HANCUR

Thriller Completed 1278

"Apa aku dah buat ni?!". Dia melihat dirinya yang sudah jauh berubah berbanding dahulu.

"Tapi, aku cuma nak bahagiakan keluarga aku ja".

"Bukan begitu caranya". Tarmizi mendekati ayahnya.

"Tengok cucu ayah tu. Dia sekarang sedang usahakan tanaman ayah semula. Hasilnya, boleh kita kongsi bersama".

"Duit boleh dicari, kasih sayang mana boleh dicari".

"Maafkan ayah, nak". Dia menangis penyesalan lalu memeluk anaknya.

"Mari kita pulang ayah".

"Dah terlambat nak, ayah dah buat perjanjian dengan iblis tu. Ayah kena bertanggungjawab".

"Pergi!". Dia menolak Tarmizi jauh darinya.

"Yahh!". Dia mula menghancurkan gua itu sedikit demi sedikit.

"Apa kau buat ni?!". Iblis itu datang dengan wajah yang marah. Kedatangannya membawa bersama berpuluh-puluh ribu tenteranya.

"Ambik ni!". Dia membaling batu besar itu kearah iblis tu.

"Tak guna!".

Dia mengheret lelaki tua ke dinding gua beberapa kali lalu dilemparkan ke bawah.

"Erk!". Atuknya cedera parah tapi masih cuba untuk bangun.

"Atuk!!!!".

"Kau...." . Abdullah tiba-tiba mengeluarkan cahaya putih dari badannya.

Dengan kelajuan pantas, dia menuju ke arah iblis itu tapi dapat ditangkapnya. Abdullah di balingnya masuk ke dalam lubang bawah tanah.

"Abdullah!!!!".

"Hahaha!!!". tiada siapa boleh melawanku lagi!.

"Cahaya apa ni?!". Satu cahaya muncul dari gua itu sehingga membutakan semua tenteranya.

Abdullah dengan senang keluar dari situ dan tubuhnya melayang di udara.

"Macam ne kau!?". Iblis itu mula ketakutan.


"???? ????? ?????? ?????? ?? ??????? ??????!".

Syaitan dan semua pengikutnya terus disedut
Masuk ke dalam lubang itu diakhiri oleh iblis itu.

"Tidak!!!". Tertutuplah lubang itu menjadi rata.

Abdullah kemudian jatuh lalu pengsan tidak sedarkan diri.

"Abdullah!". Syafi yang juga menyaksikan adegan itu datang berlari ke arah Abdullah. Diikuti pula abahnya.

"Bawa dia pergi dari sini, ambil buku ni, jangan biar DIA ambil!". Osman menyuruh mereka pergi dengan segera.

"Ayah cam ne?". Tarmizi mengambil buku itu dan dipegangnya erat.

"Pandailah aku jaga diri!".

Abah dan abangnya mengendong Abdullah di bahu mereka.

"Krakkk". Tanah itu semakin rapuh.

"Pergi lekas sebelum mereka datang!".

"Ayah....".

"Mari!". Mereka keluar dari gua itu secepat mungkin sambil Tarmizi melihat kearah ayahnya.

Dia menggunakan kuasa terakhirnya untuk menghancurkan tempat itu.

"Dushhh!!!". Gua itu serta-merta meletup.

"Ahhh!!!". Abdullah, kau okey.

Mereka membaringkan Abdullah diatas tanah dan Abdullah mula bangun namun gerakannya masih perlahan.

"Atuk mana?". Abdullah melihat sekeliling mencari atuknya.

Abahnya melihat kearah gua itu diikuti Abdullah dan syafi. Gua itu mula hilang ditelan tanah.

"Maafkan abah, Syafi. kalau lah ayah tak hantar kau hari tu...."

"Semua dah berlalu abah".

"Hah, Dialah abang kamu, Syafi namanya.

"Dia ni kaaa?".

"Abdullah dah perasan dah selama ni". Abdullah sengaja je buat tak tahu".

"Ehhh, yelah tu".

"Cam ne korang...".

"Abdullah boleh nampak Syafi".

"Ohhhhhh".

"Dia nilah yang mai dulu, minta makan bagai. Kan, abang".

"Janganlah panggil aku abang, seganlah".

"Kau ni!". Abdullah menepuk kaki Syafi

"Sakitlah!".

"Macam budak-budaklah kau ni!". Abahnya tersenyum melihat mereka berdua. Kalaulah ibu mereka ada.

"Tapi... cam ne kebakaran tu boleh berlaku". Abdullah mula serius.

Dia memandang abahnya dan setelah lama berdiam, abahnya mengangguk.

"Sebenarnya...."

                    °     °     °     °     °

"Tinggalkan dia di sini lama sikit dengan aku, Boleh tolong aku buat kebun". Syafi melihat kebun tersebut namun Kelihatannya kebun itu seperti sudah tidak dijaga lagi, layu.

"Yelah, kat rumah dia bukan buat apa pun, makan tidur je". Abahnya menyambung.

"Aikkk!?". Syafi menafikan perkara itu kerana dia baru sahaja lepas SPM. Dia ingin menenangkan fikirannya.

"Saya nak masuk kejap, boleh?". Ibunya bertanya.

"Boleh, boleh". Apabila puan Siti melihat keadaan rumah itu, semuanya berada dalam keadaan baik, bersih.

"Bersih jugak rumah korang ni"

"Baik korang balik cepat, Korang kan ada banyak kerja". Memang betul. Sememangnya sejak dari Syafi lahir, mereka hanya pentingkan kerja sahaja.

"Mak mana ayah!". Tarmizi melihat kalau emaknya tiada dimana-mana.

"Mak kau lari mana tah. Entah jumpa laki lain agaknya".

Mereka berdua berpandangan pelik.

"Kalau tiada apa lagi, Kami pergi dulu ye kalau ada apa-apa call yer".

"Baik, ibu abah". Syafi bersalaman dan memeluk mereka".

"Bye....". Syafi melambai sehingga mereka hilang dari pandangan bersama kereta yang dipandu oleh abahnya.

"Aaaa. Atuk?".

"Masuklah, bilik kau, bilik aku jugak!".

Sebelum dia mahu menanyakan apa-apa, atuknya terus pergi ke belakang.

Entah apa yang nak dibuatnya?. Syafi berfikir.

"Aihhhh". Semasa dia melihat ke dalam, rumah itu tidak seperti yang dikatakan ibunya, Berhabuk, kotor, berselerak dan juga ada bau hanyir juga.

Syafi pun memulakan kerjanya bermula dari bilik itu sehingga dapur sampai tak ingat waktu semakin berjalan.

Setelah kepenatan, dia mahu duduk sebentar di sofa lalu beberapa saat kemudian dia tertidur.

               °     °     °     °     °

"Allahuakbar!". Sedar-sedar, jam dinding sudah menunjukkan pukul 12:30 malam.

Dia memulakan langkah untuk mandi dan solat tapi langkahnya terhenti.

"Ish, Mana buku tu?!". Dia terdengar sesuatu dari bilik tidur. Rupanya atuknya sedang menyelongkar barang-barangnya.

"Atuk buat apa tu?".

"Buku tu mana?!". Atuknya datang dengan wajah yang bengis.

"buku apa?".

Syafi mula berdiri menjauhi atuknya kerana kedua mata atuknya kelihatan merah seperti dirasuk.

"Aku tahu ayah kau ada buku tu?".

"Ada kat dialah".

"Sekarang kau telefon dia". Atuknya mengambil telefon bimbit yang memang ada di atas meja.

"Dah malam dah ni tuk, esok jelah".

"Ish, kau ni!". Dengan perasaan yang tidak sabar, dia mencari sendiri nombor telefon abahnya.

Dengan asyik mencari, Syafi mengambil telefon itu dari tangan atuknya.

"Kau, Mari sini telefon tu?!".

"Tak boleh!". Syafi mengundur belakang secara perlahan-lahan.

Syafi mengambil pelita berdekatan situ dan menghalakan kearah Atuknya untuk mempertahankan dirinya.

Entah macam mana, dia tersentuh bucu meja menyebabkan pelita itu terjatuh dan terkena ke arah atuknya.

"Ahhhh!!!". Atuknya berguling di lantai untuk memadamkan api yang sudah merebak ke badannya.

"Atuk!!". Dia menuju ke dapur untuk mengambil baldi dan mengisi air sebanyak mungkin.

Semasa Syafi sedang mengisi air, atuknya tiba-tiba menerkam Syafi dari belakang.

"Matilah kau!".

Akibat terkejut, Syafi terus melemparkan atuknya kearah tong gas sehingga menyebabkan satu bocoran berlaku.

Booooommmm. Rumah itu serta-merta meletup lalu terbakar dan kejadian itu disaksikan sepasang mata jahat.

"Hahaha!!!?". Dia ketawa melihat keluarga Osman hancur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience