Bab 32

Romance Series 9860

Sudah beberapa hari Erlena keluar wad. Erlena masih lagi berehat di rumah. Ialah dia saja bos kat ofis, so nak cuti bila-bila pun boleh. Haha.

Sedang asyik menonton televisyen sambil makan strawberi, tiba-tiba dia terdengar ketukan bertalu-talu tapi perlahan.
Siapa datang? Haih, nak buka ke tak nak? Ira mana?

"Ira?!"

"Haa??",jerit Ira yang sedang bereksperimen di dapur. Entah apa dia buat duk ketang ketung, bising sangat bunyi periuk berlaga.

"Tak ada papelah. Sambung kerja kau"

Dengan malasnya, Erlena berdiri dan kepalanya dilitupi selendang yang tergantung di kerusi. Nasib baik ada tudung!

"Adam?"

"Hai.. awak dah okay?"

Erlena masih kaku. Jarang Adam ni kunjung rumah ni lagi-lagi sejak kebelakangan ini. Ni datang mesti sebab aku sakit jer kan. Ergh.

"Erm Alhamdulillah dah sihat. Awak nak apa?"

"Saja nak datang melawat",masih dengan senyuman manis.

Adam masih tercegat di luar, yelah tuan rumah tak bagi masuk lagi. Yang si Erlena ni kenapa pula duk tenung aku? Aku ada buat salah ke?

"Lena? Eh, Adam! Bila awak sampai?"

"Baru saja, Ira"

"Jemput duduk kat meja halaman ni ha! Sorrylah, teruna tak boleh masuk rumah dara.",gelak Munirah dan Adam.

Erlena hanya senyap memperhatikan rakannya.

"Awak nak minum apa?",tanya Munirah.

"Tak kisahlah. Asalkan sedap!"

"Eh eleh dia ni. Cepuk kang. Saya ni masak apa jer sedap tau!"

Erlena senyum tanpa sedar. Kan best kalau macam ni tiap-tiap minggu. Dia teringat kembali waktu-waktu macam ni dia, Adam dan Munirah mesti hangout bersama. Bergelak sakan. Tapi sekarang... semua dah berubah.

"Sat saya buat air ribena. Hehe"

"Ribena?",tanya Erlena yang dah sengih nampak gigi.

"Ya, saya buat untuk awak sekali!"

"Thanks, Ira! Buat banyak2 tau! Love you!!"

Munirah hanya masuk ke rumah dengan gelengan kepala. Erlena kadangkala sifatnya sungguh keanakkan.

..

Berdua dengan Adam di luar ni buat bulu dia meremang. Tak marah ke awek dia? Yelah, si kekasih hati datang rumah dara. Nanti ada juga drama menangis rindu dan marah. Haihh.. kesian!

Erlena sudah jauh terfikir masa depan. Bukan masa depan dia tapi Adam dan aweknya. Hahaha.

"Erm, awak marah?", Adam mulakan perbualan mereka.

"Marah? For what?", Erlena buat2 tak faham.

"About me and my girl...."

"Ouh yang tu. Entahlah, tu life awak kan. Buat apa saya nak marah. Awak yang tentukan pilihan awak bukan saya!", Erlena masih menipu Adam walaupun Adam tahu segalanya.

"Ni awak datang rumah saya ni, awek awak tak marah ke? Manalah tahu nanti ada yang meroyan. Saya tak nak masuk campur hubungan awak."

"Ha its okay..", kalau Erlena masih mahu menipu dia, so kira adil lah dia tipu Erlena yang dia dah 'breakup' dengan Hannah.

"Okay, nah air dah siap!!"

Erlena teruja dan berlari mendapatkkan air.

"Wahhh sedapnya Ira!!".
Dengan langkah yang laju, Erlena mahu duduk di bangku yang terletak di sebelah Adam. Dan tiba2 dia terpijak batu dan hampir nak jatuh.

"Arghh!!",jerit Erlena kuat. Erlena rasa jasadnya bukan diatas tanah. Tapi... Erlena buka mata. Adam! Ya, Adam sambut Erlena. Fuhhhh nasib baik sempat!

Lama mereka begitu. Mata Erlena dan Adam bersabung. Munirah yang dari tadi memerhati mula berdehem perlahan.

Kelam kabut Erlena dan Adam memperbetulkan diri mereka. Kekok.

"Saya masuk dululah. Err nak bbuat something. Bye!!!", laju Erlena masuk ke rumah.

Adam merona merah. Apatah lagi Erlena yang muka sebiji macam tomato.

"Ada orang dilamun cintakah disini?", setempek pertanyaan dari Munirah.

"Errrr",Adam tak tahu nak balas apa.

..

Papp!!! Pintu bilik ditutup rapat.

"Haish!!! Macam mana boleh berpelukan macam tu?", Erlena ketuk kepala sendiri.

Dia mula terbayang balik aksi drama mereka. "Arghh!! Malunya!!!! Macam mana ni??!!"

"Merah tak muka aku??"

Dia berjalan pantas ke cermin.
"Ya Allah!!! Merahnya!! Tomato!!"

Masuk tandas cuci muka jap. Kena hilangkan merah ni! Wajib!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience