Chapter 5 ( Rutin Harian )

Adventure Series 1117

Setelah berlangsung selama seminggu, tibalah minggu pertama Hakiem meneruskan pengajian di peringkat Tingkatan 6 di Kolej Sultan Abdul Hamid. Hakiem berpendirian untuk melanjutkan pelajaran seiring mengejar impiannya untuk menjadi pemain bolasepak yang berjaya.

Perlahan-lahan dia melangkah masuk kelas 6 sains sukan dengan penuh kelesuan di hari pertama kelas. Di hari pertama dia telah lewat. Baru sahaja melangkah masuk kedengaran suara menegurnya. "Ehem-ehem, hari pertama sudah lewat ya". Cikgu Rosnah selaku guru kelas memerli Hakiem. "Maafkan saya cikgu". Hakiem memohon maaf dengan nada perlahan sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. "Perkenalkan diri kamu?". Cikgu Rosnah mengarahkan Hakiem. Terus dia memperkenalkan diri dengan laju sambil mukanya menunduk malu dihadapan rakan yang lain.

Kemudian, Hakiem langsung melangkah laju kearah tempat duduk yang kosong tanpa soal. Setelah habis kelas Hakiem beramah mesra dengan rakan sekelas barunya. Selesai sesi persekolahan bergegas dia pulang untuk menyiapkan diri bagi mengikuti sesi latihan bolasepak di sebelah petang. Itulah yang akan menjadi rutin hariannya selama dalam tempoh pengajian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience