Bab 35

Romance Series 9860

"Adam Shahril Bin Rahman"

"Saya"

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Erlena Aisyah binti Zainal dengan mas kahwin sebanyak 5000 ringgit tunai..",kata tok kadi.

"Aku terima nikahnya Nur Erlena Aisyah binti Zainal dengan mas kahwin sebanyak 5000 ringgit tunai",kata Adam.

"Sah?" "Sah!" "Sah!"

"Alhamdulillah, bismillah........"

..

Erlena yang berada di samping Ermira menangis pabila sudah sah menjadi isteri Adam. Menangis akan kegembiraan dan kesedihan.

"Heyy,kenapa nangis ni? Adik akak ni kan pengantin",pujuk Ermira.

"Akak..kalaulah papa, mama dan abang Aliff ada kat sini.."

"Shuhhh...tak mau ingat kisah lama. Now,akak nak adik bahagia dengan Adam.. Janji dengan akak, yang adik akan sentiasa bahagia?"

"Janji.."

Munirah yang menyaksikan perbualan Erlena dan Ermira,hanya sebak. Yelah, kalau papa dan mama Lena ada..

..

Adam datang ke arah isterinya yang tercinta. Sesi menyarung cincin akan bermula..

Ketika Erlema menyalam dan mencium tangan Adam,ramai photographer ambil gambar.

Saat bibir Adam menyentuh dahi Erlena, Erlena rasa gembira. Adam pula rasa sejuknya dahi Erlena.

"Now,tangkap gambar bersama!!",kata seorang photographer.

..

Kenduri pula ada sebelah petang di kampung mereka berdua. Sungguh meriah dengan kehadiran sanak saudara,kawan2 dan ahli keluarga.

Erlena sungguh penat kerana asyik senyum sampai jadi senyuman plastik. Adam masih disisi Erlena.

Adam melihat Erlena sudah penat.

"Okay tak?",bisik Adam.

"Saya penat lah awak. Saya rasa sakit kaki",adu Erlena.

"Hurm..sikit je lagi ni. Tahan ya sayang. Nanti malam abang urut kaki"

..

Selesai saja cuci pinggan Erlena pergi ke ruang tamu di rumah mertuanya. Dia melihat Adam busy berborak dengan ahli keluarga. Tak nak kacaulah, baik aku tidur.

Erlena sudah baring. Argh penat gila! Belum terlelap lagi, pintu bilik dibuka dari luar.

"Sayang? Nak tidur dah ke?"

"Hurm..baru jer nak tidur. Kaki saya sakitlah",Erlena mahu menuntut janji suaminya yang ingin mengurut dia malam ni. Kaki sakit gila.

"Sakit lagi?",Adam sudah duduk di sebelah Erlena. Erlena hanya mengangguk.

"Awak tak nak tidur ke?",tanya Erlena. Rasa takut pula tiba2. Baru perasan yang Adam pandang dia dengan satu pandangan yang romantis. Gurp! Malam ni malam pertama!

"Adam?". "Hurmm..saya urut kaki sayang eh!",Adam sudah mengambil minyak.

"Eh takpe! Awak tidurlah..".

Adam mula menyelak seluar Erlena. Terlihat kaki Erlena yang putih. Erlena sudah merona merah.
Saat ingin mulakan urutan,tetiba Erlena duduk menghadap Adam.

"Kenapa?",tanya Adam.

"Tak..tak ada pape. A..awak tidurlah. Mesti penat kan?",Erlena tolak Adam secara perlahan.

"Tapi...",Adam tak sempat menyudahkan kata2nya. Satu kucupan hinggap di pipi Adam.

"Err no tapi2! Dah tidur!",muka Erlena merah gila! Malu! Dia tak sengaja.

"Sayanggg...". Erlena sudah baring membelakangi Adam. Malu masih ada. Panggilan Adam dibiar sepi. Adam hanya baring menghadap Erlena.

"Orang kata tak baik seorang isteri tidur membelakangi suami!"

Erlena yang mendengar terus menghadap suaminya. Erlena sengih.

"Macam ni lah.. tadi orang tu tiba2 je cium abang". Merah yang reda mula kembali di muka Erlena.

"Mmana ada.." "Sayang yang mulakan dulu, so bukan salah abang, kalau lepasni apa yang abang akan buat..",Adam kenyit mata.

"Eee gatal!!" "Gatal dengan sayang jer"

Adam semakin dekat. Erlena dapat dengar nafas Adam. Ia memang dekat. Chupp!! Satu ciuman singgah di dahi. Kemudian, pipi Erlena dan akhirnya bibir.

Erlena terbuai dengan layanan Adam pada malam itu...

...

Erlena dan Adam berjalan seiring ke ruang makan. Ahli keluarga yang lain sudah menunggu mereka berdua bersarapan.

"Lambatnya pengantin bangun..",kata Aiman,abang Adam.

Ahli keluarga yang lain hanya ketawa akan kata2 Aiman. "Amboiii, bukan main eh kenakan aku!" "Hahaha apa salahnya. Lena pula dah malu aku tengok!".

Erlena yang hanya bisu dek malu tetiba kena. Aik! Aku pun terbabit!

Adam pandang Erlena. "Malu ke?". Dengan pantas Erlena cubit lengan Adam.

"Auch! Sakitlah sayang". Erlena menjengil mata pada Adam. Aiman dan yang lain hanya senyum menyaksikan karenah pengantin baru.

"Dah dah. Meh makan. Lena..ibu masak nasi lemak jer hari ni",kata ibu Adam.

"Nasi lemak? Mesti sedap kan!". Erlena terus ambil pinggan dan cedok nasi untuk dia dan Adam. Ibu Adam hanya senyum melihat gelagat Erlena, tak berubah dari sekolah menengah. Dulu, Erlena suka datang rumah Adam dengan Munirah dan makan sama2. Haih teringat memori yang lepas.

"Sayang.." "Hmm?"

"Nak tambah nasi lagi?" "Nak!!"

Adam cedok nasi ke dalam pinggan Erlena. Ini dah masuk 2 kali Erlena tambah. Sedap!

"Tengok korang berdua ni, jeles pula aku. Nak cari bini juga!",kata Aiman.

"Hahaha..carilah. Ramai kat kampung ni. Kitaorang ni always sweet kan,sayang?"

Erlena cuma senyum. Adam ni kan! Malu lah aku.. "Eee dahlah geli aku tengok korang sweet.. baik cari bini!"

Riuh rendah dengan ketawa mereka semua di dapur.

..

Erlena masuk ke dalam bilik. Adam yang sedang main telefon dipandang. Erlena duduk di sisi suaminya.

"Abang.." "Erm?",mata Adam masih melekat di skrin telefon.

"Jom naik motor ronda2 satu kampung",kata Erlena dengan senyuman.

"Haa",itu saja yang keluar dari mulut Adam.
Erlena tak puas hati dengan respons Adam.

"Ish abang ni, telefon tu lagi penting kan?!",kata Erlena lalu keluar dari bilik. Tak ada mood nak ronda2 kampung. Apa yang seronok sangat main fon tu! Bini depan mata buat tak tahu jer.

Erlena menuju ke arah pangkin yang terletak di tepi rumah mertuanya. Lepak kat sini pun best juga.

"Ajak pergi ronda kampung je pun! Apa yang busy sangat tah dengan telefon tu. Sayang sangat telefon tu dari isteri! Eeee!!!",bebel Erlena untuk melepaskan geram!

"Abang lagi sayang isteri abang ni dari telefon. Dah tak mau merajuk. Jom naik motor!",kata Adam.

"Oi tak sayang isteri!!!!",Erlena melatah. Adam senyum. "Apa abang ni? Lainkali bagi salam lah. Pergilah main fon tu! Tak ada mood dah nak naik motor!". Merajuk. Nak tengok Adam boleh pujuk ke tak..

"Haa yelah. Abang nak naik motor dengan Aliya lah". Aliya adik Adam. Erlena jeling geram. Bukan nak pujuk lagi buat aku marah.

"Pergilah!",kata Erlena lalu masuk ke rumah semula. Baru nak melangkah, Adam tahan Erlena dari terus melangkah.

"Alaaa comelnya isteri abang ni merajuk!"
"Mana ada merajuk!"

"Habistu marah?". Sepi. "Sayanggg",panggil Adam meleret.

"Erm?" "Janganlah merajuk. Jom teman abang ronda kampung!". Erlena jatuh kesian terhadap suaminya. Haih comelnya.

Erlena senyum. Erlena merangkul leher suaminya. "Erm..tahu pun. Tapi abang kena belanja aiskrim dulu! Boleh?"

"Boleh..untuk sayang semua boleh",Adam cium dahi Erlena.

"Oi dah dahlah tu buat romantika korang! Berbulu mata aku!",jerit Aiman lalu ketawa.

Adam dan Erlena ketawa. "Alaa kau jeles en?!",balas Adam. Erlena tepuk perlahan lengan Adam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience