Huahhhhhh!!!!
Abdullah menguap dengan kuat. Dia masih mengantuk. Dia melihat jam di dinding, 5.30 pagi.
Apabila dia hendak tidur semula, dia merasakan sesuatu yang hilang.
"IBU"!
mana ibu nii!". Kelihatan ibunya sudah hilang. Cuma, abahnya yang berada di situ. Masih tidur nyenyak, dibuai mimpi.
Dia mencari-cari di sekitar bilik itu tapi tiada juga.
Dia keluar lalu turun ke bawah untuk mencari ibunya.
"Apakah dia diculik!?". Macam-macam bermain di fikirannya.
"Pang"!. Kedengaran sesuatu bunyi seperti tin jatuh di dapur.
Dia perlahan-lahan menuju ke dapur dan mempersiapkan dirinya untuk segala hal.
"Laaa ibu keee". Rupanya, ibunya yang sedang sibuk membuat sesuatu.
"Ibu buat apa pagi-pagi buta niii"!.
"Ibu sebenarnya nak buat makaroni cheese tapi ibu tak tahu laa". Ibunya asyik melihat di dalam buku masakannya untuk mencari resepi memasak makaroni cheese. Tapi, dia tidak tahu apa-apa mengenai makanan barat ni.
"La ye ke, awat tak habaq awai-awai".
"Kenapa, Abdullah tahu keee!". Ibunya kelihatan terkejut.
"Tahulah, Dulu masa sekolah Abdullah duk tengok kawan buat".
"Ooooo...". Ibunya baru tahu yang anaknya pandai memasak.
"Mari sini Abdullah ajar ibu, sebenarnya mudah jeer".
"Mudah macam mane?!". ibunya meletakkan buku masakannya di atas meja. Fokus pada percakapan Abdullah.
"Macam nii...". Abdullah kelihatan bersemangat.
"Mula-mula, masukkan semua makaroni ke dalam air rebusan. Masukkan sesudu garam agar dia boleh lagi cepat lembut. Kacau sehingga kembang".
"Kemudian kita buat kuahnya pula. Ambil dua sudu besar mentega dicampurkan dengan dua sudu besar tepung gandum. Kacau sehingga sebati".
"Masukkan pula Dua cawan susu segar. Kacau. Letakkan satu sudu kecil lada hitam beserta garam. Kacau lagi".
"Kemudian, masukkan empat keping keju cheddar secara beransur-ansur.
Kacau sehingga menjadi kekuningan".
"Akhir sekali, barulah kita masukkan makaroni tadi ke dalam kuahnya".
"Akhirnya...., siap jugak!". Ibunya kelihatan agak keletihan setelah penat melakukan semua kerja ini.
"Mac and cheese Siti dan Abdullah". Abdullah cuba gambarkan.
"Mek apa!?". Ibunya kurang faham.
"Ni orang panggil Mac and cheese. Makaroni dan cheese".
"Ouhhh, Terima kasih banyak-banyak Abdullah sebab ajar ibu".
"Hihi, tak de hal lahh!". Abdullah tersenyum-senyum, agak berlagak.
"Sekarang, Abdullah pi lah mandi dulu. Bagi wangi-wangi dulu, sebab bau dah macam yogurt nii!".
"Ibu nak kemas dapur lu, lepas tu, Ibu nak kejut ayah jap".
"Okey". Abdullah mencium bajunya, bau seperti ikan masin basi.
"Lepas tu kita mayang sama-sama".
"Ok ok". Dia menggoyang kepalanya. Tanda faham.
£ ¢ € ¥ ?
"Abdullah pi turun dulu". Usai solat subuh, ibunya agak serius untuk bercakap dengan suaminya.
"Baik". Abdullah sempat memandang ke belakang, ibunya mahu bercakap sesuatu dengan abah.
"Abang, nak bagi tak kertas ni?". Isterinya menunjukkan sehelai kertas yang dia ambik dari laci.
"Bagi jerr". Suaminya santai sahaja.
"Hmmmm, tapi.... Isterinya kelihatan agak sedih. Tidak puas hati dengan jawapan suaminya.
tak dak apa lah, dia tu kan berani .
"Mari-mari!". Abdullah melihat ibu abahnya sedang turun dari tangga.
"Uihhh, bau sedap niii, Sapa masak ni!". Abahnya melihat makanan itu sambil tertelan air liur.
"Abdullah laa". Ibunya cuba untuk tersenyum.
"Ye Kee!". Abahnya kurang pasti.
"Tolong ajar jerr". Abdullah pula membalas.
"Pehh, terer lah anak abah niii!". Abahnya duduk lalu mengambil sesenduk makaroni cheese itu. Diikuti isterinya.
"Hihi, biasa jer". Abdullah malu.
"Abdullah, ni untuk Abdullah". Ibunya memberikan kertas itu kepada Abdullah.
"Apa ni!?".
"Tawaran sambung belajar ke London".
"Ye, Abdullah dapat ke London ".
hmmm. ibunya tahu Abdullah pasti akan suka.
"Tak pa lah ibu, ibu simpan jaaa". Abdullah mengembalikan kertas itu kepada ibunya.
"Kenapa lakk!". Ibunya terkejut berserta gembira.
"Abdullah nak kerja terus". Ibunya kembali muram.
"Kerja apa, kerja sekarang ni perlukan results yang bagus. Tak macam dulu, dulu tak pe ahhh... Abahnya menyambung.
"Abdullah nak kerja sendiri jer". Abdullah cakap laju-laju.
"Bertani".... Abdullah memperlahankan suaranya kembali.
"Rumah kita pun ada banyak tanah"...
"Biarlah dia nak berdikari!". Abahnya cuba mempertahankannya.
"Dekat mana Abdullah nak pi?".
"kat rumah atukk".
Mereka berpandangan sesama sendiri.
"Kenapa ibu, tak boleh keee?". Hairan Abdullah.
"Eh, mestilah bolehh!". Ibunya cuba meyakinkannya.
Abdullah tahu pasti ada sesuatu yang pelik juga pernah berlaku disitu.
Abdullah biarkan saja. Dia kemudian makan dengan lahapnya dan gelojoh agar mereka tidak ketakutan.
"Abdullah pelan-pelan, nanti tercekik!". Ibunya tersenyum
Mereka ketawa terbahak-bahak.
• • • • •
"Ibu, motor lama abah ada lagi tak?". Abdullah bertanya ketika dia tengah berjoging dengan ibunya, abahnya berada di belakang.
"Ada cuma.. , dah rosak". Ibunya kelihatan agak sedih. Padahal, ibunya mahu sekali menghantarnya ke sana.
"Dekat mana tuu?".
"Hmm, dekat loteng tuuu". Ibunya menunjukkan arah.
"Okey". Abdullah terus menuju ke loteng.
"Dia nak pi mana tu?". Suaminya terus datang kepada isterinya yang tiba-tiba terhenti.
"Cari motor lama abang agaknya". Isterinya masih melihat Abdullah.
"Boleh ke dia guna, dah lama tak guna tu".
"Entah lah". Mereka sama-sama menuju ke kebun bunga.
Sementara itu, Abdullah pergi ke loteng untuk Mencari motor lama abahnya.
"Peh!". Dia melihat sebuah motor besar milik abahnya. Dia melihat banyak sekali kerosakan.
"Rosak agaknya ni!". Dia memegang seluruh bahagian motor untuk memeriksa. Tapi, dia tidak tahu caranya.
"Mana ada rosak!".
"Abah!". Abahnya datang menyelamatkan keadaan.
"Wayar motor ni ja tercabut sikit". Abahnya siap membawa peralatannya.
setelah beberapa minit,
"Ok, siap!". Abahnya berdiri lalu menghidupkan enjin motor.
Vroommm. Enjin motosikal itu boleh dihidupkan juga.
"Abdullah cubalah naik". Abahnya memberikan motor itu kepada Abdullah.
Abdullah cuba menaiki tapi mahu terjatuh tapi dia tetap cuba juga.
"Hati hati tu!". Ibunya melihat anaknya dari jauh.
"Yeee!". dia melambaikan tangannya kepada ibunya. Dia membawa motor perlahan sahaja.
Ibunya membalas tapi reaksinya masih takut akan anaknya akan terjatuh.
Begitulah ibu, Kasih sayang ibu tiada tandingan. Tapi, sesetengah orang tidak pernah hargai.
• • • • •
"Macam mana kau tak boleh nak dapat kan buku tu. Senang je kerja kau, yang tu pun tak boleh buat!".
"lembab!". Perkataannya membuatkan harimau jadian itu menjadi marah.
"Wrooo!!". harimau jadian itu seperti hendak menyerang wanita itu.
"A, a, aaa". wanita itu menggelengkan jarinya
"Ingat kau suami aku tak mampu buat ke?!".
Dia menunjukkan sebuah patung kayu dikelilingi seurat rambut
Dia mencucuk sedikit di bahagian bahu patung kayu itu dengan jarum.
"Ahhhh!". harimau jadian itu menjerit kesakitan di bahagian bahunya.
"Ini amaran aku"!. Wanita itu melepaskan jarumnya.
"Kalau kau tak dapat lagi, nahas kau. Kalau ada yang cuba menghalang, Bunuh saja!".
"Cepat pergi!".
Harimau jadian itu terus keluar dari rumah itu melalui tingkap.
Sebelum pergi, dia sempat memandang ke rumah kecil itu. Kelihatan dia amat memarahinya. Bahunya masih lagi berdarah dan dia masih menahannya.
"Jaga kau, Tarmizi. Jaga kau!". wanita itu amat marah sekali.
Wanita itu melihat sebuah foto lama Tarmizi bersama ahli keluarganya seramai empat orang.
Share this novel