"Maafkan abah, nak. Semua ni salah abah". Abahnya amat menyesal atas apa yang kami lakukan dahulu.
"Tak pa, bukan salah abah pun , salah perempuan tua tu!". Kalau Abdullah jumpa dia, Abdullah lenyek-lenyekkan dia. Abdullah mengetahui bahawa dia sudah terbunuh tapi Abdullah ingin melawak tapi tak menjadi.
"Biarlah dia, itu urusan dia dengan Tuhan. Kita yang masih hidup ni banyakkanlah amalan sebanyak mungkin sebab kita tak tahu apa yang jadi nanti".
"Hmmmm". Abdullah mengangguk tanda setuju.
"Tapi, apa sebab ibu buat begini".
"Semua ini kerana anak pertama ibu meninggal".
"Jadi, selama ni saya ada abang lah!". Abdullah mahukan kepastian.
"Ye, dia hilang masa dalam satu kebakaran". Mayat dia tak dijumpai, jadi polis sahkan dia meninggal dunia".
"Terbakar, sebab apa?"
"sebab buku Nilah". Abahnya mengeluarkan buku-buku itu dari raknya.
"Aik, macam mana abah boleh ada buku ni?
"Abah jumpa dekat meja bawah tadi, kalau ye pun kamu tak mahu, janganlah letak merata".
"ha?!". Abdullah hairan macam mana buku itu boleh ada pada abahnya kerana dia sudah memberikan kepada Syafi dan yang peliknya dia tidak membawa apa-apa barang mahupun beg.
"Tapi pa nama dia ye bah?".
"Nama dia... Sya.."
"Paangg!!!". Kedengaran Bunyi sesuatu di bawah membuatkan Encik Tarmizi terkejut. Dia memegang dadanya.
"Bunyi apa tu, Biar Abdullah pergi tengok".
"Jangan, biar abah ja".
"Abdullah Jaga buku ni, buku ni lagi penting!".
"Tapi..."
"Shuu". Abahnya turun ke bawah meninggalkan Abdullah keseorangan.
"Hoi, kau buat apa kat sini hah!?".
Abdullah mula ketakutan. Entah apa benda tu agaknya.
Selepas beberapa minit, abahnya tidak muncul-muncul.
"Abah, abah!". Abdullah memanggil abahnya dengan sekuat hati namun, tiada jawapan juga.
Abdullah turun perlahan-lahan untuk melihat keadaan di bawah.
Malangnya, Tiada sesiapa di bawah. Cuma... yang dia nampak ialah Syafi yang sedang tidur nyenyak di sofa.
Itu membuatkan Abdullah hairan.
"Macam mana dia boleh ada di sini. Dia tak dengar ke tadi bunyi tu?".
Dia terus berlari turun untuk mendapatkan kawannya.
"Wei wei, kau ada nampak tak abah aku kat sini?!".
"Huh?". Syafi menggelengkan kepalanya.
Abdullah terus mencari kelibat abahnya diseluruh rumah namun gagal. Semuanya nampak elok sahaja.
"Bunyi apa tadi tu hah, Khayalan aku je ke tadi?!". Abdullah mula terfikir yang dia berada dalam khayalan semata-mata.
"Tak dak sapalah". Syafi masih lagi dalam keadaan mamun.
"Kau ni, kacau jaa orang nak tido!". Syafi ingin tidur semula tetapi badannya asyik ditepuk oleh Abdullah membuatkan dia berasa tidak selesa.
"Eh, apa ni?!". Abdullah terpijak lumpur di lantai.
"Tapak kaki sapa ni?!".
kesan tapak kaki sebesar gajah itu membuatkan Abdullah yakin bahawa abahnya benar-benar diculik.
"Aku rasa dia kena tangkap dengan harimau jadianlah!".
"Harimau jadian mana pulak ni!.
"Marilah. Kita cari abah aku!". Abdullah terus menarik Syafi yang masih lagi mengantuk. Badannya longlai sahaja apabila ditarik keluar.
. . . . .
"Ha, tapak kaki ni menuju ke hutanlah". Abdullah menunjukkan ke belakang hutan rumahnya.
"Ish, kau ni betul ke nak pi malam-malam ni, nanti apa jadi satgi, sapa yang susah!?".
"Yelah, mari kita kejar mereka sebelum terlambat". Mereka masuk juga ke dalam hutan itu. Namun perlahan-lahan sahaja.
Tangan Syafi masih ditarik lagi oleh Abdullah. Semakin lama mereka berjalan, semakin gelap suasana hutan itu.
"Mana ni!?". Tapak kaki tu mula hilang dihadapan sebatang pohon besar yang berwarna merah.
"Aduh, cam ne ni?!". Abdullah buntu. Dia tidak tahu apa yang hendak dilakukan.
"Haihhh, tulah nak pi sangat, cam ne nak balik ni, gelap dah ni!". Syafi mula merungut.
"Hmmmm". Dengan wajah yang sedih, Abdullah memandang sekeliling hanya hutan sahaja disekeliling mereka.
"Aku cuma nak selamatkan abah aku je". Abdullah mula mengalirkan air mata.
"Haihhh, pegang tangan aku cepat!".
"Kenapa pulak ni?!".
"Pegang jelah!".
"Ok"....
"Tutup mata sekali!".
Abdullah memegang tangan Syafi dengan erat sambil memejamkan matanya. Dia tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini. Mungkinkah Syafi ini harimau jadian itu?. Itu yang terfikir di benak kepala Abdullah.
Satu cahaya mula keluar dari tangan Syafi dan mereka hilang dibawa pergi entah kemana.
. . . . .
"Sekarang, kau Boleh buka mata kau".
"Aik, tempat apa ni?!". Mereka sampai di sebuah tempat yang panas lagi kering.
"Panas betul!". Abdullah mula mengibas bajunya yang sudah dipenuhi air.
"Macam mana kau"... Abdullah tertanya- tanya siapakah dia sebenarnya.
"Kau tak akan dapat buku tu!". Dia terdengar suara abahnya Dihadapan sebuah gua besar.
"Pergi lekas, kalau kau nak selamatkan abah kau!".
Tanpa berkata apa-apa, dia terus menuju ke gua itu.
"Abah!".
"Datang juga kau ye". Harimau jadian itu kelihatan terkejut tapi disembunyikan ketakutannya.
"Jangan bagi buku tu, Abdullah!". Abdullah mendengar suara abahnya dari bawah tanah.
"Kalau kau nak dia selamat, bagi je buku tu!".
"Hehe". Harimau jadian itu melihat Abdullah sudah mula gelisah.
"Okey, bagi dia dulu".
Dalam sekelip mata, dia pergi dan kembali membawa abah Abdullah.
"Nah ambiklah orang tua ni, dia bukan ada apa-apa pun".
"Sekarang bagi buku tu".
"Jangan harap!". Abdullah memeluk buku itu.
"Dah agak dah pun".
"Abdullah, Jaga-jaga!".
"Fuh". Harimau itu dengan pantas berada di hadapan Abdullah dan mengambil buku itu.
"Aduh!". Abdullah ditolak sehingga bajunya terkoyak-rabak.
Akhirnya, aku dapat bangunkan tuan aku semula. Harimau jadian itu memegang ke dua bahagian buku yang terkoyak itu ke atas. Dia menggunakan kuasanya untuk mencantumkan semula buku itu.
Apabila buku itu sudah kembali kepada asal, keluarlah satu suara yang amat dahsyat.
"Wraaaahhhh!!!!".
"Hihi". Harimau jadian itu kelihatan gembira.
"Yahhhh!". Harimau jadian mula bertukar menjadi seorang lelaki tua.
"Atuk!?".
"Macam mana ayah boleh hidup lagi!?". Tarmizi terkejut.
"Hihi". Lelaki itu tersenyum sinis.
Tanpa mempedulikan mereka, Lelaki tua kemudian duduk lalu membaca suatu yang pernah diucapkan Tarmizi dahulu.
"nanging biso marak'e loro lan pati"
"sebab wong jowe sejati iku lelakone ora ketok lan ora muni"
"cukup meneng nanging biso oleh opo seng di karepake"
"ora perlu ono gondone supoyo di perhatekne wong liyo"
"ora perlu ketok wujude supoyo di sawang wong liyo"
"urip neng ndunyo iki ibaratne angin".
Maka, keluarlah suatu lembaga besar daripada buku itu yang dipanggil iblis. Bersama dengan itu, angin panas yang kencang mengenai mereka membuatkan mereka terjatuh.
"Hahaha, akhirnya aku bebas juga!".
"Habislah korang".
"Wahai pendosa, terimalah balasanmu!". Iblis itu ingin menghentam mereka dengan tangannya yang besar. Namun....
"Jangan ganggu mereka. Lepa milikku".
Syafi entah dari mana datang menahan tangan itu.
"Syafi".....
"Apa?!". Abdullah kelihatan hairan bagaimana abahnya boleh mengenali Syafi.
"Jangan-Jangan"......
Share this novel