Bab 10

Romance Series 9860

Erlena study di kelas sambil menunggu cikgu seterusnya masuk kelas. Munirah mendekati Erlena.

"Lena, awak okay?" "Erm". "Lengan awak sakit lagi ke?" "Tak",sepatah dijawab. "Awak marah lagi ke dengan Ika". Diam. Tiada respon dari Erlena. "Lena, saya bukan apa.. saya cuma tak nak awak stress and pendam perasaan" "Ira.." "Ya?" "Saya tak nak dengar nama Ika dan Adam. So please respect my request. Now saya nak sambung study". "Okay. But kenapa Adam juga?". Erlena menoleh ke arah Munirah. "Kalau saya tak fikirkan Adam, saya takkan datang dekat dengan dia and berkawan dengan dia. Tapi kalau sebaliknya Ika akan kacau saya lagi. Saya bukan pengecut tapi saya malas nak layan drama tah apa2 ni. Saya nak study for our pt3 nanti. So saya mesti jauhi Adam"
"Ohh, tapi kan Lena, Adam nak jumpa awak. Dia nak cakap dengan awak" "Ira, saya rasa awak faham apa yang saya katakan. Saya tak akan dekati Adam! Muktamad!"

"Err okayyy. Dahlah jangan marah"

...

Erlena berjalan dengan pantas walaupun namanya dipanggil oleh seseorang. Ya, seseorang itu ialah Adam. "Erlena!! Erlena!!",jerit Adam.

Adam berlari mendapatkan Erlena. Akhirnya, Adam berdiri di hadapan Erlena. Adam termengah mengah kerana penat berlari.
"Erlena, saya nak cakap dengan awak". Erlena hanya menjeling dan terus berjalan. "Erlena! Tolong lah dengar apa yang saya nak cakap! Jangan nak jadi bodoh sombong lah!!", marah Adam. Adam tak tahu apa yang telah diperkatakan tadi. Erlena berhenti berjalan. Erlena menoleh ke arah Adam.

"Apa awak cakap? Bodoh sombong?",nada suara Erlena bertukar keras. Tajam pandangan Erlena terhadap Adam. "Siapa yang bodoh sombong sebenarnya?! Awak ke saya? Awak nak cakap saya ni bodoh? sombong? Bodoh sebab apa? Ohh bodoh sebab saya ni ego tak layan awak sebab Ika? Sombong sebab saya dah tak macam dulu?". Adam kelu, dia sedar akan terlanjur katanya. "Bukan tu maksud saya.." "Habis tu apa? Awak nak cakap saya ni salah lah? Kalau macam bagitau lah 'bodoh sombong' tu untuk apa? Cakaplah!",suara Erlena semakin kasar.

"Lena, saya tak sengaja cakap macam tu. Saya tak tahu apa yang saya cakapkan tadi. Saya geram sangat dengan awak tadi. Sory". Erlena tersenyum. "Saya tak tahulah kenapa ramai orang buat salah then senang jer minta maaf. And orangnya selalunya awak!" "Lena.." "What? Nak cakap apa lagi? Dahlah Adam, malas saya layan drama tah apa2 kat sekolah ni sampai saya pun terbabit sekali. Saya tak ada kaitan lagi dengan awak dan Ika. So, please saya merayu sangat jangan ganggu saya lagi."

"Senang awak kan. Bila dah tak nak buang macam tu jer. Awak ingat saya ni barang ke? Selama ni saya kawan awak, saya ada masa awak susah. Saya yang pertahankan awak bila awak diumpat, dihina. Tapi macam ni awak balas pada saya. Fine!",Adam semakin tak tahan dengan perangai Erlena. Erlena semakin berubah. Sejak peristiwa itu, Erlena semakin tegas dia bukan dirinya seperti dahulu yang lemah lembut.

"Jadi selama ni awak tak ikhlas dengan saya? So, awak nak saya buat apa sebagai balas jasa awak? Awak nak duit? Berapa? Rm 100? Rm 300? Cakaplah berapa awak nak?". Adam mendekati Erlena dengan begitu rapat. Erlena dapat mendengar nafas Adam. "Look at me. Awak ingat apa yang saya tolong awak selama ni, nilainya sebanyak tu ke?" "Habistu? Awak nak berapa? Rm1000?". "Huh! Dengar baik2, ianya tak ternilai walaupun lebih dari berpuluh juta. Kalau awak nak balas..awak kena kawan dengan saya!". Erlena tolak Adam. "Gila! Dahlah saya nak balik. Malas nak layan orang macam awak ni!".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience