Bab 3

Romance Series 9860

..Setahun kemudian..

**Kring kring!!**

Kelas matematik sudah habis, now rehat time. Erlena cepat2 masukkan buku dalam beg dan siap sedia pergi ke kantin sambil bawa jurnalnya.

Dalam perjalanan ke kantin...
"Fuyoo awek cantik lalu argh", jerit Firdaus dan jeritan itu disambut gelak tawa rakan2nya. Erlena hanya diam, dia tahu Firdaus maksudkan dirinya kerana hanya dia saja gadis disitu.
"Hey hey, Erlena!!". Papp!! Buku jurnal Erlena hanya sekelip mata di tangan Firdaus.

"Firdaus!". "Laa tak bisu pun kau ni. Aku fikir bisu, yelah dari kau masuk sekolah ni jarang nak cakap dengan aku. Asal? Sebab kau takut suka aku? Aku faham perempuan macam kau ni, cepat suka laki handsome macam aku ni".Gelak tawa Firdaus dan rakan2nya kedengaran.

' Ya Allah, Kau berikanlah aku kesabaran 'bisik hati Erlena. "Hey awak jangan nak perasan boleh tak? Tegak bulu roma saya ni ha. Bagi balik buku saya tu".. "Kau nak buku ni? Heh, ambillah sendiri!!". Firdaus angkat tangannya tinggi2 sambil pegang buku Erlena. "Firdaus, bagilah!!" Terlompat lompat Erlena. Yelah tengoklah si hantu galah ni tinggi bebenor.

"Hey, apa yang kecoh ni??".Adam datang meronda kawasan blok. "Err Adam.."
"Apa yang kecoh Dam? Ni aku tengah borak dengan Erlena. Kan Erlena?". Adam pandang Erlena. "Betul ke Lena?" "Err.. Firdaus bagi balik buku saya". Erlena buat tak tahu pertanyaan Adam dan Firdaus. Adam pandang Firdaus. "Daus, boleh tak kau jangan kacau dia. Bagi balik buku dia".. "Adoi semak arh kau! Nak berlagak hero pulak. Nah arh ambil balik buku ni!"

Adam sambut buku itu dan berikan kepada Erlena. "Thanks" hanya perkataan itu saja dapat dikeluarkan dari mulut Erlena. Erlena kelam kabut pergi ke kantin.

Adam melihat Erlena yang semakin jauh.
"Eh Dam!" "Apa lagi??" "Kalau aku cakap ni kau jangan marah auu" "Apa dia??" "Aku rasa lah Erlena tu suka kau!" "Kau gila ke?? Mulut kau jaga ehh" "Betul dari cara dia pandang kau tu..perghh".. Adam tunjal kepala Firdaus. "Jangan nak jaja cerita bukan2"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience