NENEK Si BONGKOK TIGA

Thriller Completed 1278

"Abdullah, belakang kau!". Syafi dari jauh memberi amaran.

"Huh?!". Sekali pandang ke belakang, atuknya dengan pantas menempuhnya membuatkan dia tidak sempat mengelak.

"Aduh!!!!!!". Abdullah terpelanting jauh lalu bahunya terkena dinding gua itu.

"Hahahaha, bagus, bagus. Kau uruskan mereka cepat!".

"Baik tuanku". Pengawalnya itu memberikan tunduk hormat sebelum iblis itu pergi hilang. Entah apa yang nak dibuatnya, mungkin berehat ataupun merencanakan sesuatu.

"Siapa yang berani lagi melawanku?!".

"Auzubillahhiminasyaitonnirrajim, wamin"..... Abdullah ingin membacakan sesuatu ayat namun tubuhnya tidak lagi berdaya.

"Yahhhh!!!!!". Syafi mengeluarkan kuasanya.

"Mari sini lah kau"!!!!.

"Hehe". Atuk dia bertukar semula menjadi harimau jadian.

Dengan sekali tolakan sahaja, Syafi terus terpelanting lalu hilang sehingga meninggalkan asap.

"Hah??". Harimau jadian berasa kagum kerana kuasanya semakin bertambah.

"Inilah akibat menentang tuanku!!".

"Giliran kau pulak!". Dia memandang tepat kearah Tarmizi.

"Jangan, tolonglah!". Encik Tarmizi merayu.

"Salmah..... Dia masih hidup!". Abdullah sempat memberitahu perkara itu sebelum terlambat.

Dia terhenti.

"Tak kisah aku dengan dia tu!".

Dia berjalan semula kearah Tarmizi.

"Orang yang duduk dengan atuk ialah Gayah bukan Salmah. Dia yang beritahu!".

"Hmmm". Dia cuba berfikir.

"Jangan berhenti, dia nak tipu kau je". Satu suara mula muncul difikirkannya.

"Jangan harap kau boleh tipu aku!".

Dia kelihatan semakin dekat dengan Tarmizi.

Abdullah mengambil sesuatu di dalam poketnya lalu membaling ke arah kaki atuknya itu.

"Huh, ini kalungnya!". Atuknya mengambil kalung lalu menelitinya. Selama ini dia tidak pernah melihat Salmah memakainya lagi semenjak dia terjumpa buku itu.

"Itu kalungnya kan. Dia tak pernah buat perkara terkutuk itu. Selama ini atuk ditipu, Orang yang bersama dengan atuk tu ialah Gayah".

Dia keliru dan mula berfikir tapi fikirannya tidak dapat mengingati apa pun semacam dikawal oleh seseorang.

"Dia cakap mana janji atuk dahulu".

"Ayat itu"...

Perlahan-lahan dia cuba mengingati
Peristiwa itu.


£ ¢ € ¥ ?

"walau apapun terjadi, kita perlu bersama. Jangan biarkan orang lain ambil apa yang kita ada".

"Baik emak, Mizi paham".

"Comel anak emak ni". Emaknya mengusap kepala anaknya.

"Abang".... Isterinya mencemuh.

"Ye, abang paham emaknya".

"abang janji, walau apa pun yang terjadi pada mah, abang tetap sayang mah lebih dari nyawa abang sendiri".

"Syukur saya dapat abang". Lepa bertiga pun berpelukan mesra.

Tapi... ada mata-mata yang dengki melihat kebahagiaan mereka, seseorang yang rapat dengan mereka.


° ° ° ° °

"Eh, apa ni!". Semasa dia sedang tekun berkebun, dia terjumpa sebuah buku usang.

Dia ingin membukanya tapi tidak boleh walaupun dengan sekuat hatinya.

"Maknye, kita jumpa buku".

Tidak jauh dari situ, isterinya datang. Setelah melihat, dia merasakan sesuatu yang aneh.

"Ish buku apa niii, Tak yah ambik lah. Macam pelik kita tengok, buanglah!".

"Baiklah". Dengan wajah yang sedih, dia meletakkan ke bawah.

Selepas itu, isterinya pergi menyambung kerjanya,

Dia mengambil semula buku itu juga dan menyembunyikan di dalam bajunya. Dia ingin masuk ke dalam rumah untuk menyembunyikan.

"Abang nak kemana tu?".

"Nak minum air jap". suaminya berbohong.

"Ok, ok".

Semasa dia minum air, dia melihat ke luar rumah takut-takut isterinya sedang melihatnya. Setelah keadaan selamat, Dia menuju ke bilik tidur lalu meletakkan buku itu didalam almari bajunya.

"Abang, buat apa lama lama tu?!". Isterinya dari kejauhan sudah mula bising.

"hah, jap jap!". Dia kembali semula ke kebun. Sambil-sambil itu, dia melihat ke arah biliknya tadi.


• • • • •

malam itu, semasa isterinya sedang nyenyak tidur dibuai mimpi, dia perlahan-lahan menuju ke almari untuk mencari buku itu.

Semasa dia hendak membuka buku itu, buku itu terbuka dengan sendirinya.

Satu angin angin mula bertiup di wajahnya. Matanya kemudian menjadi merah seketika.

"Wow"... Osman mula teruja dengan buku itu.

Dia simpan semula buku itu di dalam almari dan menyambung tidurnya.


° ° ° ° °

Osman mula terjaga dan melihat isterinya tiada di sisi nya. Dia terus menuju ke almari bajunya untuk memastikan buku itu tidak diketahui isterinya.

Dia membuka buku dan betapa terperanjatnya dia apabila melihat buku itu mengandungi duit yang banyak.

"Aku kaya, aku kaya".

"maknya!".

"Apa?!". Pagi pagi buta ni menjerit. Isterinya dari dapur berlari ke arahnya.

"duit, duit!". Suaminya menayangkan duit itu di muka isterinya.

"Ambil mana duit tu, curi yer". Dia melawak tapi tegas.

"Buku ni kasi!".

"Buku ni lagi ka!?".

"Kita tak yah hidup susah lagi".

"Kaya tu tak penting bang, yang penting keluarga kita ni".

"Banyak duit pun tapi kalau tak bahagia nak buat apa".

"Yelah".

"Simpan balik duit tu dalam buku tu!. Lepas tu, buang buku tu jauh jauh!".

"Hmmmm". Dia menuju ke luar dengan perasaan sedih.

Dia terpaksa membuang buku itu ke dalam perigi tetapi duit itu dia mengambilnya.


° ° ° ° °

"Hukhukhuk!". Semasa mereka makan malam, isterinya terbatuk-batuk darah sejak dari petang tadi.

"Emak, kenapa ni!". Tarmizi yang duduk bersebelahan emaknya terkejut.

"Ish, awak kenapa ni!". Suaminya datang menenangkannya.

"Tak pe, Sakit sikit je ni!".

"Sikit apa nye, teruk ni, mari kita pergi berubat".

"Berubat mana malam-malam ni bang".

"Rumah kakak awaklah".

"Tak dak tempat lain ka?". Salmah sememangnya tidak menyukai kakaknya kerana kakaknya sering mengutuk dan membuli dirinya.

"Tu je paling dekat". Sememangnya rumah kakaknya tidak jauh dari situ. Jalan kaki sahaja sudah sampai.

Dengan badannya yang lemah, dia turuti sahaja.

"Mizi, duduk rumah jap ye".

"Hm". Tarmizi mengangguk tanda faham.

Mereka terus menuju ke rumah kakaknya, Gayah sambil isterinya digendong dari belakang.


• • • • •

"Macam ne isteri aku ni'.

"Teruk ni".

"Kena buat cam ne ni?".

"Ok, balik nanti suruh dia mandi dengan bunga ni". Gayah memberikan bunga berwarna hitam kepada Osman.

"Ni, kau suruh dia baca masa mandi nanti". Dia berikan segulung kertas berwarna kuning.

"Satu lagi, mesti Kena mandi waktu maghrib".

Isterinya yang berada di samping suaminya melihat sahaja. Badannya tidak mampu berbuat apa-apa.

"Baik, kalau cam tu , kami minta diri dulu ye".

Gayah tersenyum sinis setelah mereka pergi. Ada udang disebalik batu.


° ° ° ° °

Selepas solat maghrib, Dia terus disuruh mandi oleh suaminya. Sememangnya dia tahu yang mandi malam memang tidak elok tetapi dia turuti sahaja kehendak suaminya.

Bunga tadi dia campurkan dalam sebuah besen kecil. Kemudian, dibukanya gulungan kertas kuning tadi.

Semasa mandi, dia membacanya sambil melihat ke arah kertas tadi walaupun dia tidak paham apa maksudnya.

"Lingsir wengi sliramu tumeking sirno Ojo Tangi nggonmu guling awas jo ngetoro aku lagi bang wingo wingo
jin setan kang tak utusi
jin setan kang tak utusi
dadyo sebarang
Wojo lelayu sebet"

"Ish Ish Ish, kesian kau ye". Dengan tiba-tiba datanglah kakaknya dari belakang Salmah.

"Terpadaya juga kau ye".

"Eh, apa yang kau buat di sini?".

"Saja nak tengok kau".

" Abang!".

"Dia tak akan dengar lah". Tempat mandi sememangnya jauh dari rumah. Mereka hanya memandikan dengan air perigi sahaja.

"Apa kau nak hah!".

"Aku sebenarnya dah lama suka dekat Osman tapi kau yang rampas dia dari aku!".

"Dia yang pilih akulah!".

"Kau ingat kau cantik sangat!". Kemudian, dia membaca sesuatu ditangannya lalu memegang muka Salmah.

"Ahhh!!!". Dia memegang mukanya sambil mengerang kesakitan.

"Rasakan kau!". Gayah tersenyum lebar.

"Abang !!!". Dia pergi dari situ dengan mukanya masih tertutup untuk memberitahu suaminya namun segalanya berubah.

"Gayah, apa hal kau datang malam-malam ni!".

"Hah, Gayah?". Dia membelek mukanya, aneh dengan omongan suaminya.

"Abang"... Dengan suara yang manja di luar, Kakaknya masuk.

"Tidak, apa ni!". Salmah Seakan tidak percaya apabila dia melihat diri sendiri, namun hakikatnya itu adalah Gayah.

"Abang, tengok apa dia buat ni?". Dia menunjukkan kesan luka di tangannya.

"Tak guna!". Satu tamparan sampai di mukanya.

"Apa, Salmah tak buat apa pun!".

"berambus kau dari sini!".

Tanpa menunggu lagi, Dia terus menolak Salmah jatuh ke luar tangga.

"Aduh!!!"... belakang Salmah kesakitan terkena bucu kayu tangga.

"Abang, Bukankah kita dah janji bang". Salmah menangis supaya suaminya sedar namun fikirannya sudah dikawal sepenuhnya.

"Janji apa kau setan!". Dia sempat meludah tepat ke muka Salmah.

Gayah yang menyerupainya tersenyum gembira. Lalu dia menutup pintu rumah. Anaknya yang berada di situ ketakutan.

Dengan terbongkok-bongkok, dia berjalan menuju ke sungai yang tidak jauh dari situ. Di situlah tempat dia membasuh baju, bermain bersama keluarganya.

Semasa dia membersihkan mukanya dia melihat mukanya gayah pada dirinya.

Dia terus masuk ke dalam hutan untuk bersembunyi dari kejahatan dunia. Sebelum itu, dia sempat memandang ke rumah mereka kalau-kalau suaminya sudah sedar.

Semasa dia sedang berjalan, satu angin berlalu di wajahnya, angin lembut sayu sahaja.

"Salmah"....

Dia mengalih ke belakang untuk melihat siapa yang memanggil namanya tapi keadaan terlalu gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience