"Hakiem, hang salah pakai warna baju nie?". Tegur abang Irwan selaku ketua pasukan pada pagi sesi bergambar pasukan. "Yaka, Abang Wan. Naya saya"!. "Mari ikut aku, nasib aku bawa 'kit training' lebih hari ni". "Terima Kasih, Abang Wan!". ujar Hakiem sambil menggaru belakang kepalanya yang selalu tidak gatal.
Selesai sesi bergambar, semua dibenarkan bersurai dan diberi cuti selama dua hari sebelum berangkat untuk jelajah 'friendly match' yang telah diaturkan oleh Kelab di sekitar lembah kelang.
Hakiem terus menunggang motorsikalnya menuju ke aman central bersama rakan sepasukannya iaitu Hadi dan Fairuz untuk membeli barang keperluan sepanjang jelajah perlawanan persahabatan nanti.
Share this novel