Kini tibalah masanya kembali ke sekolah untuk menghadapi peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang tiba. Pasukan memberi pelepasan kepada Hakiem untuk menghadapi peperiksaan namun dia hanya akan menjalani latihan di gimnasium yang diatur oleh jurulatih kecergasan lepas ini.
Hakiem kembali ke sekolah dan di sambut meriah oleh rakan sekelasnya. Cikgu-cikgu juga mengucapkan tahniah kepadanya. " Nah bahan ulangkaji untuk Hang!". Maisarah meletakkan bahan ulangkaji yang agak tebal untuk Hakiem. Hakiem memusingkan badannya dan cuba melarikan diri. "Hang jangan lari Hakiem. Ambil buku ini". Tegas Maisarah. "Eh, mana ada aku lari. Apasal tebal sangat nie Maisarah?". Tanya Hakiem sambil berseloroh. Rakan sekelasnya yang lain hanya ketawa melihat telatah dua orang rakan itu.
Tamat sahaja waktu rehat. Hakiem kembali ke tempat duduknya dan mengeluarkan buku di bawah mejanya. Lalu terjatuh sepucuk surat ke lantai dari lacinya itu. Dia mengutip surat itu lalu tertera namanya di sampul itu seperti surat cinta. Hakiem tertawa sendirian. Dia tidak membuka surat itu dan mencuba meneka gerangan penulis surat itu dan motifnya. Tiba- tiba Maisarah menegur. Hakiem menyerahkan surat itu kepada Maisarah. Maisarah membuka dan tergamam lalu dia ketawa. Hakiem merampas surat itu. Dia membaca isi surat itu. Lalu memandang Maisarah dan keduanya ketawa terbahak-bahak.
"Agak-agak kau siapa pengutus surat cinta yang kelakar ini Maisarah?". Tanya Hakiem. "Entahlah, Dahlah jangan dipikirkan lagi. Lebih baik kau fokus kepada pelajaran saja buat masa ini". Maisarah menjawab dan mencadangkan kepada Hakiem agar tidak mengendahkan surat itu.
Kini, mereka berdua lebih fokus kepada pelajaran dan sering menghabiskan masa bersama menelaah pelajaran. Mereka sering mengadakan pembelajaran secara berkumpulan bersama rakan sekelas yang lain.
Share this novel