"Aku ada di mana ni?". Tarmizi hairan kenapa dia boleh berada di sini? di sebuah yang luas dan cantik.
"Abah"!. Syafi datang bersama ibunya.
"Abah ada di mana ni?!".
"Tempat yang di mana kita boleh main dan tidak akan mati".
"Syafi pergi dulu na, nak pergi mandi sungai susu lagi".
"ok".
"Eh, Syafi nak pergi mana tu".
"awak janganlah risau, awak pun nampak makin hensem". Isterinya tersenyum.
"awak pun tak ubah macam dulu kita jumpa".
"mari awak, saya nak tunjuk sesuatu".
"Apa dia tu?".
"Marilah".
° ° ° ° °
Sejak asyik Syafi bermain, dia mula teringatkan Abdullah.
"Kalau lah dia ada sekali, mesti best".
Tiba-tiba, satu kumpulan awan muncul dihadapannya, ditunjukkan Abdullah bersama seorang perempuan.
"Abah oh abah!". Syafi memanggil abahnya dari kejauhan.
"Ye, apa dia!?". abahnya datang dengan wajahnya yang muda, sekitar 20-an, persis Syafi.
"Sapa perempuan itu?".
"itulah Atykah, teman wanita Abdullah".
"Tengok mereka tu, Sweet Yee". di sebalik awan yang tebal, mereka dapat melihat Abdullah bersama dengan atykah.
"macam kita dulu-dulu ye bang. Kalau boleh nak buat kenduri besar untuk mereka". wajah ibunya pula sekali pandang memang sesiapun tertarik kerana kecantikannya dari kelainannya seperti bidadari pun ada, kecantikannya memang luar biasa.
"Tapi, atykah bukan dah mati ke?". abahnya meneka.
"Ye ke?". Isterinya mahukan kepastian.
"Haah, sebab dia pun macam ada kuasa jgk". teka Syafi.
"Abdullah tahu ke?". ibunya bimbang.
"Tak tahu kut".
"Syafi rasa dia tahulah".
"Suatu hari nanti dia akan tahu jgk". ibunya membahas.
"Biarlah, mari kita main kat sana pulak, situ lagi best". abahnya malas untuk berfikir lagi kerana mereka sedang asyik berada di situ.
"Mari!". ibunya lari terlebih dahulu.
"Sapa lambat kena denda...". Abahnya pula berlari mendapatkan isterinya.
"Tunggu!". Syafi mengejar mereka yang sudah kejauhan.
Mereka seronok bermain di tempat itu yang memang luas dan amat cantik, luas lagi dari alam semesta. Sukar untuk digambarkan. hanya mereka sahaja di situ.
Itulah janji-NYA.....
Firmannya dalam surah An-Nisaa': 13
"Barang siapa taat kepada Allah dan rasul-Nya. nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar."
Sabda Nabi s.a.w, "Allah berfirman: Aku sediakan bagi hamba-hamba Ku yang soleh syurga yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terdetik dalam hati manusia. Bacalah firman Allah, "Tak seorang pun mengetahui berbagai-bagai-bagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan. (As Sajadah: 17) (HR. Bukhari dan Muslim).
"Penghuni syurga masuk (ke syurga) dalam keadaan masih muda, berkulit putih, berambut ikal, bercelak mata, sebaya dengan anak seusia tiga puluh tiga tahun, bentuk mereka seperti Adam, iaitu setinggi 60 hasta dengan lebar tujuh hasta." (HR. Ahmad).
Fastabiqul khairat.... Wallahu alam
BERSAMBUNG?..........
Share this novel