Chapter 13 (Peluang)

Adventure Series 1117

"Sepanjang minggu ini saya akan melihat prestasi kamu semua dan pada hari ini pasukan kita akan melawan PKNS FC sebagai persediaan. Saya mahu kamu semua menunjukkan prestasi sebenar". Jurulatih Victor berucap sebelum perlawanan dimulakan. Hakiem tidak diturunkan untuk separuh masa pertama, tetapi diminta bersedia untuk separuh masa kedua.

Separuh masa pertama ditamatkan dengan kedudukan tuan rumah, PKNS FC mendahului dangan jaringan satu gol kosong. Kelihatan jurulatih Victor tidak senang dengan keputusan semasa. Jurulatih Fauzi mengarahkan Hakiem melakukan pemanasan badan segera.

Separuh masa kedua dimulakan dan Hakiem dimasukkan untuk menggantikan Hafizul yang cedera. Percaturan jurulatih Victor dan Fauzi adalah menguatkan semula struktur di bahagian pertahanan. Dengan kemasukan Hakiem pertahanan pasukan Kedah lebih tersusun dan tenang mengawal permainan. Kelihatan Jurulatih Victor dan Fauzi berpuas hati dengan permainan Hakiem. Tamat permainan kedua pasukan terikat dengan jaringan satu gol sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience