"Allahumma solli a'la saidina muhammad". Bismillahirrahmanirrahim
Abdullah mengulangi beberapa kali ayat tersebut secara perlahan sambil memejamkan matanya.
Dengan hati yang tawakal, Abdullah teruskan perjalanan seperti biasa.
Setelah beberapa jam kemudian, mereka akhirnya sampai diperkarangan rumah ibunya.
"Ahhhh!!!!"
"Eh, suara apa tu?". Syafi mencelah.
"Ibu!". Abdullah terus menuju ke pintu tetapi terkunci.
"Bismillah!". Abdullah terus menempuh pintu tersebut dan berjaya dibuka.
"Ibu...". Dia melihat ibunya terbaring di ruang tamu sambil berlumuran darah di perutnya. Kedua tangannya masih menahan darah keluar.
"Abdullah.....". Sayu suara ibunya melihat Abdullah kembali ke rumah sambil tersenyum manis.
Ibunya kemudian menunjukkan tangan kearah belakang Abdullah.
"Uhh!". Abdullah sempat elak ke tepi.
"Kau rupanya!".
"Hihi", kalau kau nak ibu kau selamat, bagi buku tuu.
"Jangan harap!".
Auzubillahiminassyaitonnirrajim !!!!
Harimau jadian itu menggeletar lantas terpelanting ke arah dinding apabila mendengar sahaja laungan tersebut.
"Ish, tunggu kau nanti, aku akan kembali!". Dia terus larikan diri melalui tingkap.
"Mari ibu, Abdullah hantar ibu ke hospital" . Abdullah mulai menangis.
"Jangan, Tak sempat dah". Ibunya menghalang. Dia masih menahan sakit di perutnya, kesan cakaran serigala jadian tapi puan Siti cuba menjadi kuat didepan anaknya.
"Marilah ibu, sempat lagi ni!".
"Tak apa, lagipun Ibu nak beritahu sesuatu yang kamu perlu tahu".
"Apa dia ibu?".
"Ibu sebenarnya bukan manusia sini".
"Hah!".
° ° ° ° °
"Ahhhh, Hamba siapa?!". jeritan wanita itu memang sangat kuat sehingga Tarmizi terpaksa menutup kedua belah telinganya.
Dayang-dayang yang asyik bermain terus mengangkat wanita itu keluar dari kolam itu dan memberikanya pakaiannya.
"Macam mana hamba boleh sampai di sini". tanya seorang dayang, manakala wanita cantik itu sudah pergi jauh.
Sekali itu, wanita muda itu sempat melihat kearah Tarmizi.
"Sa... Ya.... "
Sebelum Tarmizi menghabiskan ayatnya, beberapa Pengawal datang lengkap dengan berpakaian pendekar dan lembing. Itu membuatkan Abdullah hairan.
"Mari ke sini tuan hamba". Mereka menangkap Tarmizi lalu dibawa ke sebuah istana yang amat cantik, tidak seperti yang pernah dilihatnya sebelum ini.
"Ampun tuanku, inilah orangnya yang mengganggu puteri tujuh tadi".
Tarmizi kehairanan.
"Siapakah gerangan hamba ini, Kenapa hamba datang ke sini?". Tanya seorang raja.
"Saya Tarmizi , saya pun tidak tahu di mana saya berada".
"Rupanya hamba ini memang orang luar. Baiklah kalau begitu, bawa dia kembali ke dunia asalnya". Titah raja kepada beberapa pengawal untuk mengiringi Tarmizi.
Sebelum pulang, Dia terlihat sebuah gambar yang pernah dilihatnya.
"Ini gambar apa?!". Tarmizi menunjukkan sekeping gambar yang menunjukkan gambar sebuah buku sama milik atuknya, yang bertuliskan
'kitabul jarimah '
"Buku ini adalah sumber kekuatan jahat, jikalau disalahgunakan hancurlah dunia kamu" .
"Jikalau hamba dapat kembalikan buku ini, akan beta berikan ganjaran yang lumayan".
"Baiklah, Nanti saya akan cari".
Mereka bergerak menuju ke hujung kampung diiringi golongan istana.
Penduduk desa disitu melihat Tarmizi dengan ketakutan. Semuanya hanya berpakaian putih.
Mereka berhenti di dua pohon besar yang dijaga oleh dua binatang besar.
"Sampai disini saja beta boleh tolong kamu, selebihnya beta berikan pada kamu. Beta percaya kan kamu".
"Baiklah saya tak akan hampakan tuanku".
Selepas itu, raja tersebut memberikan azimat untuk Abdullah masuk dan keluar alam mereka.
Tarmizi kemudian melalui jalan kedua pohon itu dan keluar di tempat semalam dia jatuh. Apabila dia mengalihkan pandangan semula ke belakang, portal itu sudah hilang.
Dia mulai rasa badannya sudah letih sangat padahal cuma beberapa jam sahaja dia pergi. Dia mahu pulang ke rumah.
"Kau pi mana dah, berapa hari kau tak balik?!".
Tanpa menjawab pertanyaan atuknya Dia terus masuk ke biliknya dan tidur.
Keesokan paginya, dia bangun dan cuba mengingat semula kejadian semalam.
"Ganjaran tu!". dia terus bangun dan memeriksa di dalam rumah, kalau-kalau atuknya ada. Rupanya, atuknya sedang menanam pokok dikebunnya.
Dia terus masuk ke bilik atuknya untuk mencari buku itu. Dia membuka Laci meja tapi tidak ada, dia mencuba buka almari atuknya. Dia cuba mengingati yang atuknya pernah mengorek tanah di bawah biliknya. Sejurus dia menjumpainya ketika dia terlihat lubang kecil, Dia terus mengambil kepingan buku itu lalu lari menuju ke hutan itu semula mengikut pintu belakang rumahnya.
Sesampainya dia di tempat dia terjatuh, dia membaca satu mantra yang diajarkan oleh raja tersebut.
Dia masuk lalu terus lari menuju ke istana secepat mungkin.
"Hamba dah jumpa!". teriak Tarmizi sambil mengangkat ke atas buku itu supaya raja boleh melihatnya.
"Syabas anak muda". raja mulai turun dari singgahsananya dan mendekati Tarmizi.
"Kenapa cuma setengah aja, di mana lagi setengah nya?".
"Memang saya tidak Jumpa".
"Tak apa, mari kami simpan kan".Raja itu memberikan kepada pengawal ya untuk mengambilnya dan meletakkannya di tempat yang rahsia.
"Tapi, di mana ganjarannya".
"Tunggu kamu dapatkan sebilangan lagi buku itu".
"Haihhh". Dengan rasa hibanya dia keluar dari situ lalu duduk ditepi kolam masa dia terjumpa wanita muda itu.
Sambil-sambil itu, dia tersenyum berfikiran peristiwa tempoh hari.
"Dengar khabar nya hamba belum jumpa kesemuanya".
"Eh, kamu?".
"Belum tapi Saya mintak maaf kelakuan saya tempoh hari".
"Tak pe, saya pun saya".
"hehe".
"Kamu tarmizi yaa?".
"Ya".
"Kalau hamba?".
"Patik puteri tujuh".
"Ohh".
"Sini tempatnya nama apa?".
"Sini negara kayangan, Gimana tempat hamba pula?"
"Biasa aja".
"Hamba teringin mahu ke dunia kamu tapi dilarang sama ayahanda katanya, dunia kamu penuh kejahatan".
"Tak semuanya, mereka itu sebenarnya mahu kekayaan sahaja".
"Kalau patik dapat ganjarannya, patik mahu buat apa".
"Tak tau lah".
"Kalau patik jadi hamba, patik mahu hamba"
"Eh ye ke". Tarmizi tersenyum malu.
"Iye".
"Sebenarnya saya pun suka kat awak sejak kita jumpa hari tu, Kalau macam tu, saya akan cari lagi".
Dia pulang lagi ke rumah untuk mencari lagi serpihan buku itu.
Setibanya dia di rumah, atuknya sudah menunggu di kerusi.
"Kau ada ambil apa apa kat bilik aku ke?!".
"Tidak tuk".
"Kalau bukan kau mesti betina tu, Ish dia ni lah!". Atuknya terus masuk ke bilik untuk menenangkan fikirannya. Sebelum tu, dia sempat memandang ke arah Abdullah dengan bengis.
"Fuh, selamat".
Dengan kesempatan itu, dia mencari juga di seluruh rumahnya tetapi tidak menjumpainya.
Dia yakin yang sebahagian lagi masih berada pada maknya. Dia pun tidak tahu keberadaan maknya.
Dengan hati yang kental, dia kembali juga ke istana untuk menyatakan hasrat hatinya.
° ° ° ° °
"Dimana selebihnya?". Datang raja itu dengan wajah yang manis.
"Tiada, cuma saya ada satu hajat".
"Ada apa tu?".
"Saya ingin mengahwini puteri tujuh".
"Apa ,adakah kamu tahu manusia tidak boleh kahwin dengan orang bunian".
"Apakah salah Anakanda mahu mengahwini Tarmizi?". jawab Puteri tujuh yang tiba sahaja muncul di belakang ayahandanya.
"Tiada salahnya, cuma dia manusia. Manusia itu jahat".
"Belum tentu manusia itu jahat, sedangkan di kalangan kita juga ada yang jahat".
"Tapi, ayahanda sayangkan anakanda".
"Tidak ingatkah apa yang manusia buat pada ibunda".
"Dia kemudian pergi menuju ke kolam lalu menangis".
° ° ° ° °
"Bagaimana dengan lelaki ini, tuan raja. Bahaya ni". Kata seorang bendahara yang juga menyukai puteri tujuh.
"Biarkan dia, lepas dia jumpa selebihnya buku itu, barulah kita tangkap dia".
Bendahara muda itu tersenyum sinis.
° ° ° ° °
"Tunggu "!.Tarmizi kemudian mengejar puteri tujuh ke kolam kesayangan puteri itu.
"Patik kenapa menangis?".
"Patik cuma teringat kan ibu patik".
"Dia dibunuh oleh manusia".
"Tapi patik bukan macam tu!".
"Patik tahu".
"Betul ke hamba sayang kan patik".
"Iya, walau apa pun terjadi saya akan bersama patik".
"Kalau begitu, mari kita pergi dari sini".
"Nanti, apa kata ayah patik".
"Kalau hamba mahu selamat mari kita keluar cepat dari sini".
"Ayanda patik berniat jahat".
"Ok". Tarmizi ikut sahaja perintah puteri tujuh sambil ditarik olehnya.
"Kejap!". Sebelum Mereka pergi, puteri sulung datang dari kejauhan membawa sesuatu.
"Nah ambil ni sekali, buku ini ada gunanya". dia mencuri buku terlarang itu.
"keluar dari sini cepat"!.
"Macam mana dengan hamba?".
"Biarlah yang penting adik puteri tujuh selamat".
lantas mereka berpelukan.
"Tapi ingat, Kuasa anakanda akan hilang dan cepat menua ketika berada di luar".
"Biarlah, janji patik bahagia bersama Tarmizi".
Tarmizi tersenyum.
"Itu mereka, tangkap!". Bendahara muda Kelihatan amat marah sekali, sekaligus dia membawa semua tentera yang berada di istana.
"Cepat pergi!". Mereka lantas di tolak keluar dari dunia khayalan sementara puteri sulung sudah ditangkap oleh pengawal.
Sementara itu, bendahara muda itu sempat menatap mereka berdua dengan tatapan tajam sebelum portal itu dikunci oleh puteri tujuh.
Share this novel