BUKU

Thriller Completed 1278

Gruuuu....

Setelah lebih satu jam ibu bapanya meninggalkannya, perut Abdullah tiba-tiba terasa lapar.

"Aduh bunyilah pulak perut aku ni. Time macam ni pulak nak buat hal, baru nak menang ni!". Abdullah terus menyalahkan perutnya kerana dia tengah syok bermain game.

Dia melihat jam di tangannya, sudah menunjukkan 11.30 malam. Dia teringat yang dia belum sembahyang lagi tapi, dia buat tidak tahu saja.

'Hearphone' yang dipakainya, digantungkan dilehernya pula. Dia mengeluarkan wayar 'headphone' dari USBnya dan cuba bermain game lain pula.

Tik, Tik, Tik.....

Kedengaran bunyi di atas bumbung rumah seperti bunyi guli jatuh, Abdullah tidak mengendahkannya. Dia terus bermain lagi.

"Ha ha ha ha ha... Kelihatan bayang-bayang seorang budak kecik berlari berkali-kali dibelakang sofa yang diduduki Abdullah.

Apabila dipandang ke belakang, tiada apa-apa pun. Cuma, hanyalah dinding kosong.

Abdullah menyambung semula bermain dengan tabletnya. Kali ini, dia membuka lagu tapi dengan nada yang kuat.

"Pong!!!".

Kedengaran bunyi sesuatu di tingkap,  seperti orang membaling batu besar.

Ish, sapa pulak tu!". Dengan bengangnya, Abdullah menuju ke arah tingkap dan membuka langsir.

Tiada apa yang dilihatnya, hanyalah hutan yang diselubungi oleh kegelapan malam berserta tiupan angin kencang. Tanda-tanda hujan sudah mahu mengalirkan air mata.

Apabila Abdullah berpaling ke belakang, kilat tiba-tiba menyambar satu pohon pokok buluh yang tinggi.

Menurut kepercayaan orang di situ, di hutan tersebut sembunyinya hantu buluh yang dikatakan akan membunuh sesiapa yang melaluinya hutan itu. Tapi, Abdullah tidak mempercayai.

Dengan serta merta, hujan sedang turun dengan lebat sekali.

Tanpa memikirkannya, Abdullah menuju pula ke dapur untuk mencari sesuatu yang boleh mengisi perutnya.

"Masak pa ni, sedap ke!?". Abdullah seperti memperli masakan ikan goreng dan sambal belacan yang dimasak oleh ibunya. Lalu menutup semula saji diatas meja itu.

Dia menuju ke arah peti sejuk dan mengambil air susu di dalam kotak dan menuangkan ke dalam cawan.

Dia sememangnya tidak pernah makan masakan ibunya dan makan makanan yang dibeli ataupun melalui online sahaja.

Sedang asyik bermain, Kelihatan seseorang sedang memerhatikannya di sebalik dinding dan bergerak perlahan-lahan di belakang Abdullah.

Abdullah merasakan ada sesuatu dibelakangnya. Apabila ia menoleh kebelakang...

Pom!

Lampu tiba-tiba terpadam

Hi...hi...hi....

Suatu suara tiba-tiba sedang mengilai

"Aduh, apa pulak jadi ni tak habis lagi ke, lepas satu satu!. Ni mesti hujan ni"!.

Abdullah cuba menyalahkan takdir.

Abdullah yang masih memegang tablet ditangannya, membuka 'flashlight' di tetapan.

Tok! tok! tok!.

Tingkap rumahnya pula seperti ada mengetuk- ngetuk pula.

Abdullah tidak tahan lagi lalu terus membuka tingkap itu.

Bang!. Seketul tubuh bersalutkan kain putih yang mengetuk tingkap itu menggunakan kepalanya yang berdarah

"Huh!". Abdullah dengan terkejutnya terus terjatuh ke lantai dan tabletnya terjatuh juga.

Abdullah cepat-cepat mengambil tabletnya semula. Dia menyuluh ke tingkap itu semula ternyata, tiada apa-apa.

Dia menarik nafas lega. Dia memikirkan yang dia sedang berhalusinasi sekarang.

Dia menutup semula tingkap agar air hujan tidak masuk ke dalam rumah.

Krikkkkk!. kedengaran sesuatu di tingkat atas seperti Serekan almari.

"Abdullah"..... Abdullah mendengar seseorang sedang berbisik memanggil namanya di telinganya.

Abdullah menuju ke atas untuk memeriksa apa yang sebenarnya berlaku.

Apabila setibanya di anak tangga terakhir, bunyi tersebut sudah hilang. Hanya bunyi nafas seseorang yang sedang keletihan. Sayup-sayup sahaja.

Dia menyuluh ke arah kiri dan kanan. Dia merasakan yang bunyi itu menuju ke sebuah bilik.

Dia meneruskan perjalanan tapi dengan perlahan-lahan.

"Ni mesti pencuri, kecik-kecik tak mau belajar, besar besar menyusahkan orang aja!".Dia berfikir yang di rumahnya ada perompak dan sedang cuba menakutkan-nakutkanya.

Setelah itu, dia berdiri di hadapan sebuah pintu yang tertulis....

'Dilarang masuk'

Abdullah berasa agak terkejut kerana dia pernah dirotan ketika pernah memasuki bilik itu sewaktu masih dia masih kecil lagi.

"Ada pa dalam ni, mungkin sesuatu yang berharga kut?".

Dia menyuluh disebalik celah pintu itu dan terlihat seseorang yang seperti berpakaian seperti harimau sedang mencari sesuatu.

Lelaki harimau itu kelihatan agak bongkok sikit.

Abdullah tanpa segan silu lagi terus masuk ke bilik itu yang tidak terkunci langsung.

"Kau sapa ah!?". Abdullah terus menerpa bahu lelaki harimau itu

"Hah!", terkejutnya Abdullah apabila terlihat muka lelaki harimau itu sebenarnya ialah harimau asli. Cuma, boleh berdiri. Mukanya, kelihatan agak hodoh dan berulat.

Tabletnya terjatuh lagi. Dalam kegelapan, dia mencari-cari tabletnya.

"Apa ni!?". Dia terpegang sesuatu seperti kertas.

"Bagi sini benda tu!". Harimau jadian mula bersuara. Suaranya kedengaran agak garau seperti lelaki tua tapi menakutkan.

"mesti benda ni dia cari". Bisik hatinya.

Dia cepat-cepat meletakkan benda itu di bahagian belakang bajunya dan ditutup dengan seluar agar benda itu tidak jatuh.

"Kau sebenarnya sama je macam kami, tidak percaya Tuhan. aku boleh tunjukkan kau jalan yang benar".

"Tak mau, kau hodoh!".

Dengan marahnya, Harimau jadian itu terus mencakar lengan Abdullah dengan kukunya yang tajam.

"Ahhhhhh!". lengan Abdullah mengeluarkan darah yang semakin banyak. Dia menutup kesan darah dengan sebelah tangannya lagi agar darahnya tidak merebak.

"Kau ni cuma anak yang tidak boleh diharap, kau tak perlu hidup di dunia ni lagi, kau boleh ikut aku, aku akan beri apa sahaja yang kau nak". Wajah lelaki itu berubah menjadi lelaki biasa. Lantas, Dia menghulurkan tangan.

Abdullah kelihatan seperti mempercayainya dan sempat menghulurkan tangannya. Tapi, apabila difikirkan, ibunya tidak pernah memarahinya dan amat menyayanginya.

"Tidak, jangan harap!". Abdullah menarik tangannya semula.

Abdullah bangun lalu menolak lelaki itu dengan badannya sehingga terjatuh. Dia cuba untuk bangun dan keluar dari rumah itu.

"Apa"!..... Terkejutnya Abdullah apabila mendapati dia bukanlah berapa di rumahnya, tapi...

Berada di suatu tempat yang dipenuhi dengan berpuluh-puluh, beribu-ribu kubur.

Abdullah menjadi panik dan takut.
Dia tidak tahu apa yang hendak dilakukan.

"Bagi sini buku tu!", kelihatan harimau jadian itu sedang mengejar Abdullah.

Abdullah tanpa memandang ke belakang terus berlari , dia terus berlari agar tidak dibunuh oleh lelaki harimau itu.

Semasa Abdullah sedang berlari, dia mendengar pelbagai bunyi dari pelbagai arah yang membisikkan ditelinganya, membuatkan dia berasa lemah. Tapi, dia kuatkan diri agar dia boleh bertemu ibunya.

Kelihatan lelaki harimau itu sudah mendekati belakang Abdullah dan ingin menariknya.

"Allahuakbar"!....., suara azan tiba-tiba kedengaran entah dari mana sehingga membuatkan harimau jadian itu bergelimpangan jatuh.

Abdullah terhenti dan melihat kebelakang sepertinya lelaki harimau  sedang cuba untuk berdiri.

Badannya seperti berasap-rasap, mungkin mendengar azan itu. kata suara hati Abdullah.

ketika harimau jadian itu ingin bangun, Abdullah tanpa mempedulikan tangannya yang terus berdarah, terus memecut laju kehadapan.

Yang difikirkannya saat ini ialah ibu dan abahnya.
Dia berasa sangat bersalah terhadap
mereka...

"Ibu..... abah.....

ALLAH......"

Perkataan itu tiba-tiba keluar sahaja di mulutnya.

Dia mula mengeluarkan air mata.

sebuah cahaya dihadapannya tiba-tiba muncul sebesar matahari. Abdullah berfikir yang dia masih harapan untuk hidup.

Abdullah berlari ke arah cahaya tersebut. kelihatan cahaya itu seperti menjauhinya.

Tapi, dengan kudratnya yang masih tersisa, dia cuba sedaya upaya untuk mendekati cahaya itu juga.

"Ya Allah, maafkan lah aku, aku janji akan menjadi seorang anak yang baik lepas ni".

Abdullah terus menangis dengan esak dan amat menyesali perbuatannya terdahulu.

Dengan anehnya, kakinya terasa pantas berlari dan semakin menghampiri cahaya itu.

"Yahhhh"!!!!

Apabila dia berjaya memasuki cahaya itu, pandangannya tiba-tiba menjadi gelap serta-merta.

Apakah aku telah mati?......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience