Chapter 23 (Hadiah 'Special')

Adventure Series 1117

"Hakiem, Maisarah!. Korang 'dating' eh?." Abang Irwan memerli mereka berdua. "Taklah abang!" Serentak mereka menafikan. Irwan menggelengkan kepala melihat telatah mereka yang lucu untuk menafikan. "Yelah tu. Abang duduk di penjuru sana pun, korang tak perasankan abang. Kotlah nak jemput abang makan bersama". Luah Irwan. "Tak Perasan abang!". Sekali lagi mereka serentak memberi alasan. Berdekah Irwan mengetawakan mereka berdua. "Ok lah, abang tak nak ganggu korang. Abang nak pergi beli barang. 'By the way' korang sambunglah 'dating'". Irwan memerli dengan makna tersirat. "Abangggg.. Tak usik Maisarah dengan Hakiem tak boleh ke?" Maisarah memarahi dengan mencubit manja lengan Irwan. Irwan hanya tertawa dan berlalu pergi meninggalkan mereka yang sudah tersipu malu dari tadi.

"Hakiem ini aku buatkan sarung kaki baru untuk kau dan khas untuk perlawanan akhir nanti". Suara Maisarah memecah keheningan sebentar tadi dengan menghulurkan bungkusan biasa yang Hakiem dapat dari masa ke semasa. Hakiem mengambil dan membuka bungkusan itu dan membukanya. "Eh, Cantiknya tenunan nie Maisarah!" Hakiem teruja melihat hasil tenunan Maisarah. Tenunan kali ini memaparkan singkatan nama dan nombor jersinya seperti biasa. Namun yang 'spesial' kali ini adalah tenunan yang bertulis ayat 'if you can dream it, you can do it' kata-kata yang dipetik dari Walt Disney. Hakiem tersenyum memandang Maisarah. Sepanjang hampir beberapa bulan berkenalan, gadis itu banyak membantunya dalam pelajaran dan sentiasa menyokongnya di tepi padang. Sememangnya Maisarah memenuhi taman persahabatan di dalam hidupnya setelah dia berjauhan dengan sahabatnya Azzwan.

Setelah selesai makan dan puas bersembang mereka pun melangkah untuk pulang. Hakiem menemani Maisarah berjalan ke ruang parkir. "Maisarah datang tak ke perlawanan akhir nanti?". Tanya Hakiem sebaik Maisarah melangkah masuk ke keretanya. "Datang, Maisarah akan pergi dengan 'daddy'" Jawab Maisarah. Lalu mereka pun berpisah di situ membawa haluan masing-masing pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience