Kini setelah beberapa bulan berlalu dan hampir tamat Liga Piala Presiden, pasukan pelapis Kedah telah berjaya marah ke separuh akhir. Hal ini bererti pasukan berjaya menepati target pengurusan kelab. Hari ini pegawai pengurusan kelab telah mengadakan satu majlis bagi meraikan pemain-pemain pelapis yang berjaya menepati target. Majlis diadakan di GA Hotel di Alor Setar.
Antara yang hadir pada majlis itu adalah Presiden kelab, Ahli Majlis Tertinggi Kelab dan beberapa pemain senior di pasukan utama Kedah. Hakiem duduk diantara Fairuz dan Hadi di meja yang telah disediakan didalam 'ballroom' hotel itu. Kemudian matanya tertacap ke arah gadis yang memakai gaun berwarna 'old yellow' di meja hadapan pentas. Terkejutnya bukan kepalang melihat Maisarah di meja hadapan bersama tetamu 'VVIP'.
Selesai sesi jamuan, Hakiem dihampiri Badruzzaman iaitu kapten pasukan utama. "Tahniah Hakiem, semoga terus maju jaya dalam setiap perlawanan yang mendatang. Pasukan utama sentiasa menantikan pemain muda seperti awak". Puji Badruzzaman. "Terima kasih abang, masih banyak yang perlu saya pelajari". Hakiem menjawab dengan merendah diri di hadapan Badruzzaman.
Selesai majlis, Hakiem didatangi Maisarah. "Hakiem, kenapa monyok ja nie?". "Yelah, kau datang dahla tak beritahu. Dahlah tak beritahu yang syarikat ayah kau tu salah satu penaja pasukan. Seganlah aku lepas nie". Hakiem menjawab sambil menunduk. "Eh, hang jangan dok jadi haru sangat noh. Aku datang nie pun sebab 'daddy' aku jemput untuk teman dia. Lagipun 'daddy' aku tu tak sihat". Balas Maisarah. "Ermmm... 'By the way' Maisarah, kau nampak cantik". Hakiem memuji maisarah tanpa sedar. "Ishhh, kau nie ada-ada jelah". Maisarah tersipu malu.
"Ha! Hampa berbual apa nie Kim? sergah abang Irwan. "Tak ada apalah abang". jawab Hakiem dan Maisarah serentak. Tersenyum Irwan melihat gelagat mereka berdua "Maisarah tunggu di hadapan lobby nanti, Hakiem kau temankan si Maisarah nie dihadapan lobby sebentar nanti".Arah abang Irwan kepada Maisarah
Hakiem dan Maisarah beriringan berlalu turun ke lobi hotel. "Maisarah apa pelan bila tamat belajar tingkatan 6 nanti?". Tanya Hakiem. "Maisarah, nak sambung belajar lagi lah Hakiem". Jawab Maisarah. Kemudian keduanya terdiam seribu bahasa dan terlihat kereta abang Irwan menghampiri.
Share this novel