"Abdullah pi dulu ye ibu, abah". pagi itu, Abdullah sudah bersiap untuk ke rumah atuknya, untuk menjadi seorang petani yang berjaya.
Mereka berada di luar rumah berhadapan dengan pintu besar, menunggu untuk kehilangan Abdullah.
"Yee, tapi hati-hati. Jangan lupa makan pulak bekal tu nanti". Ibunya nasihat Lalu mencium kedua pipi anaknya.
"Jangan lupa sembahyang pulak".
Abahnya melawak tapi serius.
"Ye, tahu".
Dia lantas memeluk abahnya.
Vrooom. Abdullah menghidupkan enjin lalu menaiki motor itu. dia agak bersedia untuk membawa kerana dia sudah berlatih banyak semalam, walaupun tanpa lesen.
"Bismillahirrahmanirrahim". Dia yakin mampu menunggang dengan baik.
"Bye".... Mereka melambai tangan dari belakang.
Abdullah membawa dengan laju sehingga hilang dari pandangan mereka.
"Abdullah dah pergi, jangan awak pergi pula nanti". Suaminya bergurau tapi sedih.
"Ish, tak baik cakap macam tu, nanti jadi betul baru tahu!". Isterinya tersenyum.
"Okey, tak cakap dah".
"kalau awak nak tahu, saya sayangkan awak lebih dari bumi ni".
"ye tahu, saya pun, dah jom makan".
"jom, jom. saya tengok awak ni penat lah".
"ye lah awak tak tolong pun , tiap-tiap hari saya kena buat je".
"ye ye"
Mereka masuk lalu menutup pintu. Tinggallah mereka berdua pula. Entah apa akan berlaku selepas ini.
£ ¢ € ¥ ?
"Peh, elok juga rumah atuk aku ni". Setelah beberapa jam, Abdullah akhirnya sampai di hadapan rumah atuknya.
Rumah yang dahulunya terbakar tapi dibuat semula oleh abahnya bersama penduduk kampung di situ. Strukturnya masih sama, cuma menggunakan kayu yang lebih tahan lama.
"Buku"?!.
Buku itu masih dipegang Abdullah. Diletakkan selalu di poketnya.
Dia menuju ke tanaman sayuran yang sudah kering-kontang dihadapan rumah, bersebelahan jalan. Di situlah, Dia ingin menanam buah-buahan dan sayur-sayuran yang baharu.
Di belakang rumah, terdapatnya kelapa sawit dan pokok getah.
Sambil-sambil Abdullah melihat pemandangan sungai yang tidak jauh dari situ, dia ternampak sesuatu di belakang rumah atuknya.
"Hoi!". Dia terlihat seorang lelaki yang hampir sebaya dengannya. tapi pakaiannya agak lusuh
Apabila lelaki itu menyedari Abdullah memandangnya, dia terus berlari masuk ke dalam hutan.
"Jangan lari!". Abdullah mengejarnya hingga masuk ke dalam hutan tebal itu.
"Aik?!". Lelaki itu sudah hilang secara ghaib. tapi, dia ternampak sebuah pondok kecil di hadapannya.
"Hei!". datang lelaki itu dari belakang.
"Kau sapa, kenapa kau datang sini"?.
"Aku Abdullah, cucu tok man. Sebenarnya aku nak tanam balik pokok-pokok yang ada kat sini.
Apabila dia sebut sahaja nama tok man, matanya terus terbeliak dan agak marah dengan kenangan lalu.
"kau kenal ke atuk aku tu?".
"Eh taklah. Aku, Syafi". dia menunjukkan tangan untuk disalam.
Abdullah membalasnya dengan senyuman.
"Kau boleh nampak aku ke?". Pertanyaannya membuatkan Abdullah sedikit terkejut.
"Mestilah aku nampak. Kau tadikan jalan terkedek-kedek macam itik ". Abdullah tergelak.
"Hehe".
"Kau tinggal kat pondok ni ke?".
"Haah".
'Kalau macam tu marilah ikut aku".
"Ikut pi mana?".
"Balik rumah atuk, aku pun duk sorang je".
"Pi lah. Aku tak mau".
"Betul nii!".
"Aku masak ayam goreng tadi banyak. Terpaksalah bagi ayam makan". Abdullah cuba menipu untuk menarik perhatiannya.
"Ah ye ke, jom jom". Syafi terus berlari.
"Eleh laju betul". Abdullah mengejar dari belakang.
"Mana ayam tu?!". Syafi terus masuk ke dalam rumah dan mencari-cari seperti bertahun-tahun tidak makan.
"Tu kat atas meja dapur, dalam bekal". Abdullah duduk di tangga untuk berehat kerana letih berlari.
"Uhhh". Abdullah dahaga lalu pergi ke dapur untuk mencari air.
"Hah?!". Bila Abdullah masuk ke dapur, habis bekalnya disapunya semua. Abdullah tersenyum.
"Ada lagi takkk?". Syafi bertanya sambil mulutnya masih ada makanan.
"Kalau nak, kena tolong aku la".
"Boleh jaa".
"kena tolong bertani dengan aku sekali".
"Alahhh".
"Lepas ni kau pi mandi. Badan kau busuklah. Satgi aku bagi tuala. Baju aku kat dalam bilik".
"Hmmm". dia masuk mandi sambil malas.
"Hah, ni tuala. Aku sangkut kat sini".
Tanpa balasan, Abdullah menuju ke sofa untuk berehat kerana dia terlalu penat.
Mata Abdullah semakin lama, makin tertutup. Dia terus tertidur di situ.
Kain selimut tiba-tiba datang terbang ke arah Abdullah dan jatuh menyelimuti di atas badannya.
° ° ° ° °
"Hah"!. Abdullah terbangun. Ternyata sudah pagi.
Dia terus bangun lalu mencari Syafi. Tiada di rumah. Dia menyelak poketnya, masih ada.
"La kau di situ rupanya". Abdullah melihat Syafi sedang mencangkul membuang pokok-pokok yang sudah tidak mahu digunakan di luar rumah.
Abdullah keluar lalu mendekati Syafi yang sibuk bekerja.
"Salah ni. Kena ada benih dulu". Satgi aku pi ambik dekat beg aku.
"kau nak pi mana-mana ke tu?". Syafi macam tahu-tahu je.
"Hehe, Nak pi ronda-ronda jap kampung ni".
"Okey, tapi jangan balik malam, bahaya!". Syafi kelihatan serius.
"Hah, Ok". Abdullah masuk ke dalam untuk bersiap.
Dia sebenarnya mahu melihat sekolah nya yang terletak di kampung seberang, kampung jiniyang.
"Hah, ni benih dia kalau kau nak tanam".
"haihhh"...
"satgi aku belikan kau ayam goreng".
"okok, hati-hati".
Abdullah meninggalkan Syafi yang sedang sibuk. Malas mengacaunya.
Sekolah Abdullah agak jauh jika ikut jalan highway. Sebenarnya ada jalan raya lain, tapi dia lebih suka menggunakan jalan kampung kerana lebih dekat.
"Kampung..... jin yang". Abdullah melihat papan tanda itu sudah dirosakkan. Mungkin tak dak modal nak memperbaikinya. Dia teruskan perjalanan sehingga ternampak sekolah lamanya.
"Peh!". Dia melihat sekolahnya seperti sudah tidak digunakan lagi sejak satu kejadian pernah berlaku.
Dia teringat yang banyak juga kejadian aneh pernah berlaku disitu.
yang dia paling ingat adalah seorang perempuan
ATYKAH
• • • • •
"Abdullah, dengar cakap cikgu. Jaga kelakuan". Ibunya memberi nasihat semasa hendak hantar Abdullah masuk ke sekolah berasrama.
Ini merupakan Hari pertamanya bersekolah di kampung jiniyang. sebelum ni, dia bersekolah di Kuala Lumpur.
"Ibu abah pergi dulu ye". ketika mereka hendak pergi, bunya sedikit menangis untuk meninggalkan anak satu-satunya yang dia ada.
Abdullah tanpa berpaling belakang. Dia terus masuk ke dalam untuk mencari bilik asramanya.
Tertulis namanya di atas loker menandakan itu miliknya bersama katil di sebelah.
Dia terus mengemas baju untuk diletakkan dalam almari.
"Hoi, budak baru!". Datang sekumpulan senior hendak mengacau Abdullah.
"Nama ape?!". ketua senior mula menegurnya.
Abdullah tidak mengendahkan mereka lalu menyambung semula kerjanya.
"Berlagak betul dia ni, buat style ha!".Mereka terus pergi lalu menepuk belakang Abdullah.
"Jangan hampa layan mereka tu. Maklumlah senior, berlagak pandai". Seorang lelaki bersebelahan katilnya datang menyapa.
"Hampa nama apa?".
"Abdullah".
"Aku syuk". Dia ingin bersalaman tangan tapi tidak diendahkan.
"Tak pe lah, kite pi bawah lu". Syuk pergi ke bawah.
"Huh!". Dia lihat semakin ramai orang datang. Dia berasa tidak selesa lalu meninggalkan kerjanya.
Dia baringkan diri di atas katil sambil mendengar lagu menggunakan headphone sehingga terlelap.
Sedar-sedar saja, Dia terbangun pada pukul 1.00 pagi yang dilihat jam tangannya.
Dia terasa lapar lalu mengambil beberapa biskut dan sekotak air di dalam loker dia kemudian turun ke bawah untuk mengambil angin.
Di kawasan asrama lelaki, terdapat taman besar di belakang asrama mereka.
Dia melihat ada seorang perempuan duduk disitu.
Dengan rasa marahnya, Abdullah mencari kerusi lain tapi Tidak ada kerusi lain.
Dia terpaksa juga duduk bersebelahan dengan perempuan itu. Apabila Abdullah melihat ke arah perempuan itu, Mukanya ditutupi sebahagian rambutnya dan dia sedang membaca buku.
"Hai". Perempuan itu memandang Abdullah lalu tersenyum.
Abdullah memandang wajahnya. Comel. Lantas, Dia terbau wangi.
"Awak budak baru ye. Nama apa"?. Dia tersenyum lagi.
"Abdullah". Ringkasnya.
"Saya Atykah Sofea. Boleh panggil atykah atau Sofea. Nak lagi sedap panggil awak".
"Hmmm awak buat apa?".
Abdullah tiada respon.
"Dengar lagu ye?". wanita itu cuba dekat kan telinganya ke headphone membuatkan Abdullah berasa tidak selesa.
"Hmm!". Abdullah terus pergi dari situ meninggalkan makanan dan minuman.
Abdullah mahu balik ke asrama tapi apabila dia melihat ke arah tempat tadi, perempuan tadi sudah hilang entah ke mana.
Abdullah cepat -cepat berjalan lalu masuk ke dalam biliknya dan tidur.
° ° ° ° °
"Kau pi mana semalam?". Keesokan paginya, syuk bertanya ketika mereka hendak menuju ke kelas.
"Bawah".
"Kau tak tahu ke?!".
"apa?!".
"Tempat ni berhantu orang kata. Dengar cerita ada pelajar bunuh diri".
"Kenapa kau sekolah sini kalau berhantu?". Dia terus menuju ke kelas membuatkan Syuk terdiam di situ.
"Atykah Sofea, hilang!". Oh, ni ka budak bunuh diri tu. cantik noh dia ni. rugi ohhh.budak-budak baru nakal terjumpa kertas lama berhadapan stor.
Abdullah yang jalan berdekatan mereka untuk masuk kelas terlihat gambar perempuan yang pernah dilihatnya tapi dia tidak mahu ambil tahu kerana dia sedang mendengar lagu.
° ° ° ° °
"Minggu depan kita semua akan menduduki peperiksaan, di harap semua sudah bersedia". setelah beberapa bulan, Abdullah dapat biasakan diri di situ.
Wanita yang Abdullah nampak hari itu tiada lagi.
"Hoi budak baru!". Datang sekumpulan budak senior kepada Abdullah yang asyik melakukan kerja sekolah di perpustakaan seorang diri pada malam hari.
"Buat kerja sekolah aku ni!".
"Tak mau!". Abdullah terus melemparkan buku itu ke lantai.
"Kau ni!". Ketua senior memegang kolera baju dan ingin menumbuk muka Abdullah tapi
Lampu tiba-tiba berkelip.
"Weh, apa tu?!". Mereka terlihat lembaga putih di sebalik tingkap perpustakaan
Mereka terus lari lintang pukang, keluar dari situ sementara Abdullah masih di situ
Apabila Abdullah memandang wanitanya itu, macam di kenalinya.
Abdullah menuju ke tingkap dan melihat wanita itu terbang.
Dia tidak mempercayai perkataan hantu. Yang dia percaya ianya ilusi semata-mata.
° ° ° ° °
Sebelum waktu peperiksaan. Datang Danial seorang diri yang merupakan ketua senior itu.
"Satgi aku nak kau bagi jawapan kat aku, kalau tak, nahas kau!".
Abdullah hanya berdiam diri sahaja dan tetap membaca buku.
Sebelum pergi, Dia memandang sebelah kiri dan kanan untuk memastikan tiada orang yang melihatnya.
° ° ° ° °
"Wei, tu dia!". Habis waktu peperiksaan, mereka membawa Abdullah masuk ke dalam tandas.
"Kenapa kau tak nak bagi jawapan tadi?!, kau buat tak tahu je aku panggil kau".
"kau ingat aku ni kuli kau ke?".
"Ish dia ni!". Danial tiba-tiba mengeluarkan pisau flip dari poketnya untuk membunuh Abdullah.
"Jangan bos!".
"Aku dah lama geram dengan dia ni!".
"kau ingat aku takut ka!".
"Ishhh!". Lelaki tadi ingin menikam perut Abdullah tapi badannya ditarik masuk ke dalam lubang tandas.
Abdullah terjatuh terhempap bucu singki lalu pengsan dan lampu terpadam
"Ahhhhh!". Kedengaran suara keempat senior lain seperti kesakitan.
° ° ° ° °
"Huh!". Abdullah bangun terkejut dan dia melihat dia berada di atas katil.
"aduh, aku ada kat mana ni?!". Abdullah memegang kepalanya yang masih sakit.
"jangan risau, kau ada kat asrama. aku jumpa kau tadi. Aku tak tahu apa yang terjadi tapi aku akan simpan rahsia ni".
Abdullah menjeling Syuk sahaja.
"Wei, guru besar panggil suruh berkumpul!". kawan sekelas Syuk memberitahunya.
"ok, ok, kami datang sekarang".
"wei, jomlah, kau okey tak".
"aku ok".
Abdullah mengikutinya dengan perasaan berdebar-debar ke dewan.
Baik, hari kita disebabkan guru-guru ada hal penting, jadi hari ni semua boleh balik".... Perkataan itu sahaja yang didengarnya.
"Yeee".... Semua murid terus gembira kecuali Abdullah. Dia masih memikirkan perkara tadi.
siapa yang lakukan...??
° ° ° ° °
"Abdullah okey ke?!". Ibunya terus datang apabila melihat Abdullah hanya termenung.
Sebelum pulang, dia sempat melihat lagi perempuan itu di kerusi itu dan dia tersenyum melihat Abdullah.
Abdullah tanpa memikirkannya lagi, terus pergi dari situ untuk pulang ke rumah dan lupakan semuanya.
Share this novel