. Abdullah.....
"Abdullah, bangun, buat pa tidur kat sini". Kedengaran sayup satu suara seorang wanita di telinga Abdullah.
Abdullah perlahan-lahan membuka matanya. Dia melihat ibu dan ayahnya berada di sampingnya.
Abdullah memandang sekeliling, dia kini sudah berada di rumahnya. Dia melihat dirinya sedang terbaring dihadapan pintu besar rumahnya.
Dia kemudian duduk dan mengusap mukanya. Dia melihat tangannya tiada lagi luka mahupun darah.
Bersih sahaja, seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Ketika Abdullah cuba mengingati apa yang terjadi. dia terus menangis dan terus memeluk kaki ibunya.
"Ibu, Abdullah minta maaf sebab selama ini Abdullah banyak buat jahat pada ibu..... abah".
Mereka berdua terus saling berpandangan, aneh dengan sikap anaknya.
Tanpa bersuara, suaminya menunjukkan jari ke atas agar tidak mengacau keadaan.
Isterinya tersenyum lalu mengangguk tanda faham.
Encik Tarmizi cepat-cepat mengeluarkan kunci untuk membuka pintu bilik peribadinya.
Dia yakin pasti terjadi sesuatu.
"Aik!". Dia hairan apabila melihat tablet milik Abdullah berada di atas lantai dengan flashlight masih terpasang.
Padahal, pintu biliknya tadi terkunci rapat.
Dia melihat ada kesan lumpur tapak kaki binatang di situ semacam harimau.
Tingkap pula terbuka luas. Dia menuju ke situ dan melihat sekeliling, tiada apa-apa. Cuma, air hujan yang masih renyai-renyai. Lantas, dia menutup tingkap.
Disebalik rak-rak buku yang ada disitu, Dia mengambil sebuah peti kecil yang di sorokkannya.
Dia membuka peti itu ternyata benda yang dicarinya tiada. Dia mencari-cari lagi di sekitar tempat itu namun tiada jugak.
"Hilang!".
"Okey, Abdullah bangun, cerita kepada ibu, apa yang terjadi". Ibunya memegang kedua tangan dan menariknya ke atas untuk membangunkan Abdullah.
"Tadi".... Abdullah berfikir kalau dia ceritakan, pasti ibunya takkan percaya.
Encik Tarmizi lekas turun ke bawah untuk menanyakan soal itu kepada anaknya sambil memegang tablet miliknya.
"Abdullah nampak tak"..... Apabila dia hendak menanyakan sesuatu kepada Abdullah, dia terlihat sesuatu dibelakang baju Abdullah.
Dia tersenyum. Itulah benda yang dicarinya tadi. Tapi, dia membiarkan sahaja benda itu di situ kerana kalau benda itu bersamanya, pasti tidak akan selamat dan mungkin jatuh ke tangan orang salah.
Dia menyerahkan amanah itu kepada Abdullah. Dia mempercayai bahawa Abdullah ialah 'orang' itu.
"Nampak apa bang?". Isterinya mula bertanya sambil memandang anaknya.
"Nampak tak tablet kamu!?". Encik Tarmizi mengacau keadaan lalu menghampiri mereka berdua yang sedang asyik berbual.
"Hmmm, mana ye?".
"Ni apa?".
"Tak pa lah abah, abah simpan je lah".
"Tadi apa".... Ibunya menyambung semula topik tadi.
"Tadi, sebenarnya elektrik terpadam". Abdullah menipu agar ibunya tidak berasa takut.
"Laaaa, Ye ke". Ibunya menarik nafas lega.
"Mesti Abdullah takut". Ibunya kemudian memeluk anaknya.
Haaa.
"Tu lah, kan dah kata". Abahnya seakan mengejek tapi dia tidak berfikir begitu.
"Ish, abang niii!". Isterinya menepuk bahu suaminya.
Mereka semua tergelak.
"Aneh betui, tadi pun tak jumpa hospital tuuu". Ibunya memulakan ceritanya.
"Buat pa pi hospital ibu?".
"Atuk kamu tu sakit, jadi kami bergegaslah pi tadi".
"Atuk kan...... dah lama mati ke?". Abdullah cuba memberitahu kebenaran.
Mereka tersentak.
"Ibu, abah"! Abdullah menarik baju mereka kerana mereka kelihatan mengelamun panjang seperti dipukau sesuatu.
"Astaghfirullah"!. Baru mereka tiba-tiba ingat. mereka hairan kenapa tidak ingat apa-apa langsung.
"Jom, sapa nak tolong abah". Abahnya cuba menceriakan keadaan.
"Kami!". Anak dan ibu sama-sama berteriak.
"Tapi"...... Abahnya mula serius.
"Tapi apa bang?!".
Mereka berdua kelihatan sudah ketakutan.
"Tapi, abah lapar"....
"Laaaa"....
"Jom, pi makan luuu". Abdullah sudah memegang perutnya yang sudah kempis.
"Mesti Abdullah lapar knnnn".
"Mestilah, Ibukan masak paling sedap di dunia".
"Abdullah ni, ada-ada jer".
Sebab tulah abah sayang ibu". Abdullah terus lari ke dapur sambil tergelak.
Mari sini!". Ibunya terus mengejar Abdullah diikuti oleh ayahnya dari belakang.
Usai makan, mereka sembahyang berjemaah bersama-sama di ruang tamu. Mereka berharap tiada apa lagi ujian selepas ini.
Tapi, siapa tahu perancangan-NYA.
"Abdullah, tolong ambik penyapu jap". kata ibunya ketika mereka hendak mencuci bilik peribadinya.
"Baik, ibu!".Abdullah terus menuju ke arah stor yang tidak jauh dari situ.
Sementara itu, encik Tarmizi melihat kesan tapak kaki tadi sudah hilang sejak awal dia masuk tadi.
Semuanya nampak elok.
Yang peliknya, tingkap yang baru ditutupnya masih terbuka lagi.
Dia memerhatikan sekeliling luar tingkap itu, gelap. Hujan sudah berhenti.
"Apa tu!". Dia memerhatikan sesuatu sedang bergerak di sebalik semak samun rumahnya.
"Abang!". Datang isterinya mengejutkannya dari belakang.
"Awak ni, terkejutlah". Suaminya kelihatan marah tapi dengan nada yang lembut.
"Hihi, tengok apa tu". Isterinya tersengih, malu.
"Tak dak apa pun, saja ambik angin luar". Suaminya terus menutup tingkap tanpa melihat ke belakang.
"barang dah sampai!". Abdullah kembali dengan membawa penyapu, mop, dan macam-macam lagi.
"Hah, jom kita mula!".
"Jom!".
Malam itu, mereka bertiga bersungguh-sungguh membersihkan bilik peribadi itu sehingga larut pagi.
Hasilnya, bilik peribadi ayahnya menjadi sebuah perpustakaan mini.
Akibat terlampau keletihan, mereka semua tertidur di sofa kecuali Abdullah. Dia berada di tengah.
Dia masih memikirkan peristiwa tadi, yang hampir meragut nyawanya.
Dia hampir terlupa sesuatu.
"Benda tu!". Bisik hatinya.
Dia lantas mengambil benda tu. Ternyata benda itu ialah sebuah buku usang dan ada sebahagian saja.
Dia membelek dan membuka isi buku itu, dia tidak faham apa-apa pun kerana tulisannya aneh.
kelihatan harimau jadian itu kembali lagi tapi hanya mengendap di tingkap sahaja.
"Bismillahirrahmanirrahim". Ayat itu sahaja yang sempat dihafalnya semasa mereka sembahyang tadi.
Dia pernah mendengar, jin dan iblis akan takut kepada ayat Al-Quran.
Apabila dilihat kembali, harimau jadian itu sudah tiada di tingkap.
Dia kembali meletakkan buku itu ke dalam poketnya.
Dia memandang abahnya.
"Abah, Abdullah janji akan jaga buku ni baik-baik".
Dia akhirnya tidur sambil tersenyum dalam pelukan ibu abahnya.
Share this novel