Bab 33

Romance Series 9860

"Awak buat apa tadi?",tanya Adam pada Munirah. Untuk hilangkan rasa malu dan berdebar di dada, Adam tukar topik.

"Buat apa, apa?"

"Tadi lah sebelum saya datang sebab tadi saya dengar bunyi bising"

"Ouh, tu saya tengah belajar buat kek"

"Ohh..Lena?"

"Kenapa dengan Erlena?"

"Errr...tak ada apa2 lah"

"So, how your relationship?"

"Maksud awak saya dengan Hannah?"

"Oh, nama dia Hannah rupanya..cantik sangat nama diaa"

Tak tahu kenapa, kata2 Munirah seperti perli dia. Adam sedapkan hati.

"Ha okay jer"

"Dah fikir pasal Erlena?"

"Fikir apa?",soal Adam.

"Yelah, Lena kan suka awak. Takkan tak fikir apa2 pula. Manalah tahu awak nak putuskan hubungan awak. Saya ni bukan apa tau, saya tak kesah pun pasal awak dengan Hannah tapi pasal Erlena. Dia sebenarnya sedih tapi dia diam dan tetap senyum walhal saya tahu dia sedih. Saya harap awak faham. Saya tak nak paksa awak saya cuma nak persahabatan kita seperti dulu, selalu dengar gelak tawa Erlena.."

"Hurm. Kita tetap jadi seperti dulu. Awak jangan risau Ira.."

"Betul kita akan jadi seperti dahulu?",tanya Munirah untuk kepastian.

"Ya betul!"

..

Berlalu seminggu..

"Assalamualaikum, Lena!"

"Waalaikumusalam, ya?",jawab Lena dengan panggilan dari Adam.

"Jom kita keluar hari ni!"

"Apa awak cakap?"

"Saya cakap mari kita keluar hari ni!"

Serious aku tak salah dengar kan! Adam ajak aku keluar? Erlena tampar dirinya 2 3 kali. Asal rasa sakit? Aku tak mimpi!!

"Kita berdua?"

"Yelah, nak ajak Ira pun tak apa, saya tak kesah"

"Erm Ira keluar dengan kawan dia. So kita berdua lah..",jawab Erlena girang.

"Haa yelah. Dalam setengah jam saya ambil awak. Bye!"

Setengah jam? Err...Dengan pantas Erlena bersiap.

...

Pin pin!!

Adam sudah sampai. Erlena masuk ke dalam kereta.

Dalam perjalanan...

"Kita nak pergi mana?", Erlena pandang Adam dengan kening terangkat.

"Secret..",jawab Adam yang berbisik di telinga Erlena. Sungguh ia sangat rapat.

Erlena pandang ke luar tingkap. Nafasnya turun naik. Muka dia sudah merona merah.

Adam senyum apabila melihat muka Erlena yang sudah bertukar warna merah.

"Kenapa muka merah tu?"

"Haa? Mana ada merah. Ni ssaya cuma panas jer..",gagap Erlena menjawab.

"Kut ye pun jangan lah gagap. Muka tu dah macam tomato!"

Erlena letak kedua tapak tangan di pipinya.

"Dah lah pandu je kereta tu. Jangan nak usik saya ehh"

Terlepas ketawa Adam.

Comel, desis hati Adam.

..

Shopping mall. Buat apa kat sini?

"Awak nak beli apa kat sini?"

"Kita pergi tengok wayang nak?"

Erlena senyum. "Nak!!"

'The Conjuring 2' yang dipilih oleh Adam.

Apabila keluar hantu secara mengejut..
Erlena terpeluk lengan Adam.

Lengan Adam tu bagai pelindung dia dari melihat hantu. Kadangkala Erlena menjerit kerana terkejut.

Adam kaku. Sungguh dia berasa berdebar.
Jantung ni bagai nak terkeluar saat Erlena peluknya.

..

Lengan Adam berasa kebas kerana Erlena.
Dari tadi dia asyik renggangkan lengannya. Erlena yang sedang melihatnya rasa bersalah.

"Awak okay?" "Ya saya okay.."

"Sure? Sorry sebab saya tangan awak sakit."

"Eh no! Tak apalah saya okay je ni. Nak makan apa?"

"Erm, nandos..awak belanja!",kenyit mata sikitt. Hehehe.

"Yelah. Nak baju wedding pun saya bagi.",kata Adam.

"Serious lah! Kalau macam tu saya nak cincin permata yang cute miut tu, boleh?"

"Boleh..",jawab Adam yang layan karenah Erlena.

..

"Erm sedapnya.."

"Sedap lagi bila saya pandang awak!", kata Adam selamba.

Mata Erlena terbuntang.

"Pickupline?"

"Eh tak. Pickup hati awak!"

"Ish dia ni!"

"Hahaha. Awak kalau saya ajak kahwin nak tak?", soal Adam.

"Hahaha okay ni lawak sampai ayam ni berjoget kuda kepang."

Adam sengih lalu ketawa.

"Seriouslah..",Adam mula serious.

"Seriouslah ni. Kan ayam?"

"Jom.."

"Jom apa awak?"

"Jom kahwin!"

Erlena tersedak minum air. Mamat ni gila betul!

"Awak okay tak?"

"Okay.. kahwin? Seriously? Habis awek awak macam mana? Kang tak pasal2 saya kena cepukk!!"

"Eh, suka hati saya lah nak kahwin dengan siapapun. Dia nak sibuk apahal!"

"Adam tak baik tau!!!"

"Hehehe, saya dah...."

"Adam!!!!",laung Hannah dari jauh dan semakin dekat. Rupanya dengan kemesraan mereka ada yang perhati.

Erlena dan Adam serentak menoleh ke arah empunya suara.

"What are you doing here? And siapa betina ni?!"

"Hannah! Behave you mouth!"

"Do i care? Hey perempuan asal kau ganggu boyfriend aku. Kau tahu tak muka kampung kau ni layak kat bawah jambatan sana! Kau blah sekarang!!!"

"Hannah!!!"

Semua disitu menyaksikan 'drama' mereka.

"Sorry, miss? I apa? Bawah jambatan? Habis you apa, menjerit macam pontianak jer", Erlena menahan kesabarannya. Sabar Lena.

"Kurang ajar!!!", jus oren yang masih ada disimbah ke arah Erlena.

Semua disitu tercenggang.

"Enough Hannah! You dengan i dah tak ada apa2! You're too much!!".

Adam lap muka Erlena. Dan dia tarik Erlena hingga hadapan toilet.

"Awak lap baju awak tu. Saya pergi beli baju baru.."

"Takpelah Adam.."

"Erlena, please dengar cakap saya.. Sekejap jer saya pergi beli"

..

Blouse pink pastel sudah berada di tangan Erlena. Cantik juga baju ni. Tanpa berlengah Erlena sarungkan baju itu pada badannya.

Adam sabar menanti Erlena.

"So how? Cantik tak?"

"Nice. Pretty!"

Adam gembira melihat Erlena yang senyum.

"Sorry.. saya minta maaf sangat2 pasal Hannah tadi. Saya tak sangka dia buat awak macam ni.."

"Erm takpelah Adam. Saya okay jer!"

"Macam ni lah. Good gurl!! Sayang awak!!"

Sayang awak? Apa maksud Adam?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience