Chapter 18 (Kemenangan Pertama)

Adventure Series 1117

Hakiem tenang memainkan peranannya sebagai 'last man'. Dia berjaya mematikan serangan pihak lawan dengan membuat perangkap 'offside'. Namun bahagian menyerang pasukan Kedah masih gagal menterjemahkan gol walaupun mempunyai banyak hasil percubaan tepat. Tamat separuh masa kedua dengan kedua-dua pasukan masih terikat dengan tiada jaringan.

Masuk ke bilik persalinan, Jurulatih terus menegur bahagian serangan kerana gagal menggunakan peluang yang terhidang. Jurulatih Victor menggubah sedikit formasi di bahagian serangan agar lebih efisien di dalam kotak penalti pasukan lawan. Beliau memuji bahagian pertahanan yang dipimpin Hakiem dan memberi motivasi kepada semua pemain agar lebih fokus.

Bersambung aksi pada babak kedua pasukan Kedah masih buntu mencari gol setelah puas mengasak kubu pertahanan lawan. Sehinggalah aksi menuju ke-minit 70. Pasukan kedah dihadiahkan sepakan percuma dihadapan kotak penalti lawan. Kapten Pasukan, abang Irwan melangkah dengan penuh keyakinan untuk mengambil sepakan percuma tersebut. Irwan memang dikenali sebagai pakar sepakan percuma di dalam pasukan. Hasilnya dia berjaya menerjemahkan gol kepada pasukan Kedah untuk mendahului dengan satu gol.

Pada minit ke 75, pasukan Kedah mengeluarkan Amin yang cedera dan diggantikan dengan Iqhmal. Dengan pertukaran tersebut, pasukan kedah berjaya mencatatkan gol kedua yang dijaringkan oleh Iqhmal hasil umpanan cantik dari Irwan. Tamat perlawanan pasukan Kedah berjaya mencatatkan kemenangan di halaman sendiri dengan keputusan dua gol tanpa balas. Hakiem terus melakukan sujud syukur atas kemenangan pasukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience