Malam gemilang itu dinikmati dengan meriah oleh mereka sepasukan. Lebih manis lagi, Hakiem diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir. Selesai upacara pemberian pingat, Hakiem ingin melangkah masuk ke bilik persalinan. Azzwan sedang menantinya. Mereka berpelukan. Azwwan mengucapkan tahniah kepadanya sebelum berlalu pergi. Masuk saja ke bilik persalinan, semua sedang menantinya dan menyambutnya dengan meriah. Hakiem dan Irwan diminta memberi sepatah dua kata. Hakiem berterima kasih kepada pihak pengurusan, barisan kejurulatihan dan rakan sepasukan kerana memberi komitmen yang penuh sehingga berjaya menjadi Juara Piala Presiden.
Selesai menyiapkan diri Hakiem melangkah keluar dari bilik persalinan. Kemudian dia berselisih dengan Datuk Aziz iaitu ayah kepada Maisarah. Sememangnya Datuk Aziz sedang menantinya. "Tahniah Hakiem!. Siap sedia untuk pasukan utama tahun hadapan. Saya akan menyakinkan pengurusan pasukan utama untuk menyerapkan awak". Datuk Aziz memberi harapan kepadanya. "Terima kasih Datuk. Saya sudah siap". Hakiem menjawab dengan yakin. Hakiem berlalu keluar dari stadium untuk mendapatkan keluarganya.
Melangkah sahaja keluar, air mata gembira mula berlinangan. Dia berlari mendapatkan ibu dan ayahnya yang sedang menantinya. Anak beranak itu mula berpelukan. Hakiem mencium kedua orang tuanya dan mengucapkan terima kasih kerana sentiasa menyokongnya. Ahli keluarganya yang lain turut mendapatkan Hakiem dan mengucapkan tahniah kepadanya. Matanya melilau mencari sosok tubuh yang juga sentiasa menyokongnya. Kemudian ibunya menegur. "Cari siapa tu? Tuh di belakang kamu tu Hakiem!". Ibunya menunjukkan kepadanya. Hakiem tersengih dan menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal itu lalu memusingkan badannya untuk mendapatkan gadis itu.
"Hye, kenapa sedih tu Maisarah?". ujar Hakiem kepada Maisarah yang sedang mengusap air mata gembiranya. "Mana ada sedih, aku gembira la atas kemenangan hang dan abang aku juga pasukan nie". balas Maisarah. " Terima Kasih Maisarah. Kejayaan ini juga aku ingin berkongsi dengan hang". Hakiem berkata kepada gadis yang sentiasa menyokongnya.
Selesai, menghantar kelurganya ke kereta sambil ditemani Maisarah terus mereka berdua bergerak ke bas pasukan yang bersedia bertolak pulang ke hotel. Mereka berpisah di situ. Sampai saja di bilik Hakiem merebahkan badannya ke katil. Kemudian tanpa sedar dia mengalirkan air mata gembira. Hadi dan Fairuz kehairanan dan mendapatkan sahabat mereka itu. "Woi, Hang gila ka, dok tak dok teriak sorang-sorang". Tanya Hadi. " Aku gembira Hadi, Fairuz. Allahamdulillah aku diberi kesempatan merasakan kejuaraan ini bersama pasukan dan hampa dua yang banyak susah dan senang bersama kita sepanjang latihan". Luah Hakiem kepada sahabatnya itu. Mereka bertiga berpelukan.
Share this novel