Keesokan harinya kecoh satu sekolah bahawa ada pemain pelapis pasukan Kedah bersekolah di situ. Hakiem tersenyum melihat gelagat pelajar lain yang memandangnya dengan reaksi teruja. Dia mengelamun seketika memikirkan permainannya semalam.
"Bro jauh termenung" sapa Maisarah. "Aduh, kantoi!". Hakiem dengan reaksi berseloroh. "Hakiem, terima kasih sebab belanja aku makan semalam". Maisarah duduk di sebelahnya sambil mengemas buku diatas mejanya. "Jom, aku hantarkan kau ke kereta Maisarah?". Pelawa Hakiem ke Maisarah setelah tamat sesi persekolahan. "Ok, aku ada benda nak beri kepada kau". Ujar Maisarah. Maka beriringanlah mereka keluar dari kelas.
"Bungkusan apa nie Maisarah?". Hakiem kehairanan. "Rahsialah, hadiah kecil dari aku kepada kau sebagai ucapan tahniah di atas kemenangan semalam". Jawab Maisarah "Menyusahkan kau saja, kau datang semalam menyokong pasukan pun dah cukup dan apa-apa pun terima kasihlah atas hadiah nie". Ujar Hakiem sambil tersipu-sipu malu.
Setelah sampai di rumah Hakiem terus membersihkan diri dan menunaikan kewajipan sebagai muslim iaitu sembahyang zohor. Kemudian dia pun berlalu ke ruang makan di rumahnya untuk menikmati makanan yang disediakan oleh ibunya. Selesai makan, Hakiem pun masuk kebilik dan mencapai beg dan mengeluarkan bungkusan yang diberikan oleh Maisarah tadi. Gembira hatinya melihat hadiah yang diberikan oleh Maisarah yang berupakan sarung kaki dan disulam singkatan nama dan nombor jersinya iaitu 'HI 3'. Terdetik hatinya untuk menyarung sarung kaki tersebut untuk perlawanan seterusnya. Hakiem merebahkan badan ke katil dan meletakkan sarung kaki tersebut di atas mukanya. Lalu dia pun terlena dengan aroma sarung kaki tersebut.
Share this novel