Bab 24

Romance Series 9860

Hari yang dinantikan sudah tiba. Hari menerima keputusan PT3 bagi semua tingkatan tiga. Erlena benar benar gemuruh. 'Ya Allah, semiga aku lulus. Amin',doa Erlena ringkas. Seorang demi seorang nama dipanggil.

"Nur Erlena Aisyah"

Gilirannya sudah tiba. Erlena perlahan lahan ambil slip keputusan dan lihat. Erlena terkejut!
"Alhamdulilah!! Straight A! Terima kasih Ya Allah". Munirah datang menghampiri Erlena. Erlena, Munirah dan Adam berbaik semula selepas pertelingkahan yang berlaku.

"Kau dapat berapa A?". Erlena pantas peluk Munirah. "Ira aku dapat straight A!" "Wah!! Sama lah kita!". Mereka berpelukan riang. "Adam macam mana?", tanya mereka serentak. Erlena dan Munirah cari Adam.

"Adam!". Adam menoleh. "Awak dapat berapa A?". Adam bisu lalu bertanya. "Awak berdua?" "Oh. Kita orang sama, dapat straight A!! Macam tak percaya jer kan Lena?!!" "Haah. Awak Adam?".

"Saya dapat.. saya dapat". Adam membuat jantung Erlena berdebar. Aduhh cakap jelah. "Adam? Berapa??".Munirah dah tak tahan akhirnya bersuara.

"Saya dapat 9A 1C". "1C? Apa yang C?", tanya Erlena. Adam senyum. "C you kat majlis kahwin kita!". Munirah gelak sungguh dia benar-benar terkena dengan Adam. Erlena pandang Adam tak puas hati. "Pandai awak kenakan saya eh? Eee gerammnyaa!!". Meriah sekejap kerana tawa mereka.

"Saya dapat straight A jugak",jujur Adam. Mereka bertiga senyum dan berkata "Alhamdulilah..". "Erm saya ada plan baik punya!!",kata Erlena. "Apa dia?",tanya Adan dan Munirah serentak. "Apa kata kita hangout tanda kejayaan kita!" "Erm okay jugak tu. Tapi bila? Kat mana?" "Tu serahkan je pada saya". Erlena tersengih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience