Chapter 24 (Saat Gemuruh)

Adventure Series 1117

Esok malam adalah hari di mana Hakiem dan rakan sepasukannya bakal membuktikan kemampuan permainan mereka di pentas akhir. Selesai sesi taklimat pasukan tadi mereka semua melangkah masuk ke bilik hotel masing-masing. Hakiem diberi penerangan berkaitan taktikal pasukan lawan terutamanya berkaitan penyerang pasukan lawan iaitu sahabat baiknya Azzwan. Melalui pengamatannya berkaitan video permainan serangan lawan sebentar tadi, jelaslah Azzwan telah mengembangkan cara permainannya dan terlihat lebih ampuh.

Hakiem membaringkan badannya di atas tilam, sebelum kedengaran telefonnya berdering. Hakiem melihat nama pemanggil yang tertera di skrin gadget sambil tersenyum lalu dia menyambut panggilan tersebut. "Assalammualaikum, Apa khabar orang di sana?". Hakiem menjawab panggilan itu. "Waalaikumussalam, orang di sini sihat sahaja". jawab Maisarah. Maisarah menyatakan yang dia telah sampai di hotel bersama ayahnya. Hampir sejam mereka bercakap melalui telefon. Hakiem merasa hilang sebentar tekanan atau gemuruh menjelang perlawanan esok. Kemudian, Maisarah memutuskan panggilan tersebut untuk memberi laluan untuk Hakiem beristirehat.

"Amboiii, sakan kawan kita bergayut Hadi, kita ketuk pintu bilik pun tak dijawab. Mujur hang ada kunci kedua, tidak tidur dekat depan pintu tu la kita malam nie". Fairuz memerli Hakiem. "Aduh, sorry guys". Hakiem meminta maaf atas kesalahannya itu. "Apa sorry-sorry! Sorry-sorry naik lori la". Fairuz memarahi Hakiem. Hakiem hanya mampu tersengih seperti kerang busuk. "Sabaq fairuz, kawan tengah angau tu". Sekali lagi Hakiem diperli oleh rakannya itu. "Dah-dah jangan dok berleter panjang sangat, jom kita tidur. Esok awal pagi ada 'light workout' tau, nanti tak pasal tiga-tiga orang tak turun sebab terlajak tidur. Akhirnya ketiga-tiga mereka menarik selimut dan mencuba melelapkan mata walaupun berdebar-debar menanti hari esok.

Hakiem mengimamkan solat subuh. Lantas mereka bersiap-siap untuk sesi 'workout' di bawah hotel. Selesai 'workout', Jurulatih kecergasan memeriksa tahap kebersediaan fizikal semua pemain terutama pemain utama. Hakiem dan rakan biliknya melangkah ke lif hotel. Mereka balik ke bilik bagi menyalin pakaian sebelum turun untuk menikmati sarapan pagi yang disediakan hotel. Tiba-tiba terdengar suara memanggilnya dari belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience