"Awak, cantik tak tempat ni?". Atykah menanya mengenai tempat yang mereka pergi sekarang, taman permainan.
"Cantiklah, macam awak juga".
Ade ade je awak ni". Atykah kemudian menolak bahu Abdullah.
"Aduihh!". Abdullah memegang bahunya.
"Sikit je tu".
"Wak, saya nak tanya sikit boleh tak?".
"Apa dia?".
"Kalau wak jumpa hantu apa awak akan buat".
"Kalau hantu tu lawa, saya kahwin dengan dia je".
"Eh dia ni main-main pulak".
"Jomlah kita balik Dah lewat ni". Hari sememangnya sudah ingin menutup tirainya, senja.
"Jom".
"Ada Hantu!". Atykah mengusik Abdullah.
"Mana, ahhhh!". Abdullah lari mendapatkan Atykah
"Hahaha!".
"Wak ni!".
"Sat awak, saya nak kutip bunga ni boleh tak?". Atykah terlihat bunga kesukaannya iaitu bunga ros di tepi jalan.
"Ok saya tolong cari ye".
"Terima kasih wak!".
"sama-sama". Abdullah membalasnya dengan senyuman. Sedang asyik mengutip bunga, dia terlanggar seorang budak lelaki.
"Sorry dik, mana ibu bapa adik?". Abdullah tercari-cari ibu bapa budak dan dia ternampak seorang wanita sedang membeli aiskrim yang tidak jauh dari situ.
Budak itu hanya melihat wajah Abdullah dengan pelik. Wajahnya comot serta pakaiannya penuh dengan pasir sambil ditangannya mengenggam beberapa mainan.
"Cacep gan cape?".
"Hah?!". pada mulanya, Abdullah tidak faham tapi Lama kelamaan dia mula paham. Dia sedar yang budak itu adalah istimewa.
Rupanya budak itu sudah lama memerhatikannya.
Dia kemudian melihat Atykah yang sedang mengutip bunga dari jauh sambil tersenyum.
"Adik, tiada benda di dunia ini yang sempurna sebab itu kita perlu sempurnakannya".
Abdullah lantas pergi sambil mengusap rambutnya tapi budak itu masih kurang paham dan mulutnya masih ternganga.
"Rezki mari, Aiskrim".... Datanglah ibunya memegang dua aiskrim coklat kesukaan anaknya dari kejauhan.
"Asyihkremmm, yeeee!". Dengan riangnya, Dia terus terloncat menghampiri ibunya lalu mengambil dan memakannya dengan lahap.
"Jom rezki balik" ibunya memimpin tangan rezki.
"Hm!". Apabila rezki melihat ke belakang, lelaki itu sudah hilang di sebalik hutan berdekatan. Namun tidak dihairankan kerana dia sedang menikmati aiskrim kesukaannya.
£ ¢ € ¥ ¶
Share this novel