Bab 37

Romance Series 9860

Penerbangan dari KLIA ke Lapangan kapal terbang Okinawa telah selamat mendarat. Haih, akhirnya dapat juga aku jejak kaki kat sini, dreams come true!,bisik hati Erlena pabila sudah sampai di Okinawa City.

"Termenung apa lagi tu? Jom!",kata Adam lalu tarik tangan isterinya. Erlena tersenyum.

"Hotel kita kat mana?",tanya Erlena. Maklumlah Adam nak dia settlekan sendiri so aku tak tahu hotel mana aku duduk. Haha.

"Garden Hotel!". Macam best jer bunyi yaa,kata hati Erlena.

..

Sampai sahaja di lobi hotel, Adam terus mendaftarkan dirinya dan buat pembayaran di kaunter lalu mengambil kunci. Erlena hanya menunggu di sisi Adam.

"Dah..jom!",kata Adam lalu membawa beg roda mereka ke bilik mereka. Erlena buka pintu bilik hotel.

Saat saja masuk, dia begitu terpegun. SubhanaAllah cantiknya!!! Bilik honeymoon, luas pula tu ada pemandangan laut dan bunga bertaburan! Ni aku suka!!

"Abang.." "Cantik tak?" "Mestilah cantik. Thanks abang!". Erlena berlari ke arah suaminya lalu peluk. Aku sayang Adam! Adam membalas pelukan isterinya.

"Abang penat ni, apa kata kita rehat dulu baru pergi makan. Ok tak?"

"Okay! Lena pun penat" "Alolo kesiannya isteri abang ni!",kata Adam geram lalu cubit pipi isterinya perlahan. Erlena sengih.

..

Makan malam yang penuh gelak tawa dan gurauan di antara Erlena dan Adam.

"Abang tahu tak? Dulu waktu abang merajuk muka abang buruk sangat! Ira pun gelak tengok muka abang!",selepas saja berkata Erlena ketawa kerana teringat kenangan yang lalu.

"Amboii suka en kenakan abang. Sayang pun sama"

"Eh eh..sayang pula, sayang comel tau! Hehe" "Memang comel, sampai abang nak gigit pipi pau sayang tu!"

"Eh tak boleh. Pipi ni mahal tau!",kata Erlena lalu menjelir lidah.

"Tapi dah halal untuk abang, so boleh lah abang gigit! Tak ada mahal ke murah!!",Adam balas jelirkan lidah.

Lalu mereka berdua ketawa! Hahaha..

..

"Nanti kita jalan-jalan kat Okinawa esok pastu pergi taman bunga nak?",kata Adam.

"Mestilah nak! Lena nak sangat tengok pokok sakura tau! Abang kena bawa Lena pergi sana!",kata Erlena dengan happynya.

Mereka sudah sampai di bilik hotel. Tangan Erlena masih digenggam kemas.

Erlena buka lilitan selendangnya di hadapan cermin. Adam hanya perhati tingkah laku isterinya.

"Sayanggg",panggil Adam.

"Erm?",masih di hadapan cermin.

Tetiba ada tangan melingkari tubuh Erlena. Erlena tersenyum melihat wajah Adam di cermin. Erlena sandar di dada Adam. "Abang nak apa ni?"

"Nak sayang",bisik Adam perlahan tapi mampu buat Erlena dengar.

Erlena pusing tubuhnya menghadap Adam. Tangan Adam masih di pinggang Erlena. Adam menarik Erlena perlahan hingga tiada ruang di antara mereka.

"Sayang pun nak abang juga",kata Erlena lalu sengih. Nakal!

Adam sudah membelai kepala Erlena. Erlena merangkul leher Adam.

Dari pipi, Adam usap sampailah ke bibir Erlena. Diusap berulang kali. Lalu satu kucupan lama hinggap di bibir Erlena. Dan Erlena terbuai lagi. Adam dan Erlena mulakan saat malam mereka di Kota Okinawa.

..

Adam tersedar dari tidur. Jam dilihat sudah pukul 5.20 pagi jam KL. Subuh dah. Lihat Erlena nyenyak tidur di sisinya dengan berselimut satu badan.

Wajah Erlena yang putih mulus diusap perlahan.
"Sayang..bangun dah subuh ni",kejutnya perlahan. Masih tak bergerak. Adam tarik selimut sedikit hingga ternampak bahu Erlena yang putih gebu. Erlena bergerak dan tarik selimut semula.

Amboi! Tarik balik eh. Confirm kali ni bangun! Satu gigitan drakula hinggap di pipi pau Erlena.

"Argh!!",Erlena menjerit kesakitan. Segar terus matanya. Dia mula pandang Adam yang sudah tahan ketawa. Apa dia buat?!

Pipinya masih sakit. "Abang gigit eh?!",marah Erlena. Dia terus bangun pergi lihat wajahnya di cermin. Merahnya! Kesan pun ada.

Dia mula duduk sebelah Adam. "Abang ni habis merah pipi sayanggg.. Sakit tahu takk!!!",mula merajuk.

"Aloo kesiannya..",rasa bersalah mula menghantuinya. Tapi best juga dapat gigit pipi pau isterinya. Adam usap kesan gigitannya lalu cium. Lama. Erlena kaku.

"Dah rasa okay?" "Erm no! Abang kena buat something!"

"Apa dia?" "Mandi dengan sayang boleh?",saja nak kenakan Adam.

"Bolehh.. Jom!" "Hahaha sayang gurau jelah. Dah sayang nak mandi"

"Tapi abang serious! Jom!",tubuh Erlena dicempung masuk ke bilik air. Terjerit kecil Erlena dibuatnya.

..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience