Setelah melepasi peringkat separuh akhir tempoh hari mengalahkan Felda United dengan jaringan 3-1 pasukan Kedah berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir menentang pasukan UiTM FC. Lawan mereka pada aksi akhir nanti tidak boleh dipandang rendah kerana berjaya menyingkirkan pasukan JDT 3 yang merupakan juara bertahan pada edisi lepas.
Ketika mendapat berita keputusan perlawanan diantara UiTM FC diantara JDT 3, Hakiem tersenyum dan gembira kerana dia akan berhadapan Azzwan yang bermain untuk UiTM FC. Hakiem terus menelefon Azzwan untuk mengucapkan tahniah kepada sahabatnya itu. Ini adalah kali pertama mereka akan menentang sesama sendiri. Memandangkan dari kecil mereka berada di dalam pasukan yang sama.
Hari ini Hakiem tidak pergi ke sekolah untuk menumpukan latihan pada sesi pagi. Hal ini kerana latihan hanya berlangsung pada sebelah pagi. Pada sebelah petang semua pemain diberikan pelepasan untuk menyediakan diri untuk berangkat ke Shah Alam pada esok pagi. Perlawanan akhir dijadualkan pada lusa di Stadium Shah Alam.
Selesai latihan Hakiem terus menghubungi Maisarah untuk menemaninya membeli barang keperluan menjelang perlawanan akhir. Kebetulan waktu itu telah tamat sesi pembelajaran bagi Maisarah. Mereka berjanji untuk bertemu di Aman Central iaitu salah satu pusat membeli belah di Alor Setar. Hakiem menunggu Maisarah di 'Coffee Bean' sambil menikmati minumannya 'Hazelnut Latte'.
"Assalamualaikum, Lama dah tunggu?. Maaflah lama kau menunggu aku. Saya pulang menyalin pakaian dahulu". Maisarah memberi alasan. "Tak apa. Silap aku kerana lewat mengajak kau bersama. Malah saya ingin berterima kasih kerana masih sudi menemani saya". Ujar Hakiem.
Mereka beriringan menuju ke kedai gadget. Hakiem ingin membeli 'headphone' baharu dan dia menyuruh Maisarah memilihkan untuknya. "Adik berdua, kedai abang membuat promosi untuk 'headphone' pada hari ini bagi set 'couple' ini". Ramah pekerja kedai gadget itu. Mereka saling berpandangan dan tersenyum sesama sendiri. Lantas Hakiem terus menyuruh Maisarah memilihkan set 'couple' itu. Maisarah terus menunjukkan set 'headphone' yang berwarna merah itu kepada pekerja kedai itu. Hakiem membayarkan barang itu. Lalu mereka memasuki kedai barang sukan.
Selesai membeli - belah, mereka terus ke Restoran Boat Noodle untuk memenuhi selera. Ketika ralit menikmati hidangan, seseorang memegang bahu Hakiem dari belakang. Hal ini mengejutkan Hakiem dan Maisarah.
Share this novel