Bab 38

Romance Series 9860

Erlena memang terpukau akan keindahan kota Okinawa ini. Cantiknyaa!! Bunga sakura memang banyak gila! Ha selfie time!

"Abang!",kata Erlena lalu tarik lengan suaminya.

"Ya?" "Jom selfie!"

"Selfie? Tak naklah. Sayang jelah eh!",kata Adam lalu sambung berjalan. Erlena terpinga pinga. Dia ni kenapa?! Gedik betul! Selfie jer pun pastu tinggalkan aku. Okay fine!

Mood selfie hilang. Erlena mengejar Adam yang sudah jauh di hadapan. Sampai saja di sisi Adam Erlena buat muka selamba.

"Kata nak selfie. Selfielah..". Erlena hanya membisu dan merenung keindahan alam semulajadi.

"Sayang?". Still senyap. Erlena sudah bergerak laju sedikit. Adam berasa pelik. Dah kenapa pula? Masam jer muka, aku tegur buat tak tahu saja. Haih..Lena nasib baik sayang!

Erlena mula tangkap gambar keindahan alam semulajafi dengan kamera Canonnya. Cantik! Adam hanya diam perhatikan tingkah laku Erlena. Dia marah aku ke? Apa salah aku?

"Wahh cantik! Hoho.. eh ada burunglah kat gambar ni.. ",kata Erlena seorang diri. Senyuman Erlena semakin melebar apabila gambar Adam yang tengah berdiri di sebelah pokok sakura direnung. Haih..dapat satu! Dia tak nak selfie! Baru nak buat kenangan.. Hurmm.. Tak sporting betul lah dia ni.

"Sayang?". Dengan pantas Erlena tutup kamera lalu berjalan.

"Sayanggg!",laung Adam. Apahal ni? Adam mengejar Erlena.

"Sayang kenapa ni?"

"Nak makan. Jomlah kita pergi. Tak menarik dah kat sini bukannya ada kenangan kita pun!",sindir Erlena. Adam seakan faham. So dia nak bergambar lah ni.. Haih!

"Sayang jom tangkap gambar",ajak Adam.

"Tak nak. Dah tak ada mood"

"Sayangg" "Jom makan"

"Sayang please..",Adam buat muka rayunya. Comel. Tapi ish!!

"Abang selfie lah sorang2!" "Nur Erlena Aisyah! Janganlah macam ni. Sayang kan nak abang selfie!",kata Adam tegas. Keras kepala betul lah isterinya ni.

Erlena terkejut. Dia kaku. Matanya masih bulat pandang Adam. Marahnya Adam. Macam ni ke dia nak pujuk aku? Hurmm..nasib kaulah Erlena dapat suami macam ni.

Adam mendekati Erlena yang diam membisu kerana terkejut. "Sayang?"

"Err tak..tak apalah. Sssaya nak makan!",pilunya hati aku. Memanglah nak gambar bersama tapi perlu ke dia marah aku? Paksa aku? Sedihnya hati! Lelaki memang macam ni eh?!

"Okay!"

..

Dari mula masuk kereta sampailah oder makanan, Erlena membisu. Bukan tak ada benda jak cerita mapah banyak sangat tapi disebabkan tadi aku masih terasa. Adam mula rasa gelisah dan bersalah.

Telefon di tangannya dipandang, Adam yang depan mata buat tidak nampak! Sakit hati!
Baru Adam nak bersuara, makanan sudah sampai.

Selesai saja makan, Adam bertanya kepada Erlena "Sayang okay tak ni?"

"Hurm" "Sayang, jangan buat abang macam ni please!!"

"Buat apa, apa?"

"Sayang dari tadi diam jer tak bercakap pun. Kenapa ni?"

"Yeke? Tak ada apa!"

Adam sudah buntu. Tak tahu nak pujuk macam mana dah.

..

Mereka pulang ke hotel untuk berehat dan menunaikan ibadah. Selesai sahaja solat, Erlena terus tidur. Penat.

Adam menyelimutkan isterinya. Perlahan lahan dia kucup ubun isterinya. "Tidur dengan tenang ya..". Lalu Adam peluk isterinya dan tidur.

Selepas dua jam lebih dia tidur. Apa benda peluk aku ni?bisik hati Erlena. Perlahan-lahan Erlena mendongak kepala sedikit. Adam.

Erlena senyum lalu membalas pelukan tersebut. Hidung mancung suaminya ditarik perlahan takut tersedar.

"Dahlah poyo, orang ajak bergambar sebab nak buat kenangan dia boleh pula tak nak! Entah2 dengan Hannah mesti banyak sangat bergambar kan?!",bebel Erlena perlahan. Erlena tidak sedar bebelannya dapat didengari oleh Adam.

Adam berdehem perlahan dan buat2 tersedar. Erlena tutup mulut lalu pura2 tidur. Dia dengar ke?,bisik hati Erlena.

Adam tersenyum tengok Erlena. Aduh sumpah lawak! Comelnya muka isteri aku ni!!! Adam mencium dahi Erlena lembut. Erlena masih pura2 tidur. Adam bergerak ke pipi Erlena pula. Lalu, apabila bibir Adam mahu mendarat di bibir Erlena, Erlena buka mata. Memang betul2 sikit saja lagi.

Adam senyum lalu meneruskan niatnya sebentar tadi. Erlena dengan mata bulat dan kaku.

"Comel sangat ke buat mata bulat tu?"kata Adam.

Erlena menjeling lalu duduk. "Dahlah ambil kesempatan tak reti minta maaf pula tu. Nak ambil gambar sombong en, entah2 banyak sangat bergambar dengan Hannah sampai dengan isteri pun tak nak!!!!",marah Erlena. Akhirnya, terluah juga segala isi hatinya.

Adam senyum kelat. Pedasnya ayat isterinya.

"Sayang..abang.."

"Dahlah.. Lena nak mandi. Awak pergilah sambung tidur sana!"

Haihh..

..

Makan malam hanya bunyi sudu dan pinggan berlaga. Adam buntu. Erlena pula masih dengan rajuknya. Erlena rasa pelik akan dirinya sekarang, biasa Adam pujuk sekali dah okay ni tak. Erm maybe kali ni Adam tak sungguh kutt.

"Jom!",ajak Adam apabila sudai selesai makan.

"Balik hotel?",Erlena berharap sangat agar Adam bawa p jalan2.

"Taklah kita jalan2 kat street tu"

Dingin sungguh malam ni. Berjalan kat bawah pokok ingat berdua jer dengan Adam rupanya ada pasangan lain. Cantikknya bintang kat langit.

Mereka berhenti berjalan lalu duduk di bangku. Erlena asyik dengan bintang dan bulan malam ini. "Bintang tu paling besar!!",kata Erlena seorang diri.

Pom! Pomm!! Pomm!!!

Bunyi mercun di langit menarik perhatian mereka berdua. Mata Erlena bersinar.

"Wahh!!! Cantiknya!!!!"

"Hurm.."

"Alaaa dah habis! Kejapnya...",kata Erlena dengan nada kecewa.

"Esok kita tengok lagi nak? Abang dengar ada pesta bunga api kat mana tah?! Lupa pula"

"Seriouslah? Wahh bawa ayang pergi sana esok!!"

"Serious.. okay"

Dengan perasaan yang gembira mereka pulang ke hotel setelah menonton bunga api yang tak sangka ada malam ni.

..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience