Bab 21

Romance Series 9860

Atika berjalan ke arah Erlena yabg sedang membaca buku di pondok. "Hey!". Erlena menoleh ke arah Atika lalu sambung baca buku. "How exam? Boleh ke jawab??". Erlena berasa aneh dengan pertanyaan Atika. "Ya. I can do it!",jawab Eelena bersahaja. "Yeke boleh buat?". "Yelah. Tak dengar ke saya cakap tadi? And now please don't disturb me. Saya nak baca buku.". Atika senyum sinis.

"Haish tak payahlah nak tunjuk baik. Camne eh kau boleh jawab exam bila mak ayah kau dah tak ada? Takde support pun. Sian mak ayah kau, yelah anak kat dunia macam sampah! Menggatal dengan lelaki pastu acah bagus. Kau ni dasar perempuan murahan kan. Sampah!!". Erlena tahan geram dan cuba bersabar. Memang dia dah agak Atika datang untuk cari gaduh. "Asal diam? Oh aku salah cakap eh?! Part mana ek aku salah? Oh aku dah tahu. Part mak ayah kau! Entah2 mak ayah kau pun sampah but LORI SAMPAH AND TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH!!!". Tanpa berlengah lagi, kesabarannya pun hilang. Pangg!!!! Hinggap satu tamparan yang kuat di pipi Atika. Atika jatuh terduduk.

"Atika!", Adam berlari mendapatkan Atika. "Okay tak?", Adam bantu Atika berdiri. "Erlena. Apa awak buat ni? Awak dah gila ke tampar anak orang? Kalau stress sangat yang kakak awak tak balik perlu ke lepaskan kemarahan awak kat orang lain? Perlu ke?!", marah Adam. Erlena berasa Adam tidak adil kerana Adam tidak tahu perkara yang sebenar. "Awak jangan nak tuduh saya melulu tanpa usul periksa. Tanya Atika apa yang dia dah buat! Tanyalah!!".

Munirah berlari mendapatkan mereka bertiga. "Apa jadi ni? Erlena? Adam? Atika?". "Tanyalah Atika tu!!",kata Erlena tanpa pendulikan pertanyaan Munirah. Semua tumpu ke arah Atika. "Apa awak cakap ni Lena? Adam, Ira..saya cuma tanya dia exam dia boleh jawab ke tak? Lepastu dia tampar saya. Mungkin sebab dia berdendam dengan saya kut takpun dia nak lepaskan kemarahan dia!". Erlena senyum sinis.

Erlena tepuk tangan beberapa kali. "Good job! Pandai kau reka cerita kan. Boleh jadi pengarah!! Hey, perempuan puaka!! Selama ni aku baik jer dengan kau tapi kau ni makin lama makin menyakitkan hati aku! Asal kau tak cakap perkara yang sebenar? Hah?!! Yang kau hina mama dan papa aku?! Kenapa?!!! Kau boleh hina aku kutuk aku tapi jangan sesekali kau hina mama dan papa aku! Ingat tu!! Mulut kau tak layak sebut nama mama dan papa aku. Jijik aku dengar! Tadi kau panggil aku sampah dan perempuan murahan. Habis kau apa? Perempuan kampung tak sedar diri?!! Atau perempuan yang tak ada maruah?!". Atika terdiam. Adam dan Munirah seakan terkejut apa yang berlaku di depan matanya. Erlena sudah berubah.

Suara Erlena yang lantang itu menjadi tumpuan pelajar yang lain. "Lena, sabar... Cuba cerita apa dah jadi? Kalau kau maki hamun pun tak guna!",kata Munirah untuk menenangkan Erlena. "Tak perlu kot tahu cerita yang sebenar. Bukannya korang percaya pun. Dan pengarah yang HEBAT kan ada di sini!!!!",Erlena tekan perkataan 'hebat' untuk menyindir Atika yang sudah takut. "Ni first and last warning! Jangan kau ganggu hidup aku lagi sebelum kau makan kaki aku!!". Erlena berlalu. Adam dan Munirah memandang Atika tertanya tanya. Apa dah jadi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience