Tiga sekawan itu pun laju melangkah ke Kedai Sukan. Melangkah masuk saja, terus tersempak dengan ketua pasukan mereka iaitu Abang Irwan. Mereka pun bergerak mencari barang masing-masing.
Selesai membayar, Abang Irwan mendatangi mereka dan mengajak mereka untuk lepak bersamanya dahulu di kedai 'Coffee Bean'. Hal ini kerana Abang Irwan sedang menunggu untuk mengambil adiknya yang menonton wayang. Merekalah yang menjadi mangsa untuk menemani ketua pasukan mereka itu.
Sedang leka mereka berborak. Kedengaran suara perempuan menegur Abang Irwan dari belakang. Tergamam Hakiem, yang dilihatnya adalah Maisarah iaitu rakan sekelasnya. "Perkenalkan Maisarah ini Hadi, Fairuz dan Hakiem. Rakan sepasukan abang bagi musim baru nanti". Abang Irwan memperkenalkan mereka kepada adiknya iaitu Maisarah.
Share this novel