Chapter 14 (Harapan)

Adventure Series 1117

Tamat sudah jelajah perlawanan persahabatan dengan keputusan dua kemenangan dan satu seri. Hari terakhir di hotel sebelum bertolak pulang ke Alor Setar semua pemain di beri pelepasan bebas untuk melakukan aktiviti masing-masing.

Hakiem hanya keseorangan di dalam bilik mengulang kaji nota yang diberi Maisarah. Hadi dan Fairuz telah bergerak keluar untuk menonton wayang bersama rakan pasukan yang lain. Ketika sibuk mengulangkaji, dia bersa lapar. Lantas dia pun menyalin pakaian untuk keluar mencari makanan bagi memenuhi perutnya itu.

Hakiem memasuki restoran India Muslim berdekatan hotelnya dan terserempak dengan jurulatih Victor. Mereka pun makan bersama pada tengah hari itu. Selepas makan, Jurulatih Victor pun berkata kepada Hakiem. "Permainan awak sangat sesuai dengan taktikal saya, jadi saya harap awak bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menjadi pertahanan yang terbaik". "Baik, Coach!". Balas Hakiem sambil menahan reaksi gembiranya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience