5

Thriller Completed 1278

Pengertian Sihir Dari Sudut Bahasa:

Terdapat pelbagai pandangan yang dikemukakan oleh para ulama dan cendekiawan Islam terdahulu dan masa kini dalam menjelaskan makna sihir.

Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, sihir dari sudut bahasa ialah perbuatan atau kejadian luar biasa yang dilakukan oleh manusia secara tersembunyi atau ghaib yang melibatkan makhluk halus.

Menurut Al-Azhari asal kalimah "as-Sihr" ialah menukarkan sesuatu daripada hakikat yang sebenar kepada sesuatu yang lain seperti tukang sihir yang menampakkan sesuatu yang batil kepada seolah-olah gambaran yang sebenar.

Beliau juga menyebut bahawa sihir itu mengkhayalkan sesuatu bukan pada hakikatnya yang sebenar. Maka yang demikian tersebut dikatakan bahawa tukang sihir tersebut telah menyihir sesuatu iaitu menukarkan sesuatu.

Pengertian Sihir Dari Sudut Syariat:

Istilah sihir dari sudut syariat pula melihat kepada pendapat dan pandangan beberapa orang ulama.

Menurut Ibnu Khaldun, sihir sebagai ilmu untuk menghasilkan kesan negatif ke atas manusia dengan menggunakan anasir-anasir jahat serta kekuatan ghaib sama ada berperantaraan atau tidak bagi suatu tujuan jahat tersembunyi.

Dr. Abdullah bin Muhammad At-Toyyar mentakrifkan sihir ialah azimat-azimat dan jampi mantera sihir yang dilakukan oleh pengamalnya yang memberi kesan negatif kepada hati dan emosi seseorang, menyakiti atau membunuhnya."

Sihir seperti ini melibatkan perkataan atau kata-kata seperti jampi yang menggunakan lafaz syirik yang memuja syaitan, menyembah bintang atau planet-planet, melakukan jenayah, berterusan berbuat fasik dan yang melibatkan iktikad iaitu bersikap belas kasihan terhadap perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada sihir:

1. Sihir adalah ilmu. Ilmu yang semata-mata keduniaan dan langsung tidak memberi kebaikan di akhirat.

2. Ilmu sihir diperkenalkan dan diajar oleh syaitan kepada manusia.

3. Mengundang kemudaratan sama ada ke atas yang melakukannya atau kepada mangsanya.

4. Kemudaratan yang paling hebat dan dilaknat adalah kekufuran dan kesyirikan kepada Allah SWT.

5. Sihir boleh menghasilkan tujuan jahat seperti menyakiti jasmani mangsa.

6. Merelakan diri insan menjadi hamba kepada syaitan dengan mematuhi apa sahaja suruhannya kerana mengharapkan balasan daripada syaitan itu yang menghasilkan kepadanya ilmu sihir.

7. Dengan mengamalkan amalan dan latihan kebatinan tertentu terhadap objek-objek tertentu seperti keris lama, besi kuning dan buluh kuning tumpat bagi menghasilkan hal-hal yang mencarik adat menerusi pemujaan yang melampaui kebiasaan

8. Menggunakan peralatan-peralatan sihir yang pada kebiasaannya menggunakan tengkorak manusia, tangkal-tangkal yang pelbagai, kain berbagai-bagai warna, mengasap kemenyan pada malam-malam tertentu, menghafal bacaan-bacaan tertentu dan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak.


• • • • •

Terdapat beberapa jenis saka sama ada yang dikaitkan dengan haiwan atau tidak. Antara jenis saka yang melibatkan haiwan tertentu adalah seperti berikut:

i. Saka Harimau

ii. Saka Buaya

iii. Saka Ular

i. Saka Bomoh

ii. Saka Susuk

iii. Saka Kuat

iv. Saka Bidan

Saka dibela dan diwarisi khususnya di kalangan masyarakat Melayu adalah untuk tujuan dan manfaat tertentu.

Antaranya ada saka yang digunakan untuk melindungi diri ahli keluarga dan harta benda tuannya atau ada yang digunakan untuk menjaga tanaman dan kebun serta binatang ternakan.

Bahkan, ada juga saka yang digunakan untuk mengawal binatang buas atau menjinakkan binatang tersebut.

Sebahagian orang menggunakan saka untuk memberi kekuatan pada dirinya seperti menjadi kebal dan tidak lut oleh senjata serta ada juga yang digunakan untuk menjadikan diri mempunyai daya tarikan seperti kecantikan pengasih dan sebagainya.


• • • • •

?? JIN ??

Jin adalah salah satu jenis makhluk Allah Subhanahu wa Ta’ala yang memiliki sifat fisik tertentu, berbeda dengan jenis manusia atau malaikat.

Jin diciptakan dari bahan dasar api, sebagaimana yang Allah Subhanahu wa Ta’ala firmannya

“Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar. Dan Dia menciptakan jin dari nyala api.” (QS. Ar-Rahman: 14 – 15)

Jin memiliki kesamaan dengan manusia dalam dua hal:

a. Jin memiliki akal dan nafsu, sebagaimana manusia juga memiliki akal dan nafsu.

b. Jin mendapatkan beban perintah dan larangan syariat, sebagaimana manusia juga mendapatkan beban perintah dan larangan syariat.

?? SETAN

Untuk memahami setan, satu prinsip yang harus Anda pegang: Jin itu makhluk dan setan itu sifat. Karena setan itu sifat, maka dia melekat pada makhluk dan bukan berdiri sendiri.

Setan adalah sifat untuk menyebut setiap makhluk yang jahat, membangkang, tidak taat, suka membelot, suka maksiat, suka melawan aturan, atau semacamnya.

?? IBLIS

Iblis adalah nama salah satu jin yang menjadi gembongnya para pembangkang. Dalil bahwa iblis dari golongan jin adalah firman Allah,

“Ingatlah ketika Kami berkata kepada para maialakt, ‘Sujudlah kallian kepada Adam!’ maka mereka semua-pun sujud kecuali Iblis. Dia dari golongan jin dan membangkang dari perintah Allah.” (QS. Al-Kahfi: 50)

??ORANG BUNIAN

Alam Zara, yang terdapat di langit tempat sebenar Raja-raja Bunian tinggal dan bukannya di hutan
Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usul makhluk bunian, antaranya ialah mereka adalah daripada keturunan jin.

Pendapat kedua menyatakan mereka ialah hasil perkahwinan antara manusia dengan jin.

Dan pendapat ketiga dan yang sebenarnya, Bunian adalah makhluk ciptaan Allah dan bukan dari keturunan manusia, jin maupun malaikat.

Allah swt Maha Pencipta menciptakan berbagai jenis makhluk yang manusia sendiri tidak pernah melihat kecuali mereka-mereka yang dianugerahkan Allah ilmu Makrifat dan Laduni. Yang sebenarnya, apa yang manusia bertemu bunian selama ini disebalik semua cerita dari turun temurun, itu bukanlah bunian sebaliknya jin-jin kafir yang menyamar sebagai bunian contohnya seperti jin kebayan yang suka berlakon dan menyamar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience