Chapter 27 (90 Minit)

Adventure Series 1117

Tibalah masanya, kedua pasukan memasuki ke padang. Perlawanan akhir akan berlangsung. Hakiem sudah bersedia di posisinya di benteng terakhir pertahanan bersama Suhaimie. Penjaga gol pula diisi oleh Asri. Pertahanan kiri dan kanan ditempatkan Hadi dan Fairuz. Di bahagian tengah diketuai ketua pasukan iaitu Irwan dan dibantu oleh Daniel, Fayadh dan Akhyar. Jurulatih mengekalkan gandingan serasi Amin dan Akmal Azmi sebagi penyerang pasukan.

Pasukan UiTM FC akan memulakan permainan, Hakiem melihat kearah Azzwan yang sudah bersedia di bulatan tengah padang bagi membuat sepak mula. Wisel pun ditiup menandakan perlawanan telah dimulakan oleh pengadil. Stadium begitu bergemuruh pada perlawanan akhir. Namun, Hakiem berjaya mengawal perasaan. Minit awal perlawanan, UiTM FC berjaya mencuba mendapatkan rentak perlawanan lebih awal.

Bola masih dikawal oleh pemain tengah lawan. Tiba-tiba pasukan lawan membuat satu hantaran ke hadapan di sebelah kiri yang dikawal oleh Fairuz. Fairuz sedikit ke hadapan telah sedikit leka dengan situasi itu. Hal ini menyebabkan penyerang lawan iaitu Azzwan berjaya mendapatkan bola dengan mudah. Dia terus membuat larian solo dan menghadapi Hakiem yang sudah bersedia. Seperti dipukau oleh gerakan Azzwan, Hakiem telah dipintas dengan mudah oleh Azzwan hasil gerakan silang yang telah dipraktiknya. Namun, sebelum Azzwan berjaya membuat sepakan bebas. Asri telah bersedia memintas dengan keluar dari zon selamat untuk membuat 'sliding' dan terus menyambar bola di kaki Azzwan.

Azzwan kecewa kerana gagal membuat sepakan walaupun telah berjaya memintas dua pertahanan lawan. Asri terus menendang bola ke arah Irwan yang tidak dikawal oleh lawan. Lalu, Asri terus menjerit kearah Fairuz dan Hakiem agar terus fokus pada perlawanan. Hakiem mengurut dada tanda lega dengan situasi tadi. Dia memberi isyarat kepada rakan-rakan pertahanannya agar lebih berhati-hati. Tamat separuh masa pertama, perlawanan banyak berlegar di tengah-tengah padang.

Masuk ke bilik persalinan, Jurulatih Victor mendapatkan semua posisi agar lebih peka kepada perubahan taktikal pasukan lawan. Hakiem mendapatkan pemain pertahanan dan merancang untuk menghentikan asakan pasukan lawan. Selesai masa rehat, Hakiem terus keluar dari bilik persalinan dan melangkah masuk ke padang.

Dia bersedia di padang, dan sempat memandang ke arah ahli keluarganya yang datang menyokongnya. Dari jauh kelihatan gadis yang sentiasa menyokongnya. Dia mencuba mengambil inspirasi agar lebih tenang dan fokus. Abang Irwan mendapatkan Hakiem dan memberi arahan agar lebih komunikasi di bahagian serangan dan pertahanan. Hakiem mengangguk, menandakan memahami arahan yang diberikan.

Perlawanan separuh masa kedua terus dimulakan. Hakiem kembali fokus dan berjaya menghentikan serangan pasukan lawan yang diketuai Azzwan walaupun agak sukar. Pemain tengah Kedah yang diketuai Irwan mula memulakan gerakan yang diubah oleh jurulatih semasa rehat tadi untuk memecah kebuntuan serangan pasukan dalam mengucar-kacirkan pertahanan lawan yang ampuh. Walaupun berjaya melepasi pasukan pertahanan lawan, bahagian serangan Kedah masih gagal mencetak gol. Hal ini menimbulkan kegelisahan di bangku simpanan Kedah. Pasukan lawan mula bertahan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Masuk Minit ke 89, Pasukan Kedah mendapat sepakan penjuru. Hakiem dan Suhaimie terus melangkah ke kotak penalti pasukan lawan untuk mengasak benteng pertahanan lawan. Hakiem mendapat isyarat dari Irwan yang bersedia mengambil sepakan penjuru. Hal ini menandakan Irwan mengarahkan Hakiem dan Suhaimie bersedia untuk melalukan 'set piece' yang telah dirancang semasa latihan. Pasukan lawan kelihatan letih. Suhaimie bersedia di 'near post', manakala Hakiem di 'far post'. Irwan membuat sepakan lencong yang tinggi dan mengarahkan bola ke arah Suhamie. Suhaimie membuat loncatan yang tinggi dan menanduk bola ke belakang di bahagian 'far post' lawan. Benteng pertahanan mula goyah dengan mengasak Suhaimie, sehingga membiarkan Hakiem yang bebas di 'far post'. Hakiem tanpa melepaskan peluang yang terhidang terus membuat sepakan gunting ke arah gol yang kosong tanpa dia dikawal.

Akhirnya gol, Hakiem terus berlari ke arah tiang bendera penjuru padang melakukan sujud syukur dan meraikan golnya . Dia seperti tidak percaya. Bergema satu stadium meraikan gol itu. Hakiem terus diraikan oleh rakan sepasukannya sehingga memaksa pengadil mendatangi mereka untuk meneruskan perlawanan. Hakiem kembali ke posisinya untuk bersedia dengan segala kemungkinan. Kelihatan penolong pengadil mengangkat masa tambahan adalah selama empat minit. Hakiem dan rakannya terus ampuh di bahagian pertahanan menantikan empat minit terakhir. Kemudian wisel penamat dibunyikan. Longlai, itulah yang Hakiem rasa ketika ini. Terasa seperti bermimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience