Jenis-Jenis Jin:
Seperti juga malaikat yang diberikan nama tertentu bagi tugas tertentu, Allah SWT menjadikan jin dengan jenis yang pelbagai serta nama yang khusus. Golongan jin telah dibahagikan kepada tiga jenis sepertimana yang dalam hadith Rasulullah SAW.
Disebutkan Islam yang bersandarkan kepada al-Quran dan al Hadith ada menyatakan beberapa kategori atau jenis jin yang berada di muka bumi ini, antaranya ialah:
1. Iblis iaitu bapa dan pujaan kepada semua jenis jin, iblis dan syaitan.
2. As-Syaitan iaitu syaitan-syaitan.
3. Al-Maraddah iaitu peragu-peragu atau waswas.
4. Al-'Afrit iaitu penipu-penipu.
5. Al-A'waan iaitu pelayan-pelayan.
6. At-Tayaaruun iaitu penerbang-penerbang.
7. Al-Ghawwaasuun iaitu penyelam-penyelam.
8. At-Tawaabi iaitu pengikut-pengikut atau pengekor.
9. Al-Qurana iaitu pengawan-pengawan.
10. Al-Ummaar iaitu pemakmur.
Telah dijelaskan sebelum ini bahawa kewujudan jin sebagaimana juga manusia iaitu mendapat tugas dan tanggungjawab daripada Allah SWT.
Jin di kalangan yang beriman adalah jenis yang taat kepada perintah Allah SWT dan tidak melakukan sebarang kejahatan khususnya kepada manusia.
Gelaran Jin Dalam Istilah Masyarakat Melayu
Jin dalam anggapan orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran yang berkait rapat dengan perwatakan dan rupa bentuk penjelmaan mereka.
Kebanyakan nama jin itu dimulai dengan hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan jin, cuma di kalangan orang Melayu mereka menganggap hantu itu adalah makhluk yang berbeza daripada jin.
Beberapa nama jin yang popular di kalangan orang-orang Melayu seperti Hantu Raya, Hantu Pontianak, Hantu Pelesit, Hantu Air, Hantu Bukit, Hantu Kubur, Hantu Pari, Hantu Polong, Hantu Toyol, Hantu Langsuir, Hantu Penanggal, Hantu Bungkus, Hantu Pocong, Hantu Mati Di Bunuh, Hantu Punjut, Hantu Jerangkung, Hantu Laut, Hantu Galah, Jin Tanah, Hantu Bidai, Hantu Pari-pari, Hantu Kopek, Harimau Jadian, Jembalang Tanah dan Hantu Tengelong.
Beberapa amalan salah telah dikenal pasti dilakukan oleh sesetengah tukang sihir menyalahi syariat Islam antaranya ialah:
1. Menjadikan al-Quran sebagai alas kaki untuk masuk ke tandas.
2. Menulis sebahagian ayat al-Quran dengan menggunakan najis, kotoran atau dengan darah haid.
3. Menulis sebahagian ayat al-Quran di telapak kaki.
4. Menulis al-Fatihah secara songsang iaitu dimulai daripada akhir ayat dan berakhir di awalnya.
5. Solat tanpa wuduk atau dalam keadaan berjunub.
6. Menyembelih haiwan untuk syaitan dan sewaktu melakukannya tidak menyebut nama Allah SWT.
7. Menyembah binatang.
8. Bersumpah atas nama jin atau syaitan.
9. Melakukan kenistaan dan maksiat yang dahsyat seperti berzina dengan anak sendiri, merogol, membunuh kanak-kanak dan sebagainya.
Bahan, Peralatan dan Cara Penyihiran
Tukang sihir menggunakan beberapa cara dan bahan, antaranya menggunakan medium seperti:
1. Patung
2. Tangkal dan azimat
3. Telur layang
4. Ayat jampi untuk sihir pembenci dan kasih sayang
5. Santau
Jenis-Jenis Sihir dan Akibatnya
Sihir merupakan usaha yang berbentuk pemaksaan secara halus terhadap sesuatu yang menjadi tujuan ia dilakukan.
Sihir bukan sahaja berlaku ke atas seorang yang dianiaya bahkan mungkin melibatkan ahli keluarga atau orang yang rapat dengannya.
Begitu juga halnya di mana sihir turut diperlakukan ke atas tempat kediaman atau premis-premis perniagaan seperti kedai makan.
Tanda-tanda seseorang itu mengalami kesan sihir bergantung kepada jenis sihir yang dikenakan oleh ahli sihir.
1. Sihir Pengasih
2. Sihir Pembenci
3. Sihir Pemisah
4. Sihir Penunduk
5. Sihir Penguat
6. Sihir Pengunci atau Pengikat
7. Sihir Guna-Guna (Sihir Percintaan)
8. Sihir Penyeri (Susuk)
9. Sihir Pelaris
10. Sihir Pendarahan
11. Sihir Memperdaya Pandangan (Hipnotis)
12. Sihir Membuat Orang Jadi Gila
13. Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya
14. Sihir Mendengar Panggilan
15. Sihir Menahan Pernikahan
16. Sihir Ikatan atau Jerut Perkahwinan
17. Sihir Membuat Penyakit
Santau.
Santau merupakan antara amalan sihir yang terkenal di Nusantara.
Kemampuan sihir ini menyebabkan mangsa menderita kesakitan sehingga boleh membawa kematian menyebabkan ia menjadi pilihan manusia yang berhati jahat dan dipenuhi perasaan dendam kepada mangsa.
Orang yang merasa dengki atau dendam akan berjumpa dengan bomoh santau untuk menghantar sihir tersebut kepada orang yang dimaksudkannya.
Jenis-Jenis Santau:
Terdapat beberapa jenis santau, antaranya ialah:
1. Santau Angin
2. Santau Tuju
3. Santau Makan dan Minum
4. Santau Langkah
Ramuan Yang Digunakan Oleh Tukang Sihir Santau
Santau merupakan sihir yang mengadunkan bahan-bahan bisa dan kotor dengan pemujaan makhluk-makhluk halus.
Antara bahan ramuan santau ialah miang rebung, kaca botol, kaca lampu kalimantang, rambut, kuku, bisa ular, lipan, hempedu katak puru, miang tebu, jerami enau, ulat bulu mati beragan, kulit lipas, tali sabut, serpihan tulang manusia atau binatang seperti kera atau beruk dan seumpamanya.
Bahan-bahan ini ditumbuk halus dan dicampurkan kemudian dipuja dengan kaedah tertentu seperti membaca jampi mantera bertujuan memanggil jin dan syaitan agar bahan-bahan tersebut menjadi sebati dan berbisa.
Gejala Terkena Sihir Santau
Terdapat banyak tanda seseorang terkena santau, antaranya:
1. Batuk.
2. Muntah darah.
3. Rasa sesuatu mencucuk dari dalam jarum.
4. Demam panas berulang-ulang.
5. Sakit kepala, dada, perut dan pinggang.
6. Lemah anggota terutama sendi.
7. Tapak kaki terasa bisa.
8. Hilang selera makan.
9. Kehilangan berat badan.
10. Susah tidur.
11. Senang mengantuk
12. Pemarah dan pembenci.
13. Pelupa
14 Menghidap resdung
15. Lelah
16. Menghidap barah
17. Lumpuh.
18. Gila.
19. Lemah tenaga batin.
20. Kayap atau kudis di badan.
21. Jari mengerekot dan lidah tersentap ke dalam.
22. Selalu bersedih.
23. Suka bersendirian
24. Terasa terlalu takut.
25. Terasa seram sejuk pada waktu petang.
26. Hilang keyakinan.
27. Jari dan kuku kebiru-biruan.
28. Bawah mata pucat dan kebiru-biruan.
Kesimpulan daripada semua pentakrifan yang dikemukakan di atas, dapat difahami bahawa sihir ialah suatu kerja jahat atau perbuatan secara tersembunyi yang dilakukan tanpa pengetahuan orang lain.
Share this novel