Bab 48

Romance Series 9860

4 hari sudah berlalu . 4 hari jugalah si Atika tu mengunjung rumah mertua Erlena . Katanya rindu nak borak dengan keluarga Adam . Huh !
Sedangkan ada niat lain . Asal nampak Adam alone kat dapur ke kat ruang tamu ke, mesti datang menyendeng . Fikir aku tak nampak ?, bisik hati Erlena .

Aku tekad hari ni kalau minah tu datang, aku bawa Adam jauh-jauh dari dia . Ni suami aku kut . Erlena mendekati suaminya sedang memakai tshirt .

"Abang.."

"Ya sayang", Adam mula mengemaskan rambutnya .

"Sayang tak suka lah Atika datang rumah ni . Sayang faham lah dia nak borak2 dengan keluarga abang tapi pada masa yang sama, dia tu asyik nak berkepit dengan abang jer .",luah Erlena . Adam memandang isterinya lalu tersenyum .

"Jealous rupanya isteri abang nii",kata Adam lalu ketawa . Darah mula menyerbu wajahnya . Malu .
Erlena menepuk lengan suaminya lalu menjauhi diri dari Adam .

"Salah ke sayang jealous ? Ke abang suka Atika menggedik dengan abang?",marah Erlena . Adam hanya ketawa melihat mulut isterinya mula muncung .

"Tak salah sayang, abang lagi suka . Boleh tengok muka merah sayang ni hari-hari ", Adam masih mahu mengusik isterinya . Erlena malas layan usikan suaminya . Dia serious tapi Adam main2 pula .

"Huh! Suka hati abang . Pergilah kat Atika tu balik . Orang cakap serious dia main2 pula",rajuk Erlena lalu keluar dari bilik . Panas . Marah . Merajuk . Lalu terdengar ilaian ketawa suaminya dari dalam bilik . Apasal sengal sangat suami aku hari ni ? Suka lah tu Atika menggedik dengan dia . Argh lantak lah, apa nak jadi.. jadi! Yang aku tahu lepas ni Atika datang aku nak blah dari rumah ni . Pergi ambil angin .

...

Seperti yang disangka, Atika datang lagi dengan buah tangan selepas zohor . Keluarga Adam menyambut Atika dengan baik . Adam, Aisyah, Aiman dan Ayah berborak dengan Atika . Aku ? Aku nak keluar bersiar-siar, malas aku tengok minah ni .

Lepas jer tolong ibu buat air kat dapur . Aku terus bersiap dengan simple . Saat aku melewati ruang tamu . Semua pandang aku .

"Kak Lena nak pergi mana?",tanya Aisyah .

"Ohh akak nak keluar kejap . Ambil angin, jalan2 sikit", jawab Erlena . Matanya masih tidak memandang suaminya yang dari tadi perhatikannya .

Kemudian, Adam berdiri lalu berkata..

"Erm.. Adam bawa Lena pergi bersiar-siar lah . Korang sambung lah sembang . Jom sayang!",kata Adam lalu menarik tangan aku. Entah kenapa aku hanya turuti sahaja padahal aku tengah merajuk and marah . Aku perasan muka air muka Atika berubah, yelah kekasih hati tak sudi nak layan dia . Haha eh kejamnya aku .

Sampai jer kat luar rumah, aku merentap tangan aku . Aku jalan biarkan Adam terpinga-pinga lalu mengejar aku .

"Sayang!",panggil Adam .

"Sayang!! Stop!",Adam menghalang jalannya . Aku pandang Adam .

"Sayang, kenapa ni.. erm?",soal Adam lembut .

"Abang ni nak sibuk kenapa ? Yang nak ikut sayang apahal ? Pergilah dekat Atika sana.."

"Sayang...",seru Adam lembut tapi berbaur tegas .

"Ergh.. sayang nak jalan2 jelah . Sayang nak pergi rumah nenek .",kata Erlena . Adam senyum lalu memimpin isterinya .

"Kalau macam tu jomlah . Dah lama tak bersiar-siar dengan sayang kat kampung nii. Sweet jer abang rasa bila kita jalan kaki",kata Adam lalu tersengih . Aku? Masih buat muka selamba badak . Aku banyak diam sepanjang perjalanan ke rumah nenek . Aku tahu Adam perasan perubahan aku dari tadi .

"Sayang, what's wrong?",tanya Adam . Aku diam masih berjalan .

"Sayang marah abang pasal pagi tadi ke ? Alaa sayang abang gurau jer .. saja nak usik sayang" . Aku masih diam .

"Betul sayang nak abang kembali pada Atika? Abang tak kesah",tanya Adam . Sungguh itu soalan maut .
Aku berhenti melangkah . Adam pun berhenti . Adam ni nak uji aku ke apa ? Kalau serious ? Darah aku menggelegak . Nak dengan Atika ? Okay fine !

"So memang abang ada niatlah nak dengan Atika balik ? Kalau nak sangat dengan Atika tu, kenapa ikut sayang nak pergi rumah nenek ni ? Pergilah kat Atika sana!",marah aku . Nasib sekarang kitaorang kat taman . Tiada orang kat taman . Fuhh!

"Sebab tu abang tanya sayang, betul sayang nak abang kembali kat Atika . And yeah abang dah dapat jawapan dari sayang . Okay.. abang pergi dulu",Adam masih mahu menguji isterinya . Isteri dia ni kena ajar sikit . Haha . Adam melangkah pergi .

Semakin jauh Adam jalan . Adam berasa aneh, Erlena langsung tak tahan dia ? Seriouslah isteri dia ni ? Adam menoleh ke belakang mahu melihat isterinya . Bukan main terkejut Adam, isterinya pengsan kat tengah2 taman tu . Adam kelam kabut berlari mendapatkan isterinya .

"Sayang!! Sayang!! Wake up!! Sayang wake up sayang!! Abang bawa sayang pergi hospital!!",Adam mencempung isterinya yang sudah tidak sedarkan diri .

...

"Macam mana Lena boleh pengsan?",tanya Aiman kepada Adam . Adam diam . Adam sekarang risau tentang Erlena, doktor pula tak keluar2 lagi .

"Jangan bagi Adam tekanan, Man . Dia terkejut lagi tu",kata Ibu . Lalu, semua biarkan Adam bertenang sendirian .

Doktor yang merawat Erlena keluar . Semua kelam kabut datang pada doktor . Adam pun ikut .

"Siapa suami Puan Erlena?",tanya Doktor Amirah .

"Saya!",jawab Adam . Doktor Amirah terus pandang Adam .

"Begini encik, isteri encik dan kandungannya selamat . Jangan risau . Puan Erlena pengsan mungkin kurang rehat dan stress . Saya nasihatkan supaya jangan bagi dia tekanan and beri dia rehat yang cukup . Emosi ibu mengandung lain . Kita kena jaga hati dan emosi dia .",terang Doktor Amirah .
Semua disitu bersyukur kerana tiada benda buruk yang berlaku kepada Erlena .

"Thanks doktor . Insha Allah saya akan bagi isteri saya rehat . Erm boleh saya masuk?",kata Adam .
Doktor Amirah hanya senyum lalu berkata , "Hanya encik sahaja boleh masuk . Yang lain tak boleh".

Tanpa berlengah, Adam terus masuk lalu duduk disisi isterinya . Dia berasa bersalah . Kerana dia, isterinya terbaring di katil ni . Kerana dia, emosi Lena terganggu .

"Maafkan abang sayang . Abang bersalah . Abang janji, abang akan jaga sayang elok2 lepas ni . Saya pengsan ni pun buat abang gelabah dan risau .",kata Adam lalu mencium dahi isterinya . Perut isterinya diusap lembut . Maafkan papa sayang ..

..

Perlahan-lahan membuka mata . Kawasan di sekelilingnya tak dikenali . Kat mana aku ni ?, bisik hati Erlena .

Terasa ada orang usap tangannya . Erlena menileh ke sisinya . Adam . Adam meletakkan mukanya di tangan Erlena . Erlena tersenyum, Adam tidak sedar yang dia sudah bangun .

Saat menatapi gelagat suaminya, dia teringat kejadian dia dan suaminya sebelum pengsan . Atika !? Perasaan marah menyelubungi diri . Darah menggelegak . Adam nak dengan Atika ? Habis aku dengan anak aku ni apa citer ?

Erlena merentap tangannya dari pegangan Adam . Adam terkejut lalu memandang isterinya .

"Sayang dah sedar ?",kata Adam lalu memegang wajah isterinya . Dia mengucup pipi isterinya ..

"Tak mati pun lagi, so tak yah nak cium2",mendatar suara Erlena .

"Sayang ? Abang minta maaf . Abang saja nak uji sayang tadi and abang tak sangka akan jadi macam ni . Sorry sayang . Abang tak terniat oun nak menduakan cinta sayang . Maafkan abang . I love you sayangg!",luah Adam . Gugur air mata Adam .

Erlena terharu mendengarnya . Nak uji aku rupanya . So kali ni biar aku pula uji dia . Hahahah .

"So ? Heh! Pergilah kat Atika . Bukan tu yang abang nak ?",kata Erlena . Adam buntu .

"No sayang! I love you . I always love you, keep that in your mind and heart . Remember that sayang!",kata Adam .

Erlena terharu . Pergh ayat suami aku ni . Bikin aku cair ! Erlena tersenyum memandang suaminya . Adam berasa pelik .

"Kenapa sayang senyum ni ?",tanya Adam .

"Abang tadi nak uji sayang, so sayang ujilah abang balik . Hahha so sweet ayat abang tadii .. I love you too abang! Always!",luah Erlena .

Adam terus peluk isterinya yang tercinta . Haih isteri aku ni . Buat aku nak sayang dia banyak2! Adam mengucup wajah isterinya berkali-kali . Erlena ketawa gelian .

"Abang, stop! Sayang geli lah! Hahaha kita kat hospital nii",kata Erlena . Aduhh ..

"Hahaha tu lah . Main2 dengan abang . Ni baru sikit, nanti banyak abang buat!",kata Adam lalu mencium bibir isterinya .

"Abang!!",jerit Erlena perlahan lalu mencubit pipi suaminya . Adam ketawa lalu diikuti Erlena .

..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience