BUKU LAGI

Thriller Completed 1278

hmmm.... Abdullah tersenyum sendiri apabila terkenangkan masa tu. Dia berharap dia boleh berjumpa dengan perempuan itu lagi.

"Abdullah"!.

Dia terperanjat apabila seseorang datang dari belakang .

"Oh, Tok tam rupanya".

Tok Tam atau panggilan bagi ustaz taufik pada dahulu kala. Dia digelar sebegitu kerana dahinya kelihatan hitam. Mungkin kerana sujud terlalu lama.

"Buat pa kat sini?". Tok Tam terus bertanya.

"Ni, tengok sekolah lama". Abdullah menunjukkan sekolah itu menggunakan jarinya.

"Oooo"...

"Ustaz macam mana sekarang, sihat tak"?.

"Dulu ada rasa sakit, sekarang tak rasa apa-apa dah".

Abdullah hairan dengan kata-kata tok Tam.

"Satgi mai masjid naa, ada kuliah sikit".

"InshaAllah ustaz. Lama tak pi ni". Abdullah tersengih.

"Saya balik dulu ye".

"Hati-hati tuu".

"Baik".

Abdullah memusingkan
motornya lalu bergerak menggunakan jalan yang sama.

Ketika dia sedang menunggang motor, dia terlihat seseorang sedang melambai ke arahnya. Seorang perempuan memakai baju sekolah disebalik pokok.

"Eh, macam kenal je". Bisik hatinya.

Yang peliknya, berdekatan situ, ada sebuah rumah kecil, kayu dan usang.

"Tadi tak dak pun". Hairan Abdullah.

Perempuan itu terus lari apabila Abdullah berjalan ke arahnya.

"Hoi, kau buat apa kat sini?!". Seorang perempuan yang agak muda menjerit disebalik lubang kayu rumahnya.

"Tadi saya nampak ada orang tadi". Abdullah tersengih malu.

"Mana ada orang kat sini, baik hang balik sebelum jadi apa-apa!".

"Aaaaaa....". Abdullah ternganga. Dia menuju ke motor semula.

Dia lihat lagi ke belakang, perempuan itu masih berlari di situ, Seperti sedang bermain dengan seseorang.

"Ish, tak boleh jadi ni!". Dia mahu tahu juga siapakah perempuan itu.

Dia perlahan-lahan bergerak perlahan menuju ke hutan itu melalui semak di tepi rumah itu.

"Krakkk". Abdullah terpijak sesuatu di tanah.

"Eh?!". Dia Terjumpa gelang tangan. Ternyata masih baru.

Dilihat semula ke hutan itu, sepi.

"Hai Abdullah".

"Opocot, mak kau kuning hijau.". Abdullah terkejut kerana perempuan itu tiba muncul di belakangnya.

"Hmmm". Abdullah mengepit matanya, cuba untuk mengingati semula.

"Awak ni atykah ye?".

Atykah menggangguk sambil tersenyum.

"Awak buat pa kat sini?".

"Saja. Rumah saya dekat sini jer".

"Oooo...".

Abdullah terfikir yang tidak ada satu rumah pun semasa dia melalui jalan tadi.

"Bau busuk apa niii!". Abdullah terhidu sesuatu lalu mencari bau tersebut.

"Tuuu". Atykah menunjukkan jari ke arah wanita itu.

Dia lihat di celah lubang kayu itu dan mendapati perempuan tadi melakukan sesuatu sambil membaca ayat-ayat pelik.

"Dia dukun Kee?". Abdullah memaling belakang untuk bertanya. Tapi, Atykah sudah tiada di situ.

Abdullah berfikir yang Atykah masih mahu bermain lalu Di lihatnya kembali ke arah wanita tadi.

"Eh?". Dia melihat buku yang mirip bukunya berdampingan wanita tua itu.

Dia mengeluarkan buku miliknya di dalam poketnya untuk memastikannya betul.

"Mungkin itu...". Abdullah merasakan itulah sebahagian buku itu.

"Pang!". Wanita itu dengar sesuatu dari dapur lalu pergi untuk melihatnya. ini kesempatannya untuk mengambil semula haknya.

Abdullah masuk melalui pintu depan dengan perlahan-lahan agar wanita itu tidak dengar.

"Peh!". Abdullah terhidu bau yang sangat busuk semacam bau kemenyan, mayat dan entah apa lagi.

Dia lantas mengambil sebahagian buku itu sambil menutup hidungnya

"Memang samalah!". Abdullah memegang kedua-dua bahagian buku itu.

"Hoi, kau sapa?!". Perempuan itu mula kembali.

Dilihat perempuan itu agak muda, memakai baju kebaya merah, bersarung kain batik. Rambutnya ditutup di bahagian tepi.

"Macam mana kau ada buku ni?!".Abdullah menunjukkan buku itu.

"Jadi kau Abdullah ye?".

"Macam mana kau tahu nama aku!".

"Aku isteri pak Osman!".

"Hah, jadi..... kau nenek aku la!".

"Bukan, Nenek tiri kau, Dia bunuh isteri dia".

"Tak mungkin!".

Ketika Abdullah tercengang, Wanita itu ingin merampas buku tapi angin mula bertiup kencang di dalam rumah itu.

"Hah!". wanita itu terkejut kerana botol-botol yang ditutupi kain kuning disekitarnya mula pecah tanpa sebab.

"Kau bawa sapa ahhh?!".

"Tak dak sapa ahh!".

"Perempuan tu, perempuan tu, kau bawa dia!". wanita itu mula ketakutan.

Abdullah tidak faham dengan kata-katanya.

"Tidak, tidak...!".

badannya tiba-tiba mengeluarkan darah yang banyak seperti di gigit beribu harimau.

Dia ingin membaca suatu ayat tapi tidak sempat dan dia terjatuh lemah.

Wanita itu mengeluarkan tangan seperti untuk diselamatkan lalu Abdullah menyambut tangannya.

"Allah!". Abdullah terperanjat lalu terlepas tangannya apabila muka wanita berubah menjadi sangat tua.

Wanita itu terus ditarik ke tempat dia melakukan pembunuhan terhadap perempuan itu

Badannya tidak henti mengeluarkan darah yang banyak, membasahi tempat itu.

Perlahan-lahan, Badannya beransur kurus tapi dia sedaya upaya untuk keluar dari situ tapi lilin yang berada di tempat itu jatuh ke atas badannya seperti ditolak.

"Ahhh!".

ketika api mula menjilat tempat itu, Abdullah terus keluar dari rumah itu.

Semasa keluar, dia sempat melihat muka wanita itu yang memandangnya. Matanya merah sambil mengeluarkan air mata darah.

Dia terus menuju ke arah motornya untuk pulang kerana dia tidak sanggup lagi untuk melihat kejadian itu.

Apabila dia memandang belakang, rumah itu sudah hilang. Hanya ada hutan tebal di situ.

Dia hanya mendengar jeritan wanita itu yang perlahan-lahan lenyap dalam angin petang.

Tidak lama kemudian, Dia melihat seorang wanita tua keluar dari sebalik pokok dan berjalan terbongkok-bongkok. Kakinya seperti tidak menjejak tanah.

Dihadapannya ada seorang lelaki berjubah putih memegang rantai besi yang membelenggu wanita tua itu.

"Awak!". Atykah mengejutkan dari belakang dengan suara lembut.

"Awak ni, janganlah kejutkan saya macam tu, sakit jantung tau". Abdullah memegang jantungnya sambil membuat muka comel.

"Hehe, kite janji, tak buat lagi".

"Rumah awak kat mana?, Meh saya hantar awak pulang".

"Tak yah lah, rumah saya dekat jer. Awak pulanglah, Dah lewat niii".

Dia melihat langit, sememangnya sudah senja.

"Ok, saya pi dulu naa".

"Ye, Jumpa lagi awak!". Atykah melambai sikit tangannya.

Abdullah sempat melihat kearah hutan tadi, wanita tua itu Sudah tiada.

               ?      ¢      €      ¥      ?

"Assalamualaikum". dia membuka pintu rumahnya, Sunyi sepi.

Dia mencari Syafi di seluruh rumah tapi tidak ada.

"Aduh!". Badannya terasa gatal, mungkin melekit setelah seharian melalui perkara aneh.

Abdullah terus masuk ke bilik air untuk mandi.

"Fuh, leganye". Abdullah keluar dari bilik air sambil mengusap rambutnya yang basah.

"Eh, Syafi?". Kelihatan Syafi baru masuk ke dalam rumah.

"Kau pi mana tadi?". Abdullah menghampiri Syafi. kelihatan pakaiannya penuh dengan tanah.

"Pi pondok sat, hang tu pi mana tak balik-balik. Penat aku tunggu".

"Ada problem sikit kat jalan".

"Problem ke jumpa marka".

"Eh dia ni, pi Siap nu".

"Pi mana?".

"Pi masjid. dengar cita kat sana ada banyak makanan, rugi ooo kalau tak pi".

"Apa, makanan!". Syafi terus laju mengambil tuala dan bergegas untuk mandi.


° ° ° ° °

Sedang asyik mendengar khutbah, tiba-tiba penceramah tersebut memandang Abdullah semacam.

Baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian, saya terangkan sikit mengenai iblis ni yang mungkin ramai tak tahu. Iblis ni dia sebenarnya lebih pandai daripada kita. dia lebih tahu ayat AL quran lagi banyak daripada kita. Jadi dia akan hasut kita ni supaya buat-buat pandai, merasa diri tu selalu nak benar. jadi, penyelesaiannya, kita jangan buat pandai-pandai, bila dia mai tu, kita buat bodoh je, mesti tak kena punya....

pada hadirin semua terus tergelak dengan penerangannya.

Sambil-sambil tu, dia mencari Syafi tapi tidak ada di situ. Dia biarkan sahaja dan meneruskan ceramah hingga berakhir berserta sembahyang Isyak.

Selepas habis itu, dia mengambil dua bungkus bihun goreng lalu dia beredar untuk mencari Syafi.

"Ohh, di sini rupanya kau. Puas aku cari kau kat dalam surau tadi". Abdullah akhirnya menjumpai Syafi di tepi motor Abdullah.

"Hehe, malulah pakai macam ni, apa orang akan cakap nanti".

"ala kau ni....."

"Abdullah!". Kedengaran suara ustaz Najmi memanggilnya dari jauh membuatkan Abdullah terhenti bercakap.

"Haa, kau ambil ni, aku nak pi kejap".

"ok, ok".Syafi tersenyum kerana dia dapat makanan.

Abdullah mendekati ustaz Najmi yang berhadapan dengan surau.

"Assalamualaikum Abdullah, Bila balik sini?".

"Baru jer semalam".

"Buat pa tadi tu?".

"Sembang dengan kawan tadi".

"Mana dia, panggil dia masuk".

"Tu, Dekat motor tu!. Dia kata malu sebab dia pakai baju tak elok".

Ustaz Najmi melihat sekeliling, tiada sapa pun di situ.

"Mana dia, tak nampak pun, Kawan balik dah ke".

"Tak dak lah, tu ada tu, tengah makan. Tuuu".

Dia melihat tempat yang ditunjukkan Abdullah, Memang tiada siapa. Kosong.

Mungkin gelap tu, maklumlah dah tua".

"hehe".

Macam mana kamu boleh tahu ada kuliah hari ni, ustaz tak panggil pun kamu.

"Hehe, tok Tam bagi tau tadi".

"Haa, tok Tam"!. Ustaz Najmi kelihatan terperanjat.

"Kenapa ustaz?".

"Hmmm, tok Tam sebenarnya dah lama meninggal dunia".

"Aaaaaa"....

"Tak pa lah, ustaz balik dulu". Dia mempercepatkan langkahnya.

Dia terus meninggalkan Abdullah yang sedang kebingungan.

Lepas difikirkan peristiwa petang tadi, Abdullah kembali tenang.

"Innalillahiwainnalillahirajiun".

              ?      ¢      €      ¥      ?

"Kau percaya hantu tak?".

"Tak, kenapa?".

"Sebab aku ada jumpa satu buku ni, dikatakan dalam buku ni ada hantu, tapi tulah dah terbelah".

"ye ye je kau ni?".

"Nah, ni aku bagi kau, aku nak kau jaga buku ni kalau ada sesuatu terjadi pada aku". Semasa hendak tidur dia memberi kedua buku yang terkoyak itu kepada Syafi.

"Kau percaya aku ker?!".

"Percayalah, kau kan kawan sehidup semati aku, Ok, aku tidur dulu".

"hmmm". Syafi tersenyum melihat Abdullah yang selalu ceria.


° ° ° ° °

Keesokan paginya, Apabila Abdullah bangun, Syafi tiada lagi di katil. Dia dengan gelabahnya mencari buku itu di seluruh rumah. Takut-takut, dikhianati......

Semasa dia sedang mencari, dia terdengar sesuatu di luar.

"Fuh".

Dia masuk ke bilik untuk mandi awal kerana dia sangat merindui ibunya di rumah.

"Aik, dia tak guna ke?". Abdullah hairan biji benih yang dibelinya, belum diambil Syafi.

"Dia ni lah, kalau nak menanam tu kenalah ada benih dulu". Abdullah mengambil benih-benih itu untuk diberikan kepada Syafi.

"Hah!". Abdullah terkejut besar kerana beberapa hari lalu kebun itu sudah tumbuh pelbagai pokok.

"Hah, macam mana kau boleh tanam pokok semua ni tanpa benih".

"Hah, tulah walaupun aku ni banyak fail dulu, tapi sains aku A tau".

"yelah, kau sorang pandai".

"kau ni bawak tuala ni nak pi mana, ha, mesti nak jumpa markah".

"taklah, sebenarnya aku ni nak pi rumah ibu aku, aku rindu dia?".

"kau tak rindu ke?"

"lepa dah buang aku".

"kesian kau nk , kalau cam tu Jom la ikut aku".

"Malas aku".

"Ibu aku tu boleh masak macam-macam tau".

"ouh, macam best je, boleh gak tu".

Abdullah tertawa kecil.


° ° ° ° °

Petang itu, selepas asar, Mereka berdua mula bertolak. Kelihatan sepasang mata sedang melihat mereka disebalik tanaman kebun itu.

"ok, pegang kuat-kuat ni".

"hang ni ingat aku budak-budak ka"?

"kalau jatuh tak tanggung". Abdullah terus memecut motosikalnya dengan kuat.

Sepanjang perjalanan itu, mereka bernyanyi dan bersembang tapi langit sudah mulai gelap.

"Kenapa lama sangat ni, patut dah sampai ni!". Abdullah merasakan jalan itu sudah di lalui sebentar tadi.

Abdullah melihat jamnya, "dah lebih lima jam ni".

Abdullah positifkan diri lalu teruskan perjalanan seperti biasa.

"Jalan sama je tadi". Syafi sudah mula perasan tapi riak wajahnya tenang sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience