"Tarmizi, sudah tiba masanya untuk kau buat sesuatu......" Seorang lelaki yang agak berusia sekitar 60-an sedang mengambil beberapa barang dari rumahnya untuk dibawa bersamanya ke suatu tempat.
Dia membiarkan katanya bersahaja tidak dihabiskan kerana ada sesuatu yang sedang memanggilnya disebalik hutan tebal itu melalui angin yang asyik berbunyi.
Hanya dia yang mampu mengerti apakah maksud disebalik bunyi itu.
Sambil-sambil itu, dia asyik memandang ke arah hutan sehingga membuatkan Tarmizi bingung dengan sikap ayahnya dari tadi.
"Buat pa tu yah!?". Tarmizi cuba menguatkan suaranya kerana angin ditempat itu semakin kencang.
"Nanti kau tahulah ,meh ikut aku!". Ayah Tarmizi terus berjalan masuk ke dalam hutan yang tidak jauh dengan rumah mereka. Tapi, semakin mereka masuk ke dalam, semakin tebal hutan itu.
Di tangannya, memegang sebuah buku yang agak usang dan agak pelik.
Tarmizi yang mengekori dari belakang, tertanya-tanya untuk apakah, ayahnya membawa barang-barang yang dipegangnya.
Setelah lama berjalan di dalam hutan itu, Tarmizi mula merasakan tidak sedap hati. Ia memandang sekeliling hutan itu seperti ada sesuatu yang mengikuti mereka.
"Tempat pa ni"!. Betapa terperanjat nya dia apabila mendapati yang dia sedang berada di tempat perkuburan yang ditanam agak pelik. Sukar sebenarnya hendak digambarkan tapi, mayat yang ditanam dibiarkan kepala di atas dan seluruh tubuhnya ditanam ke bawah tanah.
"Haa, baru nak sampai". Seorang wanita yang agak tua tapi kelihatan muda sebenarnya jika dilihat tiba-tiba muncul berdekatan dengan tempat perkuburan tersebut.
"Mak pun ada jugak?". Tarmizi hairan bagaimana emaknya boleh sampai begitu cepat kesitu padahal dia berada dirumah tadi. Tapi, Tarmizi tidak begitu terperanjat kerana dia sudah agak yang emak dan ayahnya bukan manusia sembarangan.
"Jangan banyak cakap sangat, nah ambik ni , pi duk tengah situ!". Ayahnya dengan muka bengisnya terus memberikan buku tersebut kepada Tarmizi lalu menunjukkan ke arah tengah tanah yang dipenuhi dengan mayat itu.
Dia sempat menjeling ke arah isterinya sebelum dia meletakkan barangnya ditempat perkuburan itu. Usai itu, dia duduk bersila lalu menyalakan kemenyan di dalam sebuah bekas lalu membaca manteranya.
"Baik... ayah". Tarmizi ikut sahaja arahan ayahnya kerana dia tahu buruk padahnya kalau tidak mendengar katanya.
Akhirnya, Tarmizi terpaksa juga duduk di situ sambil memerhatikan buku yang penuh dengan bahaya walaupun hatinya masih berdegup kencang.
Dengan angin yang kuat, helaian demi helaian buku itu terbuka dengan sendirinya lalu berhenti di tengah-tengah halaman.
Apabila dilihat, tulisannya agak pelik kerana berwarna merah pekat dan berbau busuk, Dia cuba menahan baunya agar ayahnya tidak nampak.
Tangannya terketar-ketar, hatinya pula masih berdebar-debar sejak mereka bergerak dari rumah tadi.
Tanpa pedulikannya, Tarmizi mula membacanya walaupun suaranya kedengaran agak serak.
"nanging biso marak'e loro lan pati"
"sebab wong jowe sejati iku lelakone ora ketok lan ora muni"
"cukup meneng nanging biso oleh opo seng di karepake"
"ora perlu ono gondone supoyo di perhatekne wong liyo"
"ora perlu ketok wujude supoyo di sawang wong liyo"
"urip neng ndunyo iki ibaratne angin".
Selesai membaca ayatnya, Tarmizi memandang sekeliling. Situasi menjadi sunyi seketika.
TIBA-TIBA
Angin mula bertiup kencang...
Pohon pula bergoyang semakin kencang dari yang sebelumnya...
Kabus makin lama makin menutupi tempat tersebut.
"Arghhh!!!". kedengaran satu suara yang teramat kuat disebalik kabus tersebut sehingga tidak mampu ditahan telinga.
Tarmizi tercari-cari dimana suara itu datang dan ia ternampak sesuatu lembaga besar berwarna hitam. Kelihatannya lembaga itu sedang menuju kearahnya dengan pantas.
"Aduh!". Tarmizi terjerit kesakitan kerana tangannya tiba-tiba mengeluarkan darah yang banyak. Rasanya seperti digigit sesuatu yang tajam tapi tiada kesannya.
"Letakkan tangan kau kat atas buku tu, cepat!!". Dari jauh, ayahnya sedang memberitahu sesuatu sambil tersenyum jahat.
Tarmizi dengan sakitnya terus melemparkan buku itu tanpa mempedulikan kata-kata ayahnya lagi lalu berlari dari tempat tersebut sambil memegang tangan kirinya yang berdarah tadi.
"Apa kau dah buat ni. kenapa lari dari dari situ, bodoh!!!". Ayahnya terus menengking Tarmizi sekuat hati kerana Impianya sudah mahu tercapai sebentar tadi.
Kabus mula hilang sedikit demi sedikit dan makhluk itu tidak lagi kelihatan.
"Tapi...."
sebelum Tarmizi menghabiskan bicaranya.....
"Hah!,baik kau pergi balik kat situ ,buat semula!".
Tarmizi dengan takutnya menuju ke tempat itu semula dan mencari-cari buku yang dilemparnya tadi.
Tangannya sudah tiada darah lagi tapi yang ada hanyalah bengkak sahaja. Itulah yang membuatnya hairan.
"Mana pi buku tu?".... Tarmizi dah mencari disekitar kawasan tersebut tapi tidak menjumpai buku itu lagi.
"Kau cari ni ke?". Sambil tersenyum, emaknya menunjukkan buku tersebut kepada anaknya.Ternyata ibunya yang mengambil buku tersebut. Tarmizi mendekati emaknya untuk mengambil buku tersebut.
"Kau tak payah la buatlah ,buang masa je.... kau bukannya dapat apa-apa pun". kata-kata emaknya membuatkan Tarmizi tersedar seketika di situ.
"Kau bagi balik buku tu!". kedengaran suara ayahnya dari jauh dengan keras.
"Kalau tak nak?". Isterinya cuba membalas.
"Erghh!". Ayah Tarmizi dengan pantasnya bergerak dalam bayangan hitam dan terus berada didepan isteri nya dan memegang sebahagian buku itu untuk diambilnya.
"Kau tak boleh nak lawan aku".Yakin suaminya.
"Pasti..."
"Huh?"
Isterinya tersenyum sinis lalu terkumat-kamit membacakan sesuatu ayat dimulutnya dan...
Suaminya terus terpelanting jauh dan tulang belakangnya terhempap pohon pokok yang besar.
Dia tidak berasa sakit langsung melainkan cuba membetulkan belakangnya menggunakan tangannya sambil membaca sesuatu ayat.
"kau dah kenapa, hah!". Suaminya mula bersuara.
"Kau tu hanya pentingkan diri sendiri saja, selama aku tolong kau, kau tak pernah bagi apa-apa pun!kau hanya pentingkan belaan kau je! . Luahannya membuatkan Tarmizi agak terkejut.
Isterinya yang masih memegang sebahagian buku itu terus melarikan diri secepat mungkin kerana dia tahu yang kuasanya tidak setanding suaminya.
"Kau tunggu apa lagi, pergi tangkap dia!". Dia terus memandang kearah Tarmizi yang masih tercengang disitu.
"Cis!". Dia terus melihat tangannya yang dia sempat menarik sebahagian buku tersebut sebelum terpelanting jauh.
Dia hanya mampu melihat isterinya pergi kerana lukanya masih belum sembuh sepenuhnya.
Tanpa berkata apa-apa ,Tarmizi terus mengejar ibunya yang belum lagi jauh.
Dengan pantasnya, Tarmizi sempat mengejar ibunya dan sudah berada dibelakang ibunya sahaja.
ketika dia mahu menarik bahagian belakang baju ibunya ,dia terus tersandung pohon pokok di bawah tanah dan terhempap ke tanah.
"Aduihhh!". Tarmizi cuba mengelap mukanya yang dihempap tanah tadi tapi disapunya ialah air bersih.
"Huh!".Tarmizi yang kehairanan cepat-cepat melihat tangannya.
Ternyata, bukan tanah ataupun air kotor yang dilapnya tapi air yang jernih lagi wangi.
Dia segera melihat sekeliling yang dia sekarang berada didalam sebuah kolam yang harum baunya berserta beberapa bunga mawar berdekatan.
"Tempat pa ni?". Dia kehairanan kerana dia sebentar tadi berada di dalam hutan tapi kini.....
dia berada di tempat yang indah dan cantik seperti kayangan gitu.
Tarmizi cuba menggosok matanya beberapa kali dan hasilnya masih sama, dia tetap berada disitu.
Dia berfikir pula yang dia sudah mati lalu ditampar pipinya sekuat hati.
"Pang!". Dia perlahan-lahan menggosok pipinya kerana sakit.
walaupun pipinya sudah merah, Dia tetap terus menerus memandang dirinya di dalam air lalu dia terlihat sesuatu bayangan dihadapannya bergerak-gerak.
Dia terus bergerak perlahan-lahan kebelakang, cuba untuk menyelamatkan dirinya sekiranya keluar sesuatu yang menakutkan lagi.
£ ¢ € ¥ $
"Hahhhh, nyamannya". Puteri tujuh berasa senang kerana hari ini dia dapat bersiram tanpa diganggu sesiapa.
"Eh?!".
Puteri tujuh perasaan ada seseorang di belakangnya.
Terperanjatnya dia apabila dia menoleh ke belakang ada seseorang di tempat semayamnya.
Dia terlihat seorang lelaki yang entah datang dari mana mengacau ketenteraman waktu subuh penyiramannya.
Dia terus menanyakan soalan kepada lelaki pelik itu dengan perasaan pelik tapi agak marah.
"Hamba siapa!?"..........................
Share this novel