"Hakiem Ikhmal Bin Shafizan kemari kamu!" , jerkah Puan Hasnah atau dikenali sebagai Mak teh itu memanggil anaknya. "Surat pemilihan apa nie?". Tanya Mak Teh lagi kepada anaknya itu. Kemudian, Hakiem pun menceritakan hal sebenar.
"Baiklah, Mak izinkan kamu bermain tapi jangan lupa kepada pelajaran kelak!". Tegas Mak Teh ketika berbicara kepada anaknya. "Baik, terima kasih Mak". Balas Hakiem dengan menyembunyikan kegembiraan setelah berada di dalam dilema takut dimarahi ibunya yang lebih mementingkan pelajaran.
Lantas, Hakiem terus mencapai kasut futsalnya lalu menunggang motorsikal Yamaha model LC135 kepunyaannya menuju ke gelanggang futsal. Itulah aktiviti harian Hakiem bersama sahabat futsal di komuniti setempat. Di gelanggang itulah pertama kali dia bertemu Azzwan yang baru berpindah ke kawasan itu dan bersahabat sehingga sekarang.
Share this novel