Hakiem antara yang terawal hadir di hadapan perkarangan Stadium Darul Aman sebagai tapak pertemuan pasukan sebelum berangkat dengan bas untuk jelajah perlawanan persahabatan selama seminggu.
Tiga perlawanan telah diatur oleh pegawai pasukan dan jurulatih. Ini sebagai persiapan sebelum bermula musim Piala Presiden. Piala Presiden adalah liga bagi pemain yang berumur 21 tahun kebawah bagi pasukan pelapis.
Kemudian, kelihatan kereta Abang Irwan selaku ketua pasukan memasuki perkarangan stadium. Maisarah yang menghantar Abang Irwan. "Termenung jauh nampak suadara?". Tegur Abang Irwan dari belakang. "Tak adalah abang!". Tersengih Hakiem. "Tu, pergi dekat kereta abang. Maisarah nak jumpa kamu kejap?". Abang Irwan menyampaikan pesanan. Kelihatan Hadi dan Fairuz sedang mengejek dia dari jauh.
Hakiem pun mendekati kereta Honda jazz warna merah itu, cermin kereta yang gelap itu pun diturunkan. "Nah, amik nie?". Maisarah menghulurkan satu fail kepada Hakiem. "Apa nie, Maisarah?". Hakiem kehairanan. "Nota yang aku dah siapkan untuk hang sepanjang seminggu untuk belajar sambil bermain nanti!". Jawab Maisarah. "Terima kasih Maisarah, kerana ambil berat terhadap otak aku yang lembab ni". Hakiem berkata sambil tersengih. "Memang pun". Laju gadis itu menjawab sambil tertawa kepadanya.
Akhirnya kedengaran arahan pegawai pasukan mengarahkan semua pemain menaiki bas. Bas pun bertolak keluar dari perkarangan stadium. Kelihatan Maisarah masih di sisi kereta Honda Jazz sambil melambai kearah bas. Hakiem keliru sama ada lambaian itu untuknya atau Abang Irwan. Dia pun tersengih malu kerana terlebih perasan. Hakiem pun memakai 'headphone' dan mendengar lagu kegemarannya. Itulah tabiatnya jika menaiki bas untuk perjalanan yang jauh.
Share this novel