KRINGGGGGG!!!!!!!!!!!!
Kedengaran bunyi telefon rumah di dalam ruang tamu itu mengganggu kesunyian dalam sebuah rumah yang sememangnya sudah sunyi sepi.
Rumah tersebut didiami oleh tiga orang penghuni, sepasang suami isteri bersama seorang anaknya yang bernama Abdullah.
Rumah itu terletak jauh dari orang ramai, berdekatan dengan sebuah hutan. Mereka sering dikutuk oleh orang ramai yang tinggal berhampiran yang beranggapan mereka membawa nasib malang.
"Astaghfirullahalazim!". Deringan telefon itu membuatkan Puan Siti terus terjaga dari tidurnya.
Dia selalu juga tidur pada waktu senja di kerusi malas kerana terlalu letih membuat kerja rumah sendirian dari pagi. Lagipun, rumah itu agak besar tapi sudah usang.
Ahli keluarganya juga tidak pernah membantunya dan asyik melakukan kerja sendiri mereka.
Suaminya, asyik terkurung saja didalam bilik peribadinya sejak kebelakangan ini. Namun, dia juga membantunya sedikit pada hari cuti.
Anaknya pula asyik bermain tablet setiap masa. Kadangkala, dia mendengar lagu memakai 'headphone' di kepalanya.
Sejurus itu, Puan Siti terus mengangkat gagang telefon itu.
"Ye, sapa ni?". Puan Siti bertanya dengan keadaan yang masih longlai kerana dia baru saja bangun dari tidur.
"Boleh saya bercakap dengan encik Tarmizi?". Seorang wanita bercakap membuatkan Puan Siti cemas.
"Ye, saya isterinya. Ada apa ya?".
"Suami cik sekarang berada di hospital.".Doktor itu cakap dengan bersahaja.
"Sakit apa ya, boleh saya tahu?". Puan Siti semakin risau.
"Tulang belakangnya parah".
" Okey, kami datang sekarang, tapi hospital mana ye?. Sebaik sahaja puan Siti menanyakan soalan itu, telefon tiba-tiba terputus sambungan.
Dengan hampanya, puan Siti meletakkan kembali gagang telefon ke tempat asalnya. Dia tahu, 'connection' dikawasan itu kurang elok kerana dikelilingi banyak pokok dan jauh dari kawasan bandar.
Yang anehnya, doktor itu cakap agak pelik. Tapi, puan Siti tidak memikirkannya.
Puan Siti terus berlari menuju ke bilik peribadi suaminya untuk memberitahunya mengenai perkara tersebut.
"Abang, ada masalah ni!". Teriak Puan Siti sambil mengetuk pintu.
"Ha, kenapa!?". Jerit suaminya dari dalam bilik.
"Ayah abang masuk hospital!". Selamba isterinya berkata begitu.
Encik Tarmizi dengan pantasnya membuka pintu dan melihat muka isterinya yang agak cemas. Dia tahu isterinya seorang yang rajin, penyayang dan semuanya lah. Itulah yang membuatkan dia sangat menyayangi intan payungnya.
"Sakit apa ya?". Hairan suaminya.
"Doktor cakap tulang belakang ayah bengkak".
"Uh, ye ke?". Suaminya tak berapa kisah sangat sebenarnya.
"Tapi, hospital mana?".
"Doktor tu tak habis cakap lagi terputus sambungan".
"Okey takpe, jom!". Suaminya keluar lalu mengunci pintu.
"Jom nak pi mana?".
"Pi bersiaplah, Kut nak pi berjoget Kut". Lawak suaminya agar isterinya tidak rasa takut lagi.
"Ade ade aja abang ni, jomlah!". Mereka menuju ke bilik tidur mereka sambil berpegangan tangan.
Sambil-sambil itu, puan Siti sempat melihat ke arah sofa, sesuatu yang asyik difikirkannya.
Abdullah dari tadi masih bermain dengan tabletnya dan tidak mendengarkan apa-apa pun kata-kata mereka kerana dia sedang memakai benda di telinganya. Ini membuatkan ibunya agak menyesal membelinya.
Tidak berapa minit kemudian, keluarlah mereka dari kamar dengan pakaian yang sudah kemas.
"Sayang pi lu, ayang nak pi ambik kunci jap". Romantik suaminya sambil tersengih.
"Okey, jangan lama sangat". Senyum isterinya.
"Okey".
Sementara menunggu suaminya, dia menuju ke pintu depan kerana ingin membuka pintu. Dia terhenti di depan pintu kerana dia hampir terlupa akan sesuatu, anaknya.
"Abdullah nak ikut tak?". Ibunya bertanya kepada Abdullah yang duduk di sofa yang tidak berjauhan dengan pintu depan.
"Tak!". Jawab Abdullah, ringkas.
"Biar je dia tu, kalau jadi apa-apa, jangan nangis macam budak kecik sudah!". Abahnya tidak tahan lagi dengan sikap anaknya, mahu sahaja dia menampar pipi anaknya. Tapi, isterinya pasti akan menghalangnya.
"Ish, abang ni!". Ibunya selalu mempertahankan anaknya.
"Nanti kalau lapar, Abdullah pi kat dapur, ibu dah masak dah". Ibunya masih lagi berlembut.
"Hmmm". Jawab Abdullah ringkas sahaja sehingga menampakkan wajah ibunya yang tadinya tersenyum sekarang, muram sahaja.
Dia nampak agak kecewa dengan sikap anaknya sebegitu. Tapi dia tahu semua ini hanya ujian dari tuhan. Setiap kali sembahyang, dalam doanya, dia meminta agar anaknya akan berubah dan menjadi seorang yang berguna.
"Eh, jomlah kita, dah lewat ni!". Suaminya tidak mahu lagi isterinya sedih.
"Haa, jom...". Kata puan Siti dengan sedikit kecewa.
Sementara mereka sedang keluar dari rumah, ibu Abdullah sempat menoleh kebelakang kalau anaknya berubah fikiran.
Malangnya, tidak!.
"Nak pi hospital mana dulu bang?". Tanya isterinya sambil memakai kasut tumitnya manakala suaminya sedang melihat ke dalam kereta, yang mana perlu dibersihkan. maklumlah, business man. Isterinya kini hanya suri rumah sepenuh masa. kadangkala, dia menghadiri kelas mengaji dan memasak.
"Entahlah, kena pi satu satulah macam ni". tapi kita pergi dulu hospital kat kampung saya tu".
Nak pi bandar pun satu jam jugak, apatah lagi nak pi semua hospital". Puan Siti agak kecewa tapi bukan sebab penat.
"Tak taulah bila nak balik". Puan Siti masih berharap anaknya ikut bersamanya, Sambil melihat jam ditangannya yang sudah menunjukkan pukul 7.00 petang.
Setelah itu, dia melihat ke belakang berharap anaknya dapat ikut bersamanya.
Akhirnya, kereta itu terus berlalu pergi dari rumah mereka dan hilang dalam cahaya senja.
Maka, tinggallah Abdullah seorang diri di dalam sebuah rumah yang besar lagi usang itu. Masih memegang tabletnya 24 jam tanpa henti.
Share this novel