Chapter 19 (Gadis Hijau Kuning)

Adventure Series 1117

Selesai semua urusan di bilik persalinan Hakiem terus melangkah keluar dari stadium dan bergerak kearah motorsikalnya yang diparkir di perkarangan stadium. Terdengar suara yang gadis yang 'familiar' menegurnya. Gadis itu adalah Maisarah yang lengkap berjersi hijau kuning. Ternyata dia juga datang untuk menyokong abangnya dan pasukan Kedah.

"Tahniah, Hakiem!". Maisarah mengucapkan tahniah kepada Hakiem. "Terima Kasih, Maisarah kerana datang menyokong kita dan pasukan pada hari ini". Hakiem berterima kasih kepada Maisarah. " Hang mai dengan sapa Maisarah?". Tanya Hakiem. "Aku mai sorang ja". balas Maisarah. "Ok, chantek. Jom teman aku makan, lapar la". Pelawa Hakiem kepada Maisarah. "Cun, tapi hang belanja?". Maisarah bersetuju untuk menemani Hakiem. "Tak ada hal la". ujar Hakiem sambil ketawa.

Mereka bergerak berasingan dan berjanji untuk bertemu di Restoran Pine 2 di Persisiran Raja Laut. Hakiem menunggu Maisarah di hadapan Restoran sementara Maisarah mencari ruang kosong untuk memakirkan keretanya. Kemudian mereka melangkah masuk beriringan kedalam restoran. Hakiem memesan makanan laut iaitu 'shell out' untuk dua orang makan. Mereka pun menjamah makanan sambil bersembang berkaitan pelajaran dan peribadi masing-masing. Tanpa disedari hubungan mereka menjadi semakin akrab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience