Bab 36

Romance Series 9860

*Tempoyak is the Best*

Sudah dua hari pengantin baru di kampung. Erlena yang sibuk memasak makanan tengahari bersama ibu dan Aliya di dapur. Kadangkala mereka bergurau senda. Adam pula merayau.

Erlena masak ikan masak tempoyak manakala ibu masak sup sayur dan goreng ayam, Aliya hurm hanya menolong potong sayur saja.

Selesai saja menghidang lauk pauk, ahli keluarga semua berkumpul untuk makan tengah hari.

"Wah, dah lama tak makan ikan tempoyak,bu!", kata Adam. Saat menyuap nasi dan ikan ke dalam mulut. Muka Adam berkerut.

"Apa ni bu? Lain ya rasa. Tak berapa sedaplah bu!", rengek Adam.

"Apa kamu merepek ni Adam, sedap je ibu rasa",kata ibu untuk membela si menantu yang muka dah cemberut di sisi Adam.

"Tah abang ni. Sedap je Liya rasa",aduh kesian Kak Lena. Mati abang lepas ni..

"Lidah korang ada masalah lah tu. Takpelah aku makan ayam goreng jer"

Haji Rahman hanya menggeleng kepala dengan kerenah Adam. Semua diam. Erlena hanya menunduk.

"Abang tahu tak.. Kak Lena penat masak ikan tempoyak ni!",kata Aliya geram dengan cerewet Adam. Adam tercenggang. Sepi. Adam menoleh ke arah Erlena.

Erlena hanya menunduk dan terus makan tanpa menoleh ke arah Adam. Sungguh dia terasa. Aku makan okay jer. "Ibu tak nak makan ikan ni takpelah.. Nanti Lena bagi nenek jer",rajuk Erlena.

"Eh,ibu makan lah, ayah pun makan. Nak bagi nenek sikit takpelah.",masih mahu pujuk Erlena.
Adam sudah rasa bersalah kerana cakap tak berlapik.

..

Erlena sedang membasuh pinggan mangkuk. Sakit di hati masih membara. Ikan masak tempoyak ialah kegemaran keluarganya, sedap jer aku masak tapi Adam kata tak sedap? Erghh mulut tak makan saman betul!

Adam berjalan ke arah dapur. Lihat Erlena keseorangan sedang membasuh pinggan. Perlahan lahan dia mendekati Erlena. Dia peluk Erlena dari belakang.

Erlena terkejut. "Apa ni? Janganlah peluk2! Tak nampak ke saya tengah basuh pinggan?",marah Erlena. "Sayangg",Adam hanya buat tak tahu amarah isterinya.

"Jangan kacau boleh tak?",Erlena mengakhiri cucian pinggan yang terakhir. Saat dia ingin melangkah pergi, Adam tarik lengannya. Kini dia bersandar di dada Adam.

"Abang minta maaf. Janganlah marah abang. Abang cakap masakan tu tak sedap sebab biasanya ibu masak lain, sayang masak lain. So,abang tak biasalah. Tu abang cakap macam tu",pujuk Adam. Nak redakan amarah si isteri.

"Tapi abang suka cakap tak berlapik kan!",Erlena still marah, dia menjeling Adam lalu berjalan masuk ke bilik. Adam mengekori Erlena. Aiman dan Aliya hanya menggeleng kepala menyaksikan drama Adam dan Erlena. Dari dulu sampai sekarang tak berubah.

Erlena duduk bersandar di kepala katil. Dia tak peduli kehadiran Adam di sisinya. Ambil telefon untuk hilang kebosananya. Honeymoon! Tetiba perkataan itu terlintas di kepala Erlena. Eh eh! Apahal aku ni, teringin juga nak honeymoon tapi dengan perangai Adam ni aku rasa dia takkan nak punya!

"Sayangg",panggil Adam. "Erlena". Sepi. Adam buntu, tak tahu nak buat apa dah. Panggil pun buat derk jer. "Okaylah..",kata Adam lalu keluar bilik. Nak cari Aiman dan Aliya.

"Aik? Merajuk? Aku yang patut marah dengan merajuk! Okay fine! I dont care.. tengoklah nanti, jangan harap aku nak layan dia".

..

"Man,Liya!!" "Apa?",jawab Aiman yang sedang mengait buah rambutan di tepi rumah. Aliya sedang makan buah rambutan. "Tolong aku!" "Tolong apa, abang Adam?",tanya Aliya.

"Tolong bagi idea nak pujuk Erlena lah. Dia buat derk jer dengan aku!". Aiman ketawa. "Tu lah kau, cakap main lepas je, macam peluru berpandu pula tu!",Aliya sengih denfar kata2 Aiman.

"Alaaa, tolonglah" "Honeymoon",hanya itu saja perkataan yang keluar dari mulut Aliya.

"Honeymoon?". "Haah en..kau tak pergi honeymoon lagi kan. So kau ajaklah dia pergi tempat sweet tempat korang nak buat romantika korang tuh!",kata Aiman.

"Hurmm..kat mana best?",tanya Adam tanda setuju cadangan adik beradiknya.

"Abang Adam, bawa lah kat tempat yang Kak Lena suka!!",kata Aliya.

"Kat mana?" "Aduhhh.. itu pun tak tahu! Nasib baiklah Liya tahu tau! Kat jepun!"

"Serious lah?! Macam mana Liya tahu?"

"Kak Lena pernah bagitahu Liya..yang dia teringin nak pergi Jepun!" "Ooo. Okay cun! Thanks!!"

..

Malam tu...

Erlena masih dengan rajuknya. Selesai berbual dengan ibu, dia masuk bilik nak tidur. Adam sudah baring membelakangi dia. Huh!
Erlena baring membelakangi suaminya juga.

Sudah sepuluh minit berlalu, Erlena masih tidak tidur. Mengantuk tapi mata ni mengada sangat! Tiba-tiba dia rasa ada orang peluk dia dari belakang. Adam ke? Semakin lama pelukan itu erat. Tangan yang melingkari perutnya dipegang.

"Sayangg",dengar suara Adam yang halus dan romantik. Erlena senyap.

"Abang tahu, sayang tak tidur lagi..",kata Adam lagi. Erlena masih kaku dengan mata yang terbuka.

Adam melihat wajah isterinya lalu dia senyum, Erlena memang tak tidur lagi. Perlahan dia usap pipi isterinya. Tiada bantahan dari Erlena.

"Kita pergi honeymoon nak tak?",tanya Adam dengan suara paling romantis.

Mata Erlena terbuntang. Serious ar? Adam ni mana boleh caya sangat!

"Kita pergi Jepun..",sambung Adam. Okay ni dah tak tahan. Erlena gembira. Jepun! Tempat yang paling best dan tradisional. Erlena pusingkan badannya menghadap Adam. Jarak mereka yang terlalu rapat dia tak peduli.

"Betul? Kita pergi Jepun?",tanya Erlena dengan nada gembira. Rajuknya sudah hilang. Adam mengangguk. Kepala Erlena diusap perlahan.

"Nak tak?" "Mestilah nak! Bila kita nak pergi?"

"Next week!" "Serious? Thanks abang!".

Dengan pantas Erlena kiss bibir Adam kerana terlalu gembira. Adam senyum.

"Tak marah abang dah?" "Tak.. sayang abang! Nanti nak bagitahu Ira lah..hehe"

"Hurm..",Adam masih erat peluk isterinya. Erlena perasan dia sedang direnung oleh Adam.

"Kenapa pandang ayang macam tu?"

"Saja..abang nak tengok isteri abang yang comel ni!!",sambil berkata Adam cubit pipi isterinya. Gebu sangat pipi tu!

Erlena usap pipinya. "Sakitlah",adu Erlena.
"Abang yang bagi sakit so abang akan bagi penawarnya"

"Apa penawar dia?",tanya Erlena.

Chupp!! "Sakit lagi?",tanya Adam setelah pipi isterinya dicium.

Erlena senyum. "Sakit lagi",mengada!

"Lepas ni confirm tak sakit dah!!",kata Adam dengan penuh romantis. Bermulalah malam mereka yang indah.

..

Bergelak sakan Erlena borak dengan Munirah di telefon.

"So, next week lah ya awak berhoneymoon?",tanya Munirah.

"Haah! Jepun tau! My dream come true!"

"Haha.. saya lagi tak sabar nak jadi aunty! Bila nak berisi?",tanya Munirah sambil ketawa.

"Amboiii..tak lama lagi. Hahaha",jawab Erlena sambil mengusap perutnya yang masih tiada isi. Baru kahwin wehh.. Agak agaklah en. Tapi dia teringin..

"Hahahah harap2 cepatlah ya. Tak sabar nak gomol baby!" "Abis anak saya nanti!"

"Hahaha.. okaylah Lena. Saya letak dulu nanti kita borak lagi!" "Haa ok!".

Adam mendekati isterinya. "Amboi, apa yang happy sangat ni?". Erlena senyum. Dia bersandar di dada Adam.

"Ira kata dia tak sabar nak jadi aunty! Lawak kan?"

"Erm abang pun tak sabar nak jadi papa!"

"Ish abang ni. Lambat lagilah"

"Abang doa semoga cepatlah"

"Amin. Abang..nak buah rambutan. Boleh?"

"Nak abang kaitlah ni?",dengan kening terjongket Adam berkata.

"Haah. Pleasee",kata Erlena dengan muka comelnya.

"Alolo comelnya isteri abang. Meh nak kiss sikit!",kata Adam lalu mengucup dahi isterinya.

Haih sweetnya.. kat pangkin pun nak bersweet!,desis hati Aiman yang menyaksikan romantika adiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience