Hari ini Jurulatih hanya memberi latihan yang ringan kepada pasukan kerana esok akan bermula perlawanan pertama dalam Piala Presiden. Pasukan Kedah akan menjadi tuan rumah dan akan menerima kunjungan pertama dari pasukan Sabah.
Selesai sesi latihan, semua ahli pasukan diminta berkumpul dalam bilik mesyuarat untuk sesi taklimat. Kemudian jurulatih turut mengumumkan senarai kesebelasan dan simpanan untuk perlawanan esok.
Hakiem pulang dengan gembira. Apabila sampai di rumahnya dia terus mendapatkan orang tuanya dan abangnya untuk memberitahu berita gembira baginya apabila tersenarai untuk kesebelasan utama.
Malam itu, dia tidak dapat melelapkan matanya seperti biasa berikutan keterujaan dan sedikit resah kerana memikirkan perlawanan esok hari. Dia akhirnya terlelap jua di dalam kegelapan biliknya.
Share this novel