Tibalah saat yang dinanti, Perlawanan akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Semua pemain kesebelasan utama kedua-dua pasukan bersedia di terowong stadium untuk keluar ke padang sambil diiringi bendera 'Fair Play' oleh FIFA. Hakiem memakai jersi bernombor tiga.
Perlawanan akan dimulakan oleh pengadil perlawanan, Hakiem menoleh kearah astaka stadium dan dari jauh terlihat ahli keluarganya yang datang menyokongnya.
Perlawanan separuh masa pertama dimulakan dengan pasukan pelawat iaitu pasukan Sabah yang akan memulakan perlawanan. Hakiem bersedia di posisinya sambil memberi arahan kepada barisan pertahanan pasukannya.
Hakiem bergandingan dengan Suhaimie di pertahanan tengah sambil diapit oleh pertahanan kanan iaitu Hadi dan pertahanan kiri ialah Fairuz. Di bahagian tengah pula jurulatih meletakkan Akhyar, Fayadh, Daniel dan ketua pasukan mereka iaitu Abang Irwan selaku 'playmaker team'. Di bahagian penyerang pula jurulatih meletakkan Amin dan Akmal Azmi. Jurulatih Victor menggunakan formasi 4-4-2 yang mudah dalam merangka serangan pasukan.
Share this novel