Chapter 25 (Surprising Breakfast)

Adventure Series 1117

"Ulat bulu dah naik daun". Perli Fairuz. Maisarah dan Hakiem tertunduk malu. Dua orang rakannya meninggalkan dia bersama Maisarah. "Kenapa Maisarah". Tanya Hakiem. "Ingat nak ajak Hakiem sarapan sekali, sebab tu Maisarah tunggu di sini". "Ok. Maisarah tunggu Kim di lobby. Kim nak naik salin baju dulu". Hakiem berlalu naik ke atas dengan gembira.

Setelah siap, Hakiem turun ke bawah semula. Setibanya di lobi hotel terlihat gadis yang menunggunya itu. Hatinya berbisik "Sabar Kim. Perjalanan kau masih jauh". Matanya terpaku melihat gadis itu yang mengenakan seluar jeans dan jersey pasukan Jerman itu. Hakiem mendapatkan Maisarah dan lalu menuju ke ruang makan hotel.

"Kenapa Maisarah tak cakap yang Maisarah dan ayah tinggal di hotel yang sama di sini". Tanya Hakiem. "Oh, maaflah. Maisarah terlupa nak beritahu. Nak 'surprisekan' Kim". Jawab Maisarah. Mereka bersarapan berdua di penjuru kafe itu dikelilingi rakan sepasukan yang lain. Ada yang memerhati dengan jelingan memerli. Hakiem dan Maisarah tidak memperdulikan semua itu.

Ketika rancak bersembang, ayah Maisarah menegur mereka berdua. "Oh,patutlah 'daddy' hairan, kamu beria-ia untuk turun sarapan awal sehingga tidak mahu tunggu 'daddy'. Rupanya dah berjanji dengan Hakiem. Hakiem, semoga berjaya untuk perlawanan malam ini. Uncle gerak dulu ya. Tolong tengokan budak Maisarah nie". "Baik, Uncle". ujar Hakiem.

Selesai makan, Hakiem menghantarkan Maisarah ke biliknya dan dia pulang ke biliknya. Hakiem menghabiskan masanya dari waktu zohor hingga asar dengan membaca Al-Quran untuk mendekatkan diri dan memohon pertolongan dari Allah S.W.T. Selesai solat Asar, Hakiem melangkah turun ke lobi untuk mendapatkan rakannya yang lain sedang berkumpul sebelum bertolak ke Stadium.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience