harapan baru.

"Tapi, kita tak tahu ibu ada di mana"?.

"Ha, tadi ibu ada hantar surat". Dia mengambil sekeping surat yang berada di atas meja telefon.

"Ni dia, Dia kata dia ada di kampung jiniyang".

"Ok, mari kita pergi kalau cam tu"!.

"Malam ni ka"?!.

"Yelah, kan awak nak pergi sangat"!. Suaminya mula bertindak ganas.

"Huh"!. Isterinya dengan marah terus masuk ke dalam bilik.

Selepas beberapa jam, isterinya keluar jua.

"Aik, pakai cam ni je, ingatkan pakai lawa-lawa tadi".

"Suka hati sayalah"!.

"Pasal kaulah"!. Dia terus menuju ke kereta tanpa menemani isterinya yang berada di belakangnya.

               .      .      .      .      .

"Ni ka kampung ni. Kampung jin...yang"?. Suaminya hairan melihat papan tanda kampung itu rosak.

"Ha, betullah!"

"Kenapa kampung ni tak dak sesiapa pun"?.

"Hmmm". Suaminya memandang tajam isterinya. Dia meneruskan perjalanan juga.

"Siapa tu"?.

"Wehh"!. Encik Tarmizi terkejut melihat perempuan tua berjalan di hadapan kereta mereka.

Encik Tarmizi terus membelok ke simpang dengan lajunya.

"Apa orang tu, gila ka"?!. keretanya hampir melanggar sebuah pokok.

Isterinya memandang disebalik cermin kereta itu, tiada sesiapa. Namun dia biarkan sahaja, Mungkin perempuan itu sudah lari.

"Tu rumah siapa pulak, mari kita tanya"?.

"Pilah tanya sendiri tu"?!.

Isterinya terus keluar lalu menghempap pintu kereta dengan kuat.

"Ish, perempuan Nilah"!. Dia kemudian keluar sendiri.

"Hello, ada orang tak"?.

"Hah, masuklah". Seorang wanita tua terus keluar. sambil tersenyum manis. Dia seperti tahu sahaja mereka akan datang.

"Eh, ibu"?.

"Ada apa korang datang ni"!.

"Dia cakap dia nak anak"!. suaminya mula mencelah.

"Ish, bising kau"!.

"Hmmm, Mari masuk, Kau Tunggu di sini". Perempuan tua itu menyuruh encik Tarmizi duduk di luar lalu menutup pintu dengan kerasnya.

Sesampainya di dalam rumah, wanita itu menunjukkan jari kearah tengah rumah.

"Kau baring di sana".

"Sini ke"?.

"Yelah, kalau tak mau, balik"!. Perempuan tua itu pergi ke dapur untuk mengambil sesuatu.

Dia baringkan diri diatas satu bulatan merah yang sekelilingnya berlampu kan lilin merah.

Pada mulanya dia berasa takut, lama kelamaan dia berasa nyaman.

Dia kemudian datang membawa beberapa biji limau dan sebilah parang.

"Kau tenang aja". Wanita itu kemudian menyalakan asap. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu.

Puan Siti yang berada di situ tidak mendengar apa-apa pun. Matanya hanya terpejam sahaja.

"Ahhh"!. Puan Siti terasa seperti dihempap batu besar di perutnya.

Tidak lama kemudian, Perutnya kian lama makin membesar.

Puan Siti kehairanan melihatkan kejadian ini.

Manakala perempuan tua itu tersenyum sinis.

"Aduh"!. perutnya tiba-tiba berkerocak seperti mahu melahirkan.

"Buka kaki kau cepat"!.

Tanpa membantah, Dia turuti sahaja
Permintaan wanita itu.

"Ahhhhhhhh"!!!

"Kuat lagi terang tu"!.

Akhirnya, Puan Siti melahirkan seorang bayi lelaki.

"Hahaha"...... bayi yang baru lahir itu tidak menangis tetapi asyik ketawa tanpa berhenti.

"Ibu, kenapa dia asyik ketawa saja".

"Dia ada mukjizat sendirinya".

Dia pun mengangguk sahaja. Sebaik sahaja isterinya turun, dia hanya diam saja.

"Dah kenapa dengan bayi ni".

"Nanti okey lah tuu".

Tarmizi melihat ibunya dengan pandangan tajam.

"Dah, baliklah korang, aku nak rehat ni". Wanita itu terus masuk ke dalam dan menutup pintu rumah.

Lalu mereka pun pergi untuk pulang kerumah.

"Abang rasa tak kenalah, mari kita jumpa tok Tam?". Sebaik sahaja mereka keluar dari kampung itu, barulah dia terfikir.

"Buat apalak"?

"Pi tanya ja"?.

"Hmmm". Isterinya tidak memandang wajah suaminya. Dia sibuk bermain dengan anaknya.

Rumah tok Tam tidak jauh sangat dari kampung itu. Hanya beberapa minit sahaja kerana bersebelahan kampung itu sahaja.

                    .      .      .      .      .

"Assalamualaikum, tok Tam, oh tok Tam"!.

"Waalaikumussalam". Dia kemudian terperanjat melihat bayi itu.

"Astaghfirullah". Dengan matanya yang merah, dia memandang tepat ke arah tok Tam dengan wajah bengis.

"Tok bayi kami ni"...

"Mari masuk, tak elok cakap di luar ni".

"Bayi ni bukan kamu punya".

"Apa maksud tok sebenarnya hah"!. Encik Tarmizi Kemudian berdiri.

"Auzubillahhiminasyaitonnirrajim, fuh"!. Tok Tam menghembus kearah Tarmizi dan juga isterinya.

Tarmizi yang hendak berdiri, duduk semula. Dia memegang kepalanya, pusing kepala dari rumah tadi.

"Minta maaf tok, dari tadi saya asyik nak marah ja".

"Tak pa, ni bukan salah kamu, tapi susah tok nak terangkan pasal bayi kamu ni, Sebelum tu, tolong tok carikan daun bidara".

"Baik tok".

Mereka berdua turun mencari daun bidara di sekitar rumah tok Tam, Sementara bayi itu bersama tok Tam.

"Apalah mereka dah buat ni". Tok Tam melihat bayi itu, adakalanya bayi itu meminta seperti untuk dilepaskan.

"Nah tok, ini bunganya".

"Okey, korang balik dulu. Bayi ni tinggal di sini dulu".

"Abang"... Isterinya cuba menghalang.

"Tak pa, esok kita datang balik". Suaminya cuba menenangkan isterinya.

                £      ¢      €      ¥      ?

"Bunyi apa tu"?. Mereka berdua melihat ramai orang di dalam rumah tok Tam sebaik sahaja selesai subuh.

"Bismillahirrahmanirrahim..... Alif lam mim"...

Orang ramai mula membaca AL quran beramai-ramai, mengelilingi bayi itu. Ada di antara mereka masih takut-takut.

"Ada apa ni tok ramai-ramai ni"?.

"Nanti kamu akan tahulah. Sekarang duduk baca sekali".

"Baik tok".

                    .      .      .      .      .

Berbulan-bulan kemudian, barulah keadaan bayi itu berunsur baik. Matanya tiada lagi kemerahan.

Beberapa saat kemudian, Dia mula menangis.

"Abang dia menangislah".

"Tulah, abang dah rasa sesuatu dah pasal ibu".

"Lupa abang nak bagi tau, Ibu abang itu sebenarnya"...

"Ni tok nak beritahu sesuatu bayi korang ni. mungkin bila dia membesar nanti ada kesan sikitlah. Korang kena jaga elok-elok. Penuhkan dia dengan ilmu agama".

"Saya faham tok".

"Saya nak tanya tok pasai hari tu, Apa maksudnya tok".

"Ohh begini. Biarlah tok berterus terang sajalah. sebenarnya bayi tu bukan dari kamu tapi adalah hasil hubungan isteri kamu dengan"....

"Hukhukhuk!". tok Tam tiba-tiba berbatukkan darah.

"Tok kenapa ni"?!.

"Tak pe, tok okey ja, korang baliklah dulu besok pagi datang lain. Dah lewat ni".

"Okey, kami balik dulu".

"Ye". Tok Tam mengelap mulutnya.

               °     °     °     °     °

Malam itu, sedang asyik dia mengasah kerisnyanya, angin kencang mula bertiupan kuat, hanya dia mampu merasainya.

Dia merasakan ada sesuatu angin lalu di belakangnya.

"Kenapa kau datang sini hah"!.

"kau dah hancurkan impian aku"!.

"Bayi tu tak salah"!

Sepantas kilat dia ingin mengeluarkan kerisnya tapi keadaan tidak memihak kepadanya.

Badannya tiba-tiba mengeras, tidak boleh berbuat apa-apa.

"Inilah akibat menentang ku!".

Keris yang dipegangnya menuju ke arah perutnya. Akhirnya Dia ditikam kerisnya sendiri.

"Kau... Tunggulah balasannya nanti"! Dengan mulutnya kaku dia sempat bercakap sesuatu.

"Hahaha ada aku kesah!. Matilah kau".

Bunyi itu pun hilang bersama angin kencang tadi.

"Abang"!. isterinya yang kebetulan menyiapkan kopi untuk suaminya terkaku.

"Paaggg!!". Cawan yang dipegangnya berkecai ke bawah.

Dia terus menghampiri suaminya dengan laju walaupun kakinya terpijak serpihan kaca tadi.

Dia menangis di kaki suaminya, Berharap dia boleh bangun semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience