Bab 13

Romance Series 9860

"Abang nanti lepas sekolah kita pergi jalan2 tau!!" "Okay..dah masuk cepat". "Okay, bye". Erlena salam abangnya dan terus masuk ke sekolah.

Munirah yang perasan Erlena sudah masuk ke sekolah terus menegurnya. "Lena, siapa tu?" "Siapa,apa?" "Yang hantar awak tadi tu." "Ouh..hmm abang saya. Keluarga saya balik kampung semalam" "Ouh..tak pernah nampak dia" "Dia dah banyak kali datang lah.. tapi sebelum awak kawan dengan saya. Sebab tu awak tak pernah nampak". Munirah tersengih.

...

"Eh, Ira!",panggil Atika. "Kau nak apa?",Munirah betul2 malas nak layan Atika. "Aku nak tanya something" "Apa dia? Tolong cepat sikit, aku ada hal" "Ergh! Ni kau kan kawan baikk betina tu...." "Siapa 'betina' tu?",Munirah buat2 tak faham. "Haish Erlena lah. Aku nak tanya dia tu anak orang kaya ke? Dia ada abang?".Munirah berasa aneh dengan pertanyaan Atika. Adakah ada udang di sebalik mee? "Asal kau nak tahu pasal Erlena pula ni?" "Jawab jelah bila aku tanya!" "Kalau kau nak tahu, kau tanya ar dia sendiri! Allah dah bagi kau mulut untuk bertanya, kaki untuk berjalan. So, tanya sendiri!!". Munirah terus berlalu. Atika berasa geram dengan sikap Munirah yang semakin mencabarnya.

...

Atika seperti minat abang Erlena. Dan dia mula berfikir kalau, Erlena orang kaya dia mesti cari jalan untuk berbaik dengan Erlena. Atika seperti ingin mengikis duit Erlena dan mahu mendekati abang Erlena. Sekejap saja hatinya melupakan Adam.

Ketika sibuk berfikir akan rancangannya, Atika ternampak Erlena duduk di bangku sekolah. Atika tersenyum dan mula mendekati Erlena.

"Erlena..". Erlena menoleh. "Errr..Atika?" "Erm..saya datang sini bukan nak gaduh tapi nak minta maaf dengan awak. Saya minta maaf sebab buat awak haritu. Saya maki awak, saya tampar awak and semuanya lah. Im sorry". Erlena terkelu. Dia benar2 buntu. Apa yang harus dia lakukan? Maafkan Atika? Atau tidak? Erlena ragu dengan sikap Atika seperti ada sesuatu yang tidak kena. Tapi apa?. Erlena mula bersuara. "Err..Ika saya ada kerja kat kelas. So saya pergi dulu eh. Bye"

Atika kaku. Hatinya mula mendidih. "Dasar perempuan sial! Aku minta maaf, kau buat macam ni?! Kau ingat aku nak sangat ke minta maaf kat kau? Nak lemah lembut kat kau?! Huh!", Atika merengus kasar.

....

*Kring!! Kringg!!!*

Bunyi loceng tamat waktu akhir matapelajaran. Semua berpusu pusu keluar dari kawasan sekolah. Ketika menunggu abangnya sampai, Erlena berborak dengan Munirah.

"Erm..Ira. Tadi kan Atika ada jumpa saya then dia minta maaf atas kesalahan dia. Tapi saya diam jer.." "Kenapa awak diam?" "Sebab saya rasa pelik dengan sikapnya. Saya rasa macam ada something yang dia cuba nak buat" "Ya, saya pun rasa begitu." "Apa maksud awak?",tanya Erlena. "Sebab pagi tadi dia ada tanya awak ada abang ke? Lepastu dia tanya awak ni anak orang kaya ke?". Erlena terkejut. "Lepastu awak cakap apa, Ira??" "Saya suruh dia tanya awak sendiri, sebab Allah dah bagi dia mulut untuk bertanya kan?!". Erlena menggeleng-gelengkan kepalanya. "Jawapan yang relevan" "Hahahah".

Pin pin!!

Kereta yang dipandu Aliff sudah berhenti di tepi jalan. "Ha okaylah Ira, saya balik dulu. Assalamualaikum, bye!" "Waalaikumussalam..". Erlena melambai tangannya kepada Munirah setelah masuk ke dalam kereta.

.....Di dalam kereta

"Kawan adik ke tu?" "Haah" "Oh, tadi ada kawan adik tegur abang, sebelum abang sampai tadi. Dia minta tumpang tapi abang tak berani nak bagi.." "Hah? Kawan adik? Siapa?" "Erm..tak silap abang, nama dia Atika." "What??! Atika??". "Laa yang terkejut macam beruk ni kenapa?" "Abang!! Abang lupa ke siapa Atika tu? Dia musuh adik lah, yang buat adik tuhh!!" "Laaa yeke? Sorry.. tapo dia okay jer dengan abang..lemah lembut jer" "Banyak lah lemah lembut dia. Pura2 je tuh!"

"Kenapa adik cakap macam tu?" "Abang, dia tadi tiba2 je nak baik dengan adik pastu tadi kawan adik yang kat bus stop tu cerita yang dia tanya adik ada abang ke? Adik ni anak orang kaya ke?".Aliff terkejut. "Habis kawan adik tuh cakap apa?" "Dia cakap tanya adik sendiri sebab Allah dah bagi mulut untuk bertanya". Meletus ketawa Aliff. Erlena tersenyum. "Boekk arh kawan adik tu!" "Kan?! Mulut dia boleh tahan auu!!!". Kereta itu bergema dengan gelak tawa kedua adik beradik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience